Contoh Dapatan Kajian Geografi Tempatan-Aktiviti Ekonomi

on Isnin, 21 April 2008

Assalamulaikum,ini merupakan contoh hasilan dapatan kajian Kajian Geografi Tempatan 2008 bagi tingkatan 3 bagi tajuk kedua iaitu aktiviti ekonomi.Kepada anak-anak didik sekelian semoga dapat sedikit manfaat dengan contoh hasilan ini.Graf,jadual dan peta minda akan menyusul jika saya berkesempatan.Contoh yang diambil merupakan hasilan Jurulatih-jurulatih utama Geografi ,terima kasih bebanyak serta tidak lupa buat Guru Cemerlang Geografi Perak,Noraini Bt Hasbullah,jasa kak Ani turut tidak dilupakan di dalam memajukan subjek ini ini




SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN KAWASAN KAMPUNG LATING DAERAH KOTA BHARU DAN MEMBANDINGKANNYA DENGAN NEGARA THAILAND.

Dapatan Kajian

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Jenis-jenis kegiatan ekonomi yang teradapat di kawasan Kampung Lating,Daerah Kota Bharu,Kelantan ialah aktiviti pertanian.Antaranya ialah bersawah padi dan menanam sayur-sayuran seperti sawi,cili,terung,petola dan kacang bendi.Saya merasa berbangga dan bersyukur kerana kesuburan tanih di sini membolehkan penduduk Kampung Lating mendapat peluang pekerjaan sbagai pesawah padi,penanam sayur dan peniaga sayur-sayuran.


Sumbangan Kegiatan Pertanian terhadap Kampung Lating

Dengan adanya aktiviti pertanian di sini,penduduk Kampung Lating mendapat peluang pekerjaan sebagai pesawah padi,penanam sayuran,pemandu lori yang membawa sayur-sayuran ke Bandar Kota Bahru.Dengan adanya peluang pekerjaan ini penduduk Kampung Lating mendapat upah atau gaji yang boleh meningkatakan taraf hidup mereka.Purata pendapatan mereka lebih kurang RM 500.00.Ini kerana padi menunggu masa untuk dituai.Sayur-sayuran juaga mengambil masa untuk dituai selepas penanam semula.

Negara Thailand juga menjalankan keggiatan pertanian yang sama iaitu bersawah padi dan penanaman sayur-sayuran di kawasan pinggir Bandar seperti Nakhon Paton dan Songkla,merupakan pekerjaan utama.Penggunaan tenaga kerja dari ahli keluarga membolehkan kos pengeluaran padi dan sayuran lebih rendah.



Penduduk di nagara Thailand mendapat peluang yang sama iaitu peluang pekerjaan dan mereka berasa bersyukur kerana mempunyai pekerjaan yang dapat menampung kehidupan mereka.Penduduk di Kampung Lating juga berbangga dan bersyukur kerana mempunyai peluang pekerjaan yang sama seperti di Thailand.



KESAN KEGIATAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAMPUNG LATING
Perkembangan sektor pertanian juga memberikan kesan negative terhadap alam sekitar.Pembangunan terhadap Kampung Lating telah menyebabkan berlaku perubahan pandang darat di kawasan tersebut akibat daripada sawah padi dan kebun sayuran

Selain itu,pencemaran juga berlaku akibat daripada kegiatan pertanian.Pencemaran air berlaku apabila petani menggunakan baja dan racun serangga untuk meningkatkan hasil pertanian mereka.Apabila hujan baja dan racun serangga ini di bawa oleh air ke sungai Lating dan tali air yang berhampiran.Akibatnya pencemaran air berlaku dan hidupan sunagi seperti ikan,udang,ketam dan rumpai air terjejas.Di samping itu perkembangan pertanian di kampong Lating menyebabkan kesuburan tanih terjejas kerana penanaman padi dan sayuran diusahakan secara giat.Juga kerana penggunaan baja dan racun serangga.


Kesan yang sama juga dialami di Negara Thailand iaitu di Nakhon dan Songkhala.Lanskap kawasan tersebut berubah,pencemaran sungai berlaku dan kesuburan tanih terjejas.


Walau bagaimanapun saya bersyukur dan berbangga kerana para penduduk kampung Lating berusaha mengurangkan kesan-kesan kegiatan pertanian terhadap alam sekitar dengan menggunakan baja kompos.


LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAMPUNG LATING.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan pertanian terhadap alam sekitar adalah dengan memberikan kesedaran kepada penduduk Kampung Lating kempen “ Cintai Sungai Kita” yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).Selain itu pihak KADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ) menggalakkan pesawah dan penanaman sayur-sayuran menggunakan baja organic dan kaedah biologi iaitu menggunkan burung hantu bagi mengatasi masalah serangan haiwan perosak seperti tikus.

Melalui temubual saya dengan Ketua Kampung Lating saya mendapat maklumat bahawa pihak Jabatan Alam Sekitar juga telah berkunjung ke Kampung Lating untuk emberikan penerangan dan pendedahan tentang pentingnya menjaga alam sekitar.Ceramah dan juga pameran turut diadakan dibalai raya Kampung Lating.

Penduduk Kampung Lating sangat menghargai usaha pihak-pihak yang terlibat untuk megawal pencemaran alam sekitar di Kampung Lating.Mereka juga bersyukur kerana pencemaran dapat dikawal.

Kegiatan pertanian di Negara Thailand juga mengambil usaha-usaha yang sewajarnya untuk mengawal kesan kegiatan pertanian terhadap alam sekitar.Para petani menggunakan baja organic dalam pertanian.Di samping itu kerajaan menggiatkan penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan bahawa bahan yang digunakan untuk kegiatan pertanian tidak menjejaskan alam sekitar.




Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.