Assalamualaikum,kewujudan blog ini adalah untuk mengangkat semula martabat subjek geografi ke peringkat yang lebih tinggi,Sudah semestinya harapan yang tinggi dari saya supaya blog ini menjadi wadah mencurahkan ilmu di dalam disiplin geografi kepada sesiapa sahaja.Saban tahun pelbagai fenomena alam fizikal dan manusia yang melanda negara kita,namun kesedaran untuk manusia untuk memahami alam dan Penciptanya masih di tahap yang rendah.Saya tujukan juga blog ini kepada guru-guru geografi sewaktu di sekolah rendah dan menengah,para pensyarah dibidang kemanusiaan Geografi di USM,tidak lupa rakan-rakan seperjuangan,subjek geografi nasibnya di tangan dan buah fikiran kalian...serta anak-anak didikku ,semoga ilmu geografi dan cintakan alam yang indah ini senantiasa lestari dihatimu... Amin...
Update 25.10.2011
Pemilik Blog
Orang Kampung dan sanak saudara panggil saya Zam. Merupakan anak kelahiran Perak. Merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di selatan Perak.Oleh sebab itulah ada yang panggil saya Cikgu Baha. Anak sulong dari enam orang adik beradik dan berumur 37 tahun. .Mula berblogging sejak tahun 2008, atas dasar minat dan ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat.Sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang cahayamata yang dianugerah Allah buat saya dan isteri. Along,Angah, Kak Yang, Kak teh dan Acik merupakan anugerah dan ujian besar buat kami suami isteri,doakan kami dapat mendidik mereka menjadi insan yang diredhai Allah SWT. Amin.
Pendidikan
Setakat nie mendapat degree dari Universiti Sains Malaysia di dalam bidang pendidikan dengan pengkhususan Geografi pada tahun 1998. Ingin menyambung pelajaran ke peringkat Master jika berkesempatan. Sekarang memegang jawatan guru akademik Tingkatan 6. Walaupun sudah mengajar selama 12 tahun , masih banyak yang ingin dicapai dan dipelajari.
Tentang Blog LoveHijau
Dulu blog ini dikenali dengan nama Hijau Lestari dengan domain blogspot,iaitu geogmalaysia.blogspot.com.Mula menggunakan dot com pada 21.09.2011, dengan nama baru, LoveHijau.com. Sejarahnya dulu dari segi pagerank blog ini berada pada kedudukan 2/10 page rank uncle google,tapi sekarang dan menjadi 3 / 10 pagerank. Penulisan saya banyak berkisar tentang alam sekitar sesuai dengan bidang yang saya minati iaitu geografi. Oleh kerana itulah ia dinamakan LoveHijau. Pengetahuan tentang alam pada saya akan menjadi cabaran yang besar untuk manusia pada tahun-tahun mendatang. Harapan saya cuma semua pembaca dan rakan blogger kita dapat bertukar tukar idea melalui komen, melalui laman sosial dan juga melalui email. Semoga ianya bermakna kepada kita semua.
Home »Unlabelled » LoveHijau







saya nak tahu apakah kepentingan hutan paya bakau terhadap alam sekitar fizikal dan manusia...
BalasPadamErikz,macam mana nak saya hubungi anda,anyway,saya dah sertakan isinya di bahagian entry paya bakau
BalasPadam