via:vermicompost
Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah di sini.
Antara bahan-bahan membuat baja kompos
Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)
Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.
Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.
Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria
Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti
Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)
Kaedah Membuatnya:
Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan
Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi
Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik
Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi
Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.









wah awk minat berkebun jugak ker hee..
BalasPadamtakat ni saya berani tanam bunga dan daun kt blog jer.mksud suri tanam tu dalm blog ada gak entri tanam bunga dan pokok2..heee..
tanam dlm blog suber skit klu tanam kt lama umah hidupn segan mati tak mau hiii
Minat juga sikit-sikit,sya pun serupa gak,kalau tanam dalam blog memang subur..hahaaa
BalasPadamSaya suka menanam cili padi,sayur bayam.dan menternak ikan talapa merah.pada masa akan dtg insyallah akan jdi kontraktor
BalasPadamSaya doakan anda berjaya di dalam bidang penternakan ikan talapia merah, Ikan talapia memang senang untuk dijaga ,cuma pastikan makanannya mencukupi serta airnya terjaga sahaja.
PadamSaya doakan anda berjaya di dalam bidang penternakan ikan talapia merah, Ikan talapia memang senang untuk dijaga ,cuma pastikan makanannya mencukupi serta airnya terjaga sahaja.
Padamthanks. saya mmg buat kompos dah bertahun2, duk rumah taman je. tanam sayur2an dan bunga juga. ada bela arnab jugak, baja gak tu. tgh cari2 lebih tips utk kompos ni. mmg best kompos ni, kompos saya atas tanah ja, so bila pindahkan kompos (buat spot lain, yg tu dah bleh guna), mesti ada pokok tertumbuh. ada pokok nangka, pokok cili. tunggu besar skit, baru pindahkan ke tempat sesuai
BalasPadamTQ Liyana sebab sudi ke mari...berbakti kepada tanah nie tak rugi pun..malahan boleh jadi terapi buat jiwa
BalasPadambgos blog ni...cukup berinformasi,,
BalasPadamterima kasih kerana memberi panduan yang sangat berguna
BalasPadamdah lama saya cari panduan menyediakan baja kompos ni...terima kasih banyak kpd blog ni,semga maju jaya dlm kerjaya anda
BalasPadamsaya juga buat compost dirumah...
BalasPadamhttp://oursimplegarden.blogspot.com/2012/08/making-your-own-organic-compost-at-home.html
Salam,kalau guna bekas perlu ke kita tebuk lubang keliling bekas untuk peredaran udara??
BalasPadam