Pencemaran Sungai Di Malaysia

on Khamis, 15 Mei 2008

Sungai merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia.Namun sejak kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali.Sepatutnya sumber air ini dihargai sepenuhnya.Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.Jadi hargailah air,mulakan tabiat yang baik dan betul JANGAN BUANG SAMPAH KE DALAM SUNGAI! sesuka hati sahaja.Walaupun hanyalah cebisan kertas,pembalut gula-gula atau pun puntung rokok kesannya untuk jangka panjang akan memusnahkan ciri-ciri keindahan sungai dan akhirnya membawa kepada pencemaran yang dahsyat.

Pencemaran sungai ialah:
Perubahan sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa-apa kegunaan yang berfeadah serta mengancam kesihatan,keselamatan dan kebajikan penduduk,hidupan lain serta tumbuhan.

Antara kegunaan sungai termasuklah

1. Menjana kuasa tenaga hidroelektrik

2. Sumber bekalan air yang bersih untuk kegunaan domestik(orang ramai)

3. Perindustrian

4. Pertanian(sumber pengairan termasuklah sawah padi seperti Sungai Muda untuk
pengairan Jelapang Padi Malaysia di Kedah serta sumber air untuk penternakan
termasuklah akuakultur ikan air tawar.

5. Perikanan(contohnya di muara sungai serta di kawasan paya bakau,tempat pembiakan
ikan serta hidupan sungai dan akuatik yang lain

6. Rekreasi( melibatkan nilai estetika sungai termasuklah air terjun dan perparitan)
Turut berkait rapat dengan nilai-nilai pelancongan,cuba bayangkan jika sungai
Kelang yang tercemar itu bersih dan airnya jernih pasti adanya bot penyewa untuk
melihat keindahan sepanjang sungai.Alangkah indahnya...

7. Pengangkutan,contohnya sungai di Sabah dan Sarawak seperti Sungai Kinabatangan,
Sungai Padas dan sebaginya sama ada untuk pengangkutan kayu balak atau penumpang
domestik


Antara punca-punca pencemaran sungai termasuklah:

  1. Sisa buangan dari aktiviti industri seperti sisa toksid
  2. Sisa buangan bahan kumbahan domestik contohnya dari loji kumbahan,atau air limbahan dari kawasan pembandaran dan loji rawatan air,kumbahan dari hotel-hotel serta bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab atau tumpahan minyak dari enjin bot.
  3. Pembuangan sampah sarap dari loji sampah atau tapak pelupusan sampah
  4. Pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan
  5. Aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan
  6. Aktiviti penternakan haiwan seperti sisa kumbahan dari ladang khinzir
  7. Aktiviti pembalakan,menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek.
  8. Sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan
  9. Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai.

Antara peranan orang ramai ialah:
  1. Janganlah buang sampah sesuka hati ke dalam sungai,gunakan tong sampah,atau simpan cebisan kertas atau palstik atau kotak rokok sehingga berjumpa dengan tong sampah.Berubahlah sikit.. takkan sampah yang kecil pun tak mampu nak uruskan.
  2. Jimatkan penggunaan air.
  3. Kurangkan hakisan tanah semasa kerja tanah dijalankan
  4. Gunakan baja kimia dengan kaedah yang betul
  5. Elakkan tumpahan minyak semasa mengisi tangki minyak bot
  6. Amalkan konsep kitar semula
  7. Gunakan sabun membasuh pakaian yang mesra alam.
  8. Elakkan penggunaan racun serangga yang berlebihan ke atas tumbuhan pertanian seperti di sawah padi
  9. Jangan bina tandas gantung di tepi sungai
  10. Gunakan baja organik yang mesra tanah
  11. Jelaskan bil air pembentungan
  12. laporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam sekitar jika terdapatnya pencemaran di tempat anda.









Sungai Juru Pulau Pinang ini merupakan antara sungai yang mengalami pencemaran yang teruk.Gambar memperlihatkan begitu banyak sampah dibuang ke sungai tersebut!











Sungai Hulu Langat (kiri) tercemar dengan bahan ammonia dari kilang dan Sungai Klang(kanan) dilaporkan sebanyak 1 juta tan sampah setahun dikutip disepanjang sungai dan hanya terdapat satu spesis ikan sahaja yang boleh hidup di sungai tersebut,namun tidak boleh dimakan kerana mengandungi sisa racun yang tinggi!

Antara sungai yang tercemar teruk termasuklah

  1. Di Pulau Pinang seperti Sungai Juru,Sg Jelutong,Sg Pinang,Sg Jejawi,Sg Junjung dan Kluang
  2. Di Selangor seperti Sungai Sepang,Sg Buloh,Sg Klang,Sg Langat
  3. Di Johor seperti Sungai Tukang Batu,Sg Seget,Sg Skudai,Sg Kempas,Sg Danga
  4. Di Sabah seperti sungai Menggaris
Kongsi-kongsilah pendapat anda dengan saya terutama jika terdapat sungai yang tercemar berhampiran tempat tinggal anda...











Ranking: 5

{ 20 komen... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

tq sebab brusaha nak pulihkan alam kita... semoga berjaya merealisasikannya... truskan brusaha hingga berjaya...


24 November 2011 1:16 PTG
Love Hijau berkata...

Terima kasih..atas komentar anda, sebenarnya saya sangat menghargainya...dah lama menulis, ramai pembaca blog nie silent readers....


24 November 2011 8:03 PTG
Ghefira Nur Fatimah berkata...

hmmm..
bsa lah buat bantu". . .
TQ. .


27 Mac 2012 3:40 PTG
Love Hijau berkata...

TQ kembali Ghefira,kerna sudi kesini


27 Mac 2012 9:58 PTG
Mohd Syahir Bin ridwan berkata...

Sangat bagus apa yang ditulis di atas... Artikel di atas banyak membantu saya untuk menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru saya... Jutaan terima kasih diucapkan kepada penulis arikel tersebut...


16 April 2012 8:38 PTG
Love Hijau berkata...

TQ Syahir, semoga artikel di atas akan terus membantu kita memahami pencemaran sungai dengan lebih berkesan


17 April 2012 10:29 PG
Tanpa Nama berkata...

kasian betol lah warga yang kana banjir ea......
tapi gak ada orang yang kasian melihat orang tu ....
emang orang kampret orang tu....


16 Mei 2012 12:22 PTG
Tanpa Nama berkata...

saya sangat tersentuh dengan karangan yang di atas. semoga berjaya atas usaha anda.selamat berjaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


28 Jun 2012 9:51 PTG
Tanpa Nama berkata...

kalau boleh saya akan bantu awak.semoga berjaya!!!!!!!!!!!


28 Jun 2012 9:52 PTG
Tanpa Nama berkata...

terima kasih ngagai kita semua lban udh nyukung kmi...jga mh sungai kitai ngo mnh auk....


18 Julai 2012 9:37 PG
Tanpa Nama berkata...

kita haruslah sayangi sungai kita kerana sungai adalah sangat penting untuk kegunaan harian kita <0199288371>untuk maklumat lanjut sila hubungi bye?


8 Oktober 2012 1:42 PTG
Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana membantu


22 Februari 2013 8:07 PTG
Tanpa Nama berkata...

artikel ini bnyk membantu sya menyiapkan tugasan yg d'berikn olh guru...terima kasih "LoveHijau" :)


5 Mac 2013 10:49 PTG
Tanpa Nama berkata...

"jagalah sungai"

"loveHijau"


13 Mac 2013 7:43 PTG
train bus berkata...

terimA kasih kerana membuat blog nie


16 Mac 2013 6:49 PG
Tanpa Nama berkata...

meqaseh


1 April 2013 5:21 PTG
AnimeCrazed Otaku berkata...

Thanks to whoever made this, it made my work much more easier. :) You're awesome! Thanks again!


16 Jun 2013 11:45 PTG
Tanpa Nama berkata...

terima kasih untuk teknologi hijau kerana memberi saya banyak senang:)terima kasih balik


9 Julai 2013 4:59 PTG
Tanpa Nama berkata...

saya suka sangat tentang ini :)terima kasih blog


9 Julai 2013 5:00 PTG
Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada penulis artikel ini kerana telah menolong saya menyiapkan tugasan yang di berikan oleh guru saya... terima kasih!!!


15 Ogos 2013 10:53 PG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.