Siklon Tropika,Ribut Dan Taufan

on Khamis, 8 Mei 2008

Taufan Katrina melumpuh serta menghancurkan bandar New Orleans LA,USA dikritik hebat kerana bantuan yang tidak mencukupi serta sikap perkauman kerana bandar ini dihuni 90% orang kulit hitam.






Taufan atau Hurricane katrina merupakan taufan terburuk bagi sejarah Amerika Syarikat dan melibatkan kerugian hampir 115 bilion USD
Taufan Katrina pada hari pertama

Siklon tropika merupakan satu putaran awan,angin dan ribut petir yang besar.Tenaga utamanya terhasil daripada pembebasan haba akibat proses kondensasi wap air pada altitud yang tinggi.Oleh itu siklon tropika dapat digambarkan sebagai' mesin haba raksasa' yang digerakkan oleh mekanisme tekanan fizikal seperti putaran dan graviti bumi.


Terdapat banyak terminologi bagi mengambarkan siklon tropika berdasarkan kekuatan serta lokasinya seperti
  • ribut tropika-- kelajuan angin antara 62-117km sejam
  • hurricane(Amerika Syarikat)-melebihi 118 km sejam
  • taufan (Asia)--melebihi 118 km sejam
Menurut skala Hurricane Saffir Simpson,taufan diberikan skala 1 - 5,berdasarkan kelajuan angin dan kesannya.Kategori 5 bermakna tiupan angin melebihi 249 km sejam dengan luruan ribut ( ombak besar )mencecah ketinggian 6 meter sehingga boleh menyebabkan kerosakan yang amat dahsyat.

Siklon tropika berupaya menghasilkan tiupan angin yang sangat kencang,puting beliung dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dan banjir lumpur,membawa luruan ombak besar ke kawasan pantai.Siklon tropika di permukaan laut akan menyebabkan ombak besar,hujan lebat dan angin kencang di perairan antarabangsa yang kadang kala mampu menenggelamkan kapal.Bagaimana pun kesan yang paling teruk adalah apabila siklon ini menyeberangi garisan pantai dan menuju kedaratan ( Contohnya taufan Nargis di Myanmar,Siklon Bengal di Bangadesh serta Katrina di Amerika Syarikat).



Kesan Kemusnahan Taufan atau Hurricane Katrina di New Orleans LA USA.



Sering kali kesan sampingan ribut ini turut sama membinasakan.Ini termasuklah penyakit berjangkit serta penyakit yang di bawa oleh nyamuk,gangguan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan talian komunikasi penting dan menjejaskan usaha bantuan kecemasan,menyukarkan sistem pengangkutan akibat kerosakan jalanraya atau jambatan


Antara lokasi utama siklon tropika ( dikenali dengan nama Zon Tumpuan Antaratropika @ ITCZ ) ialah
  1. Lautan Atlantik Utara
  2. Bahagian timur dan barat Lautan Pasifik
  3. Barat Daya Pasifik
  4. Barat laut dan barat daya Lautan Hindi
  5. Utara Lautan Hindi
Secara puratanya sebanyak 80 siklon tropika terbentuk setiap tahun.Bagi negara Malaysia Taufan Utor dikatakan merupakan penyebab hujan lebat sehingga melebihi 350mm dalam tempoh 24 jam! di selatan Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor,Negeri Sembilan,Melaka dan Pahang yang mengakibatkan banjir besar pada 18 Disember 2006.Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Segamat dan Kota Tinggi yang ditenggelami oleh air dan tidak boleh dihubungi melalui jalan darat.Banjir ini meragut 8 nyawa serta menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur dan harta benda awam bernilai jutaan ringgit.


Banjir Dashyat Di Kota Tinggi Johor Malaysia



Sabah juga terdedah kepada ancaman taufan kerana kedudukannya yang hampir dengan Filipina di sebelah selatan
Sumber : Prof Dr Bujang B K Huat( Siklon Tropika,Ribut,Taufan dan Pemanasan Global,era Hijau keluaran no 4 2007)
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.