Kesan Rumah Hijau

Nukilan Hijau Lestari on Isnin, 16 Jun 2008











Apakah itu kesan rumah hijau?

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global.Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.Pencemaran dengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau.Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera.Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Proses Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera sesuatu ruang tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.(Wikipedia.org)
Sumber:hidden-technology.org


Kesan Rumah Hijau
  • Menyebab berlakunya pemanasan global
  • Kawasan yang mengalami pencemaran yang teruk akan lebih mengalami suhu yang lebih panas
  • Pemanasan global akibat kesan rumah hijau akan menganggu iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.Flora dan fauna juga turut diganggu aturan atau kitaran hidupnya seperti bunga di kawasan sejuk berbunga lebih cepat dari kebiasaan dan sebagainya
  • Kenaikan suhu dunia akan mencairkan ais terutamanya di Artik.Walaupun mengambil masa,kesannya pastilah buruk kerana pencairan ais ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut yang mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia.Dijangka ais di Artik akan cair kesemuanya pada tahun 2099(wikipedia)
Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau

  • Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas antaranya sulfur dan oksida.
  • Faktor manusia iaitu melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida,nitrogen oksida,CFC,halon dan sebagainya.Gas-gas inilah yang membentuk satu layer atau lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraunggu matahari secara semula jadi.Lapisan ini juga akan menyebabkan gas yang lain turut berkumpul di lapisan ini.
1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang,kereta dan sebagainya.(pencemaran udara)
2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC .
3.Penggunaan racun serangga serta baja kimia turut membebaskan gas kesan rumah hijau
4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang
pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.





24 komen:

  1. wah bgusnye blh dpt pebgAlaman cikit nk amek UPSR seng nie..

    BalasPadam
  2. BAGUSLAH,info tentang kesan rumah hijau ni,sangat membantu kami mencari bahan projek kami.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas sokongan anda

    BalasPadam
  4. terima kasih...artikel anda bnyak membantu dalam assignment saya

    BalasPadam
  5. enda nie dpt membantu aq dlm mencari ilmu....

    BalasPadam
  6. Semoga bermakna kepada kita semua

    BalasPadam
  7. sangat berguna sebagai fakta bagi tatapan umum
    tidak kira umur
    maklumat ni memudahkan projek bagi pengenalan RUMAH HIJAU
    thanks........
    (year 6 pintar skdh 1)

    BalasPadam
  8. perkongsian yg sgt b'guna utk kita semua :)

    BalasPadam
  9. amat berguna kepada semua pelajar bagi tujuan mcari makalumat..tentang kesan ruma hijau.

    BalasPadam
  10. wow!bley dpt ilmu n wat tugasan tok sbjek pngajian am.....

    BalasPadam
  11. boleh dibuat pembentangan t1

    BalasPadam
  12. TERIMA KASIH

    BalasPadam
  13. wow!!!mudah lah untuk para pelajar mencari maklumat mengenai bumi kita kat sini...sy pon tngh mencari maklumat mengenai bumi kite ini untuk siapkan folio sains sblm cuti raye ni...nnt..

    BalasPadam
  14. bagusla de info 4 kesan rumah hijau....senang nk uat folio bdak2..

    BalasPadam
  15. Terima Kasih !!!
    Semoga ini akan membantu ramai pelajar untuk membuat tugasan yg diberi oleh guru.

    BalasPadam
  16. Artikel sebegini amat membantu kami sebagai pelajar untuk mencari maklumat. Terima Kasih diucapkan dan mohon "copy"

    BalasPadam
  17. Saya Cinta keluarga,boyfriend dan bumi saya
    haha~~bergurau saya tidak ada boyfriend....kita mestilah selamatkan bumi kita secepat yang mungkin

    BalasPadam
  18. sy dpt memahami n gmbrn serba sdkit mengenai rumah hijau slps m'bca artikel ini..terima kasih

    BalasPadam
  19. kerja sains sye x siap lagi

    BalasPadam
  20. ok juga info ni]

    BalasPadam
  21. whoaa ~ thanks so much for sharing ! entry yang banyak membantu :))

    BalasPadam

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.