
Program Kitar Semula Telefon Bimbit Terpakai ? Bunyinya agak aneh bagi sesetengah masyarakat yang tidak prihatin terhadap alam sekitar.Kempen ini merupakan usaha Jabatan Alam sekitar untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pelupusan selamat hand phone second hand.Sebenarnya telefon bimbit terpakai tidak boleh dibuang sesuaka hati ke temapat pelupusan sampah yang sedia ada.Kenapa ye?
Statistik tahun 2007 menunjukkan hampir 20 juta penduduk negara kita menggunakan telefon bimbit.Ini tidak termasuk mereka yang memiliki lebih daripada satu telefon bimbit.Jangka hayat sesebuah bateri dianggarkan lebih kurang 3 tahun sahaja dan secara puratanya pula,pengguna hand phone akan menukarkan bateri telefon mereka setiap 18 bulan sekali.Kebiasaannya bateri atau telefon bimbit yang rosak ini akan terus dibuang ke dalam tong sampah.Hand phone ini akhirnya akan di bawa ke tempat pelupusan sampah.Di sinilah bermulanya masalah pencemaran…..
Kaedah pembuangan yang di amalkan ini akan memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar kita.Bateri telefon bimbit sebenarnya mengandungi bahan logam berat seperti kadmium,nikel dan litium.Sekiranya bahan tersebut tidak dilupuskan dengan sempurna ia akan mengakibatkan pencemaran terhadap tanah-tanih serta kandungan air bawah tanah yang akhirnya akan menjejaskan tahap kesihatan manusia.Oleh kerana itulah juga pihak Jabatan alam sekitar telah mengambil inisiatif menyediakan tong-tong kitar semula telefon bimbit terpakai untuk kemudahan orang ramai membuang bateri dan telefon bimbit terpakai mereka ke dalam tong kitar semula yang di sediakan.Secara jujur saya berpendapat cara ini merupakan kaedah yang baik Cuma perlaksanaannya mestilah melusa ke seluruh kawasan di negara kita.Setakat ini di kawasan bandar yang saya tinggal pun tidak terdapat kemudahan tong kitar semula telefon bimbit ini.Sebenarnya mungkin juga sikap masyarakat kita yang tidak ambil peduli akan hal ini
Antara komponen telefon bimbit yang perlu dikitar semula ialah
- Pengecas bateri
- Antenna
- Bluetooth
- Handsfree
- Sarung hand phone ( plastic casing )
- Keypad
Jabatan Alam sekitar telah menyediakan tong-tong kitar semula ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan,antaranya
- Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan cawangan
- Sebahagain besar pejabat-pejabat kerajaan di sekitar Lembah Kelang dan Putrajaya
- Pejabat,kedai-kedai dan pusat servis Pembuat telefon bimbit
- Pusat membeli-belah terpilih
Namun mentaliti masyarakat kita perlu diubah supaya dapat bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mungkinkah di kawasan anda tidak terdapat tong kitar semula bagi hand phone,maka apakah pilihan anda? Para penjual dan pengguna sepatutnya berperanan di dalam hal ini.Para penjual sepatutnya menyediakan tong sampah untuk memudahkan pelanggan membuang bahan terpakai daripada hand phone mereka.Manakala pengguna sepatutnya lebih prihatin akan hal ini dan tidak membuang telefon bimbit atau bahan aksesorinya sesuka hati sahaja.Bayangkan berjuata-juta bahan buangan ini akhirnya akan mengancam kehidupan generasi akan datang.Di temapt pelupusan sampah resapan air yang mengandungai bahan logam berat ini jika sampai ke sumber air akan mendatangkan musibah kepada manusia.Begitu juga jika bahan daripada bahan buangan hand phone ini dibakar turut akan menambahkan pelbagai gas yang berbahaya kepada manusia serta mencemarkan alam sekitar atau udara .Nampak bahannya agak kecil namun kesannya nanti mungkin sudah terlalu sukar untuk ditangani.Fikir-fikirkanlah.Mulalah langkah anda sekarang,mungkin jika tidak terdapat tong kitar semula hand phone di kawasan anda .Anda boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar yang berdekatan .

GUNAKAN HARGAILAH TONG SAMPAH
















