Haiwan Unik-Tenggiling

on Sabtu, 31 Mei 2008

Malaysia dan negara-negara jirannya sangat kaya dengan flora dan fauna yang hanya boleh didapati di rantau Asia Tenggara.Pengetahuan tentang kewujudan ini turut menjadi keutamaan saya untuk menulis tentangnya.Di Malaysia sendiri terdapat pelabagai haiwan dan tumbuhan yang unik.Untuk permulaaan saya paparkan tentang Tenggiling,haiwan unik yang semakin sukar dijumpai.teringat sewaktu saya berumur 5-6 tahun tenggiling begitu banyak dijumpai di sekitar kampung saya di sebelah Perak Utara,namun kini Tenggiling semakin sukar untuk dijumpai walau pun di pinggir hutan akibat ditangkap sebagai makanan atau haiwan eksotik atau pun habitatnya diganggu.


  • Tenggiling atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Malayan Pangolin iaitu salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.
  • Nama sainstifiknya ialah Manis Javanis.
  • Malaysia ialah salah satu daripada 12 buah negara yang memiliki bilangan flora dan fauna yang terbanyak iaitu 15,000 spesis.Antaranya 286 spesis mamalia,lebih 150,000 spesis invertebrata dan vertebrata,lebih 1000 spesis rama-rama,12,000 spesis kupu-kupu dan lebih 4000 spesis ikan laut.
  • Tenggiling merupakan haiwan bertulang belakang(vertebrata).
  • Merupakan haiwan mamalia,berdarah panas,melahirkan anak,menjaga anak dan mempunyai bulu di badan
  • Jantung tenggiling terdiri daripada empat bahagian seperti manusia.
  • apabila terancam Tenggiling akan menggulungkan badannya sebagai satu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.
  • Makanan utamanya ialah semut dan anai-anai.
  • Tenggiling suka berehat di dalam lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar serta mengorek lubang dalam tanah.
  • Musuh utama Tenggiling ialah harimau belang serta harimau bintang.
  • Di samping Malaysia Tenggiling turut boleh dijumpai di Indonesia(pulau Jawa dan Nusa Tenggara),Filipina,Laos,Vietnam dan Kemboja

Lagi Tips Lestarikan Penggunaan Di Rumah

on Rabu, 28 Mei 2008

1.Gunakan kolah atau baldi yang diisikan dengan air.Ini dapat mengurangkan jumlah penggunaan air yang banyak sekiranya menggunakan pam atau paip air secara terus


2. Baiki segera sebarang ketirisan atau kebocoran paip


3. Gunakan tuala tangan daripada menggunakan kertsa tisu.


4. Pasang peralatan penjimatan air bagi pili air dan pencucur.Kepala pencucur yang cekap dapat menjimatkan tenaga sehingga 20%.


5. Talakan suhu(tetapkan) pada pemanas air sebanyak 54 darjah celsuis.Suhu ini cukup untuk membunuh bakteria dan menjimatkan tenaga elektrik.


6.Sentiasa letakkan bakul sampah dalam bilik air bagi membuang sisa buangan.Jangan buang ke dalam mangkuk tandas.


Nampaknya mungkin ada bertanya kenapalah susah-susah sangat nie? Takkanlah nak berjimat sehingga nampak macam kedekut.Ya! untuk pengetahuan semua,di dalam kehidupan kita kita menggunakan banyak sumber alam.Sumber ini sebenarnya terancam sama ada tercemar atau pun semakin berkurangan.Contohnya sumber air dan sumber tenaga elektrik seharusnya digunakan dengan cekap agar dapat menjimatkan sumber air serta mengoptimumkan penggunaan dengan baik dapat menjimatkan duit kita semua.Bil air dan elektrik dapat dikurangkan jika penggunaan secara lestari dapat diterapkan.

Amalan Penggunaan Lestari Di Rumah

on Selasa, 27 Mei 2008

Penggunaan peralatan rumah yang mengandungi bahan kimia sering menyebabkan berlakunya pencemaran,khususnya air yang disalurkan daripada rumah masuk ke dalam saliran yang akhirnya masuk kedalam sumber bekalan air

Longkang

Longkang anda boleh di dalam keadaan bersih serta tidak berbau busuk tanpa penggunaan bahan pencuci yang boleh menghakis.Jangan juga terus mencurahkan cecair berminyak(sisa makanan contohnya) ke dalam longkang.Gunakan penapis longkang.

1. Gunakan satu cawan campuran 250 mililiter serbuk penaik dan 250 mililiter garam seminggu sekali.Curahkan 1/4 daripada kandungan campuran ini ke dalam longkang.Kemudian curah dengan air panas dan diikuti dengan air biasa.lakukan seminggu sekali

2. Sekiranya longkang tersumbat,masukkan 60 mililiter serbuk penaik dan diikuti dengan 125 mililiter cuka.Tutup longkang sehingga buihnya habis.Curah pula dengan air panas.



Jubin


Kebanyakan pencuci jubin yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang berbahaya kerana mengandungi klorin,sejenis bahan kimia yang boleh memberikan kesan kepada mata,hidung dan terutamanya kulit.

1. Gunakan berus lantai yang keras dengan serbuk penaik.Bilas dengan air panas

2. Bagi kawasan yang 'hard water area'(degil sangat kotorannya!) gunakan cuka atau jus limau ntuk mengatasi kekotoran pada bahagian mineral.Untuk mengatasi kekotoran yang tegar lembabkan kain dan letakkan pada bahagian yang bermasalah untuk selama beberapa jam sebelum membilasnya.

3.Bagi kawasan yang berkulat dan berlumut,lap jubin dengan kain yang dibasahi dengan cuka dan berus dengan berus gigi lama

SumBer: The Greenpeace Canada

Mampukah Anda Menjadi Warga Alam Yang Baik?

on Isnin, 26 Mei 2008

Jika anda merupakan seorang warga alam yang prihatin,mampukah anda 'menghijaukan' bumi ini di dalam kehidupan anda?Mungkin nampak penulisan saya kali ini agak ekstrim,namun jika semua langkah dan persoalan ini ke arah positif ,maka bumi kita sebenarnyalah yang akan semakin menghijau.

1.Adakah anda seorang yang prihatin tentang pencemaran?

2. Adakah anda mampu menyimpan cebisan plastik atau kertas di dalam poket atau saku anda jika tidak terdapat tong sampah yang berhampiran?

3. Adakah anda sudah terbiasa membuang cebisan kertas,kotak rokok atau apa-apa sahaja sampah yang kecil dengan tanggapan,'tak apalah.itukan sikit aje'?

4.Adakah anda seorang yang prihatin dengan penjimatan elektrik,air yang digunakan dirumah?

5. Adakah anda selalu berkongsi kenderaan sewaktu pergi dan balik kerja?

6.Adakah anda cuba untuk berjalan sahaja ke sesuatu tempat yang berhampiran dan cuba kurangkan memandu walaupun menggunakan motosikal?

7.Adakah anda selalu menaiki bas(pengangkutan awam) ke sesuatu tempat?

8.Adakah anda selalu menasihati anak anda tentang pentingnya alam ini supaya tidak berlaku pencemaran serta menerangkannya supaya tidak membuang sampah merata-rata?

9.Adakah anda selalu memboikot produk yang sudah pun dikenalpasti mencemarkan alam sekitar seperti bahan kimia yang berbahaya?

10.Adakah anda selalu mengisi minyak kenderaan anda dengan petrol tanpa plumbum?

11.Adakah anda sudah menganggotai kelab atau persatuan yang prihatin tentang alam sekitar?

12.Jika berlaku pencemaran di tempat anda,adakah anda sudah melaporkannya kepada pihak berkuasa?

Ada banyak lagi soalan yang boleh kita kemukakan,jika semua jawapan anda adalah sudah biasa atau selalu ,anda memang seorang yang sudah memulakan kehidupan ke arah yang lebih 'hijau'

Jika kadang-kadang atau pun tak pasti,berubahlah mulai sekarang kerana bumi ini memerlukan warganya yang prihatin..

Perisian Azan Percuma

on Jumaat, 23 Mei 2008

Bagi sesiapa yang belum mendapatkan lagi perisian azan ini,eloklah download segera.Dengan ciri-ciri yang mudah untuk diinstall di komputer anda,setting juga boleh dilakukan untuk waktu solat di kawasan anda.Malahan anda boleh memilih untuk mendengar alunan azan dari Masjidil Haram di Mekah hinggalah azan di Masjid Baitumaqdis.Apabila tiba sahaja waktu solat azan akan berkumandang,sekurang-kurangnya dapat mengingatkan anda untuk berhenti seketika untuk bersolat.Dengan melebihi 6 juta bandar perisian azan ini merupakan antara perisian yang bermanfaat .


Pencemaran Udara Pernafasan

on Khamis, 22 Mei 2008


Pencemaran udara bukan berlaku pada udara luaran tetapi juga berlaku pada udara dalaman.Kesan pencemaran udara dalaman lebih menudaratkan kesihatan manusia berbanding pencemaran di luar.

Kualiti udara dalaman merujuk kepada sifat fizikal,kimia dan biologi udara dalaman yang terdapat di dalam rumah,bangunan,institusi atau tempat komersial.Pencemaran dalaman boleh memudaratkan kesihatan manusia.





Sumber pencemaran udara dalaman:


1. Asap rokok boleh membawa kesan ketara kepada mereka yang berada sekeliling orang yang merokok termasuklah ketidakselesaan pada bahagian mata,hidung,kerongkong,asma atau merosakkan funsi paru-paru


2.Barangan harian seperti lingkaran ubat nyamuk,colok.Asap keduanya mempunyai unsur logam berat yang boleh mendap di dalam sistem pernafasan.Penggunaan jenis kayu arang dan pemanas air gas akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata,tekak,hidung,jantung dan boleh mengakibatkan barah paru-paru.


3. Pencemaran biologi,termasuklah debunga daripada tumbuhan,rambut atau bulu dari binatang peliharaan contohnya kucing,kulat parasit dan sesetengah bakteria(jikalau pembaca semua masih ingin bagaimana sebuah hospital di Sg Petani kalu tidak silap saya terpaksa dibekukan perkhidmatannya kerana terdapat jangkitan kulat di bahagian bilik bedahnya).Kebanyakan bahan ini boleh menyebabkan alergi dan mampu menyebabkan asma atau demam.


4. Formaldehid- gas yang terbebas daripada permaidani,papan dan sebaginya di lantai yang boleh mengganggu keselesaan pada mata,hidung dan alergi pada sesetengah orang.


5.Radon- sejenis gas semulajadi terbebas daripada tanah akibat pengudaraan yang kurang sesuai pada struktur rumah pada zaman sekarang seperti rumah taman.


6. Pencemaran bahan kimia beracun contohnya seperti wangian,sabun atau sebaginya yang turut menyebabkan gangguan terutamanya pengidap asma.






Apa yang boleh kita lakukan?


1. Menjaga kebersihan rumah atau ruang sesebuah bangunan

2. Meningkatkan kecekapan sistem pengudaraan tingkap,penghawa dingin,kipas dan pintu.

3. Membuka tingkap dan pintu ketika memasak atau semasa menggunakan lingkaran ubat nyamuk

4.Menjauhi sumber pencemaran yang boleh menyebabkan alergi(alahan)

Nampak ringkas sahaja saya kali ini,tetapi semoga dapat menjadi panduan kepada pembaca blog yang senantiasa saya hargai.Terima kasih semua.Blog Hijau Lestari baru berusia 2 bulan namun mampu menerima kunjungan hampir 40 hingga 70 orang setiap hari,jumlah yang kecil,tetapi tak mengapalah .Berilah masa sedikit kepada saya,saya akan cuba upkan page ranknya nanti.Page Rank yang tinggi bermaksud blog ini akan berada di bahagian hadapan apabila di akses oleh sesiapa sahaja. Posting hijau lestari mungkin agak berkurangan kerana ownernya bercuti sempena cuti sekolah.Saya akan cuba menulis jika ada kelapangan nanti..Bye





Terbaru Dari Sichuan China-Selepas Gempa Bumi

on Rabu, 21 Mei 2008

Antara mayat mangsa gempa bumi yang berjaya dikeluarkan
Kesan runtuhan dan kemusnahan terdapat di mana-mana sahaja teutama di Chengdu,Sichuan.


1.Kerajaan China sedang berjuang membantu hampir 5 juta rakyatnya yangsehelai sepinggang akibat kehilangan rumah serta harta benda mereka(homeless)


2.Hampir 3 juta khemah diperlukan oleh rakyat China sekarang.


3 .Jumlah kematian di laporkan melebihi 40 ribu orang,jumlah orang yang hilang dikenal pasti melebihi 20 ribu orang.200 ribu lebih mengalami kecederaan.

4 .Hampir 130 ribu tentera dan penyelamat di kerah ke tempat gempa bumi.Bantuan sukar melalui jalan darat kerana bentuk muka bumi yang sukar(akibat runtuhan tanah) serta kesan kemusnahan yang dashyat.

5.Hampir 80% mayat di daerah Sichuan dijumpai dibawah runtuhan atau tertanam.

6.Terdapat hampir 1000 clip video tentang gempa bumi di China termasuklah dari U tube(yang kadang-kala diban oleh kerajaan china)

7.Berlaku gempa bumi sekali lagi di china dengan ukuran 6.1 skala richter 80 km ke barat Guangyuang.Di laporkan hampir 200 orang penyelamat tertimbus akibat runtuhan kali ke dua ini

8.Namun lab serta senjata nuklear china dilaporkan'terselamat' di dalam gempa ini.

9.Bantuan dari negara luar terutama jiran China seperti Jepun,Korea Selatan,Singapura,Russia serta negar-negra lain termasuklah Malaysia di laporkan berjumlah 6 bilion Yuan( USD 858 bilion)

10.Pada 19 mei lalu rakyat China seramai 1.2 bilion bertafakur selama 3 minit bagi mengenang mangsa gempa bumi China.

11.Antara wilayah paling teruk terjejas iaitu Beichuan,Chengdu , Wenchuan,Dengsheng,Shifangdan Juyuan.

Sumber: yahoo dan wikipedia.

Fakta Ringkas Tentang Malaysia

on Selasa, 20 Mei 2008

Malaysia:Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak





Iklim Malaysia mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung, meskipun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.







Fakta Tentang Malaysia









  • Malaysia terdiri daripada 2 kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan (531.1 kilometer persegi). Kedua-dua kawasan berbentuk muka bumi yang sama, iaitu pinggir laut yang landai, hutan tebal dan bukit bukau. Iklimnya ialah khatulistiwa.



  • Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,598km² bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan sementara Sabah yang seluas 73,711km² dan Sarawak yang seluas 124,449km² bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.



  • Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Negeri yang terbesar merupakan Sarawak ,melebihi 124,000km². Pahang yang mempunyai keluasan 35,965 km² merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia manakala Perlis yang seluas 795 kilometer persegi adalah negeri yang terkecil.



  • Negeri Sabah terdiri daripada Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, dengan keluasan 91km² adalah terletak di pantai barat Sabah.Sarawak terdiri daripada Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu dan Kota Samarahan.



  • Malaysia berhampiran dengan khatulistiwa antara garisan lintang 1 dan 7 Utara dan garisan bujur 100 dan 119 Timur dan tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada musim monsun barat daya dan monsun timur laut. Purata suhu di seluruh Malaysia ialah antara 21 C hingga 32 C. Kelembapannya dikatakan tinggi.



  • Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru kerajaan persekutuan yang dibina untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada 1999 dan kesemua pejabat kerajaan pusat dijangka di Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan akan dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, dan Johor Bahru.



Taburan Hujan




Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi tempatan menentukan corak taburan hujan di Malaysia.




Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan pendalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan mengikut musim.




Taburan suhu


Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2°C kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsun timur laut. Walau bagaimanapun, perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3°C.


  • Julat suhu harian adalah besar, antara 5°C hingga 10°C bagi stesen-stesen berhampiran pantai dan antara 8°C hingga 12°C bagi stesen-stesen di pendalaman, tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang selalunya panas, waktu malam sejuk di mana-mana.








  • Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil, dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di kawasan pantai timur. Suhu purata bulanan adalah paling tinggi pada bulan April dan Mei, sementara suhu purata bulanannya paling rendah pada Disember dan Januari.



  • Purata suhu harian di kebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah berbanding dengan daerah di barat. Perubahan-perubahan nilai ini adalah disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa monsun timur laut, hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Sebagai contoh, di Kuala Terengganu semasa monsun timur laut, suhu pada waktu siang jarang mencapai 32°C dan kerap kali tidak mencapai 27°C. Beberapa keadaan yang telah dicatatkan menunjukkan bahawa suhu tidak melebihi 24°C, iaitu suhu terendah yang dicapai pada waktu malam di kebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya antara 21°C hingga 24°C. Tetapi nilai suhu di hampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut. Malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.






Negeri dan Wilayah
Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (terdiri daripada 3 daerah) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di Jalur Gemilang:

Negeri
Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
Kedah Darul Aman ((Alor Star)
Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
Pahang Darul Makmur (Kuantan)
Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
Perlis Indera Kayangan (Kangar)
Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Fakta Menarik

  • Bandar utama
    Kuala Lumpur

  • Pusat Pentadbiran
    Putrajaya

  • Hari Kebangsaan
    31 Ogos 1957

  • Cogan Kata Negara
    Bersekutu Bertambah Mutu

  • Benua
    Asia, Asia Tenggara

  • Koordinat Geografi
    2 30 U, 112 30 T

  • Hujan tahunan
    2000mm ~ 2500mm

  • Iklim
    Tropika(khatulistiwa) dengan suhu 24–35 Darjah Celsius

  • Bunga rasmi
    Bunga Raya

  • Binatang rasmi
    Harimau

  • Puncak tertinggi
    Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker (4175m)

  • Puncak tertinggi Semenanjung
    Gunung Tahan, Banjaran Tahan (2187 m)

  • Banjaran terpanjang
    Banjaran Titiwangsa (500 km)

  • Sungai terpanjang
    Sungai Rajang, Sarawak (563 km)

  • Sungai terpanjang Semenanjung
    Sungai Pahang (475 km)

  • Jambatan terpanjang
    Jambatan Pulau Pinang (13.5 km)

  • Gua terbesar
    Gua Niah, Sarawak

  • Bangunan tertinggi
    Menara Berkembar Petronas (452m)

  • Negeri terbesar
    Sarawak(124,450 km persegi)

  • Negeri terkecil
    Perlis (810 km persegi)

  • Tempat paling lembap
    Bukit Larut(lebih 5080 mm)

  • Tempat paling kering
    Jelebu (kurang daripada 1500 mm)

  • Kawasan paling padat
    Kuala Lumpur (6074/km², 15,543/batu persegi)

  • Penanaman eksport utama
    minyak sawit dan getah

Penternakan Babi Antara Punca Pencemaran Sungai Di Selangor

Maafkan saya jika topik ini sensitif bagi pelbagai pihak.Tujuan dan penulisan saya adalah dari konteks serta pandangan seorang warga alam yang bencikan pencemaran alam semulajadi.Sudah lama saya ingin menulis tentangnya..

Memanglah sebelum ini kecoh tentang penternakan babi di Selangor yang ingin di centralise oleh pihak kerajaan yang baru(peruntukan RM 100 Juta untuk penternakan babi secara moden dengan menggunakan teknologi negara Denmark).Pelbagai polimik serta penulisan wujud.Ada yang menyokong dan ada juga yang membangkang sekera-kerasnya.Namun pada pandangan saya tidak ada sesiapa pun yang sebenarnya patut menjadi johan atau juara di dalam isu ini,kerana ianya merupakan isu sensitif terutama kepada umat Islam di Malaysia,namun begitu walaupun sukar ianya merupakan pilihan yang terbaik pada pandangan saya.Ini kerana penternakan babi di Hilir Selangor itu bukanlah setahun atau dua tahun yang lepas tetapi sudah melibatkan puluhan tahun.Di dalam kepelbagaian kaum di Malaysia konsep ini memang sukar tetapi praktikal.

Penternakan babi secara konvensional selama ini mengundang pencemaran yang amat dahsyat kepada sungai.Sungai yang tercemar dengan sisa kumbahan babi memusnahkan estetika sungai,memusnahkan hidupan sungai,mencemarkan sungai dengan kewujudan pelbagai bakteria seperti E Coli( pencemaran serta kemusnahan biologi yang sangat hebat).Saya sewaktu berada di Pulau Pinang hampir sepuluh tahun yang lepas sendiri pernah mengalami masalah pencemaran yang hebat.Walaupun berada hampir 5 km dari kandang babi(macam penduduk Ladang Tumbuk) baunya memang busuk,malahan sungai yang berhampiran juga turut tercemar.Sememangnya penternakan babi ini perlu dikumpulkan dan di usahakan secara moden supaya tidak ada sedikit pun sisa atau kumbahan dari ladang babi sampai ke sungai,parit mahupun laut yang berdekatan.

Biar saya ringkaskan di sini:

Masalah Penternakan Tradisional:
  • Pencemaran sungai dan laut yang keterlaluan.
  • Bau yang sangat busuk
  • Pencemaran air bawah tanah.
  • Punca penyebaran penyakit seperti JE dan Nipah Virus.
  • Kehilangan nilai-nilai estetika di kawasan pantai dan sungai


Kaedah Sistem Operasi(modern pig farming)

  • Air kumbahan najis dan bahan-bahan buangan hanya akan dikitar semula di dalam kawasan premis penternakan sahaja.
  • Tiada yang terlepas ke dalam sistem sungai atau respan air bawah tanah.
  • Baja yang terhasil daripada'digester' pula akan digunakan untuk pembajaan rumput gajah.Rumput gajah ini akan dipotong dan diperam menjadi silaj.Silaj akan digunakan kembali ke dalam 'digester' sebagai tambahan bahan mentah bersama dengan najis.Silaj ini juga boleh digunakan sebagi makanan tambahan babi.
  • Air turasan diperolehi daripada penapisan baja(enapcemar) akan digunakan kembali di dlam premis sebagai basuhan lantai kandang.
  • Air kumbahan yang dihasilkan akan dirawat bagi membunuh patogen di dlamnya.
  • Kolam takunagn air yang telah dirawat akan dipastikan ia tidak meresap ke dalam sumber air bawah tanah.
  • Kandang akan dilengkapi dengan sistem penyejuk udara sepenuhnya(sistem tertup) bagi mengawal tumbesarn,penyakit dan serangga.

Kebaikan Penternakan Babi Moden(bukan nak promosi tetapi terpaksa!)

  • Penempatan setempat para penternakan babi di seluruh selangor
  • Tiada pencemaran sama ada bau,sistem sungai,air bawah tanah dan pantai
  • Pemantauan,penguatkuasaan,perlesenan setempat memudahkan kerajaan tempatan dan agensi yang terlibat.
  • Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem kandang tertutup
  • Gangguan serangga seperti lalat akan dapat dielakkan
  • Pemusatan industri seperti rumah sembelihan,'cold room',industri'value added' seperti pengetinan,'food product' dan sebagainya.
  • sistem'monitoring' perangkaan keluar masuk jumlah babi dapat dijalankan denagn mudah.

Mengapa Ladang Tumbuk Sepang Selangor di Pilih?

  • Tempat sedia ada dan kawasan yang paling teruk tercemar.
  • Tanah milik pengusaha sendiri
  • Kawasan ladang babi terbesar Selangor
  • Kawasan Hiliran,tidak digunakan sebagai sumber air minuman(tiada loji atau empangan di sini)
  • Kawasan penduduk Cina


Aapa yang perlu ialah kerajaan baru Selangor dapat melaksanakannya secepat mungkin,malahan sistem ini boleh juga diikuti oleh negeri lain yang mempunyai ternakan babi yang banyak seperti Melaka.Sampai bila isu ini cuba ditutup sedangkan sungai dan laut menjadi mangsa pencemaran secara terbuka?Adakah dengan membiarkan sahaja masalah ini berterusan dan berharap kepada ehsan para penternak untuk menjaga alam sekitar sahaja?Dengan konsep ini mereka juga terpaksa untuk menjaga alam sekitar .Apa pun alam sekitar terutama sungai di negara kita perlu dilestarikan nilai estetikanya.Jangan sudah terantuk baru nak tengadah,pada masa itu sungai di hilir Selangor pasti akan musnah dan kesannya pastilah buruk kerana sememang khinzir atau babi ini merupakan punca penyebaran pelbagai bakteri dan virus berbahaya jika tidak ditangani dengan betul dan baik.

Harga Beras-Kerajaan Perlu Peka

on Isnin, 19 Mei 2008

Semalam saya ke bandar Teluk Intan ,cadangnya untuk membeli beras,masih ada lagi sekampit di rumah tetapi ingin menambah satu kampit lagi.nampaknya harga beras masih sama sewaktu kecoh tentang kekurangan bekalan beras negara.Masih MAHAL!Bayangkan beras 10kg yang saya biasa beli dengan harga RM 17 lebih sudah menjadi RM 27 lebih kenaikan melebihi 50%.Apa sebenarnya yang berlaku? saya terpanggil untuk menulis di sini.Tulisan saya sebelum ini ada menerangkan tentang negara Thailand dan Vietnam yang sedikit terjejas akibat serangan penyakit sawah padi di sana.Namun janganlah kita menyalahkan orang lain.

Menurut menteri Pertanian dan Industri Asas tani kita mempunyai rizab beras 556,993 tan mencukupi untuk tempoh 3 bulan( Bernama 10 Mei).Alahai..takkanlah untuk 3 bulan aje..habis untuk bulan-bulan seterusnya bagaimana?Sebenarnya dengan membeli stok dari negara Thailand tidak mampu menyelesaikan masalah beras negara.Thailand pula dikatakan berhasrat menubuhkan kartel beras dunia bersama Vietnam(pengeluar ke 2 terbesar beras dunia).Keadaan ini pasti akan meningkatkan lagi harga beras negara.Berita TV 3 jam 8.00 malam yang saya tonton tadi pula melibatkan cadangan untuk mewujudkan kad pintar subsidi untuk para petani.Ya .memanglah bagus tetapi bagi pesawah dan rakyat umumnya pengurusan pertanian sawah padi dan beras negara haruslah dikaji semula.

Bayangkan sejak Terusan Wan Saman (sekarang tercemar teruk) wujud pada tahun 1990 an hingga sekarang memang ada berubahan pada sistem pertanian padi kita.Sudah wujud tanaman 2 kali setahun dan ada projek untuk tanaman 3 kali setahun atau pun 5 kali setahun.Namun sejak akhir-akhir ini hasil purata pengelauaran padi hanyalah 3 tan sehektar.Malahan jumlah pengeluaran padi negara hanyalah dapat menampung 60% keperluan penduduk negara,selebihnya bergantung kepada Thailand dan Vietnam dengan purata 600 ribu tan.

Pengurusan untuk meningkatkan pengeluaran beras negara mestilah tranparens,jelas hala tujunya serta bermatlamat.Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) mesti turut berubah.Berilah tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran,bukannya untuk meningkatkan keuntungan semata-mata.Sebenarnya pihak Bernas mampu meningkatkan pengeluaran beras negara bersama-sama dengan badan kerajaan yang lain,jika memberi tumpuan bukan hanya kepada perniagaan beras .Penguasaan pasaran berdasarkan jenama ,prestasi produk serta perkhidmatan pelanggan perlu diubah.Kajian Consumer International(badan antarabangsa aduan pengguna) mendapati terdapat perbezaan besar antara pendapatan bersih denagn pendapatan kasar petani padi sawah negara,Bernas membeli dengan harga yang murah iaitu RM 550 setan dan petani hanya mendapat RM 0.65 bagi sekg beras berbanding selepas dipasrkan iaitu purata RM 2 - RM 3 se kg(itu pun harga lama dulu,kalu harga baru lebih tinggi)

Import beras negara mesti dikurangkan,memang jika lebih banyak mengimport lebih banyaklah keuntungan bagi pihak Bernas,tetapi peranan asal untuk memantau dan mengawal industri beras negara perlu diambil kira.Sampai bila kita ingin mengimport beras dari negara luar?.Saya teringat kata-kata pensyarah di USM dahulu sewaktu mengambil kertas Geografi Penduduk" negara Amerika Syarikat kuat kerana mempunyai stok bekalan gandum yang terbesar di dunia,malahan jika dikumpuklan seluruh stok gandum dunia hanya menyamai 3/4 stok gandum Amerika!"Bernas dan kerajaan perlu bertindak segera.Golongan perpendapatan rendah di negara kita akan tertekan,maklumlah beras adalah makanan asasi Malaysia.Beras merupakan komoditi paling strategik negara.Kajian mendalam perlu dikaji untuk memastikan penyelarasan dengan pertambahan penduduk serta keperluan beras negara.Sekarang bukan masanya untuk terleka,sekarang adalah masa untuk bertindak! mungkin BERNAS boleh distrukturkan semula.Kita amat berharap kemelut kenaikan harga beras ini akan selesai.

Terkini Amukan Taufan-Tangisan Myanmar

on Sabtu, 17 Mei 2008




Taufan dikategori bencana amat dasyat yang boleh menyebabkan kemusnahan dan membunuh beribu-ribu nyawa

NAMANYA diambil daripada aktres Hindustan yang amat popular pada tahun 1940-an dan 1950-an, namun amukan taufan Nargis minggu lalu menyebabkan lebih 22,500 rakyat Myanmar terkorban manakala lebih 41,000 lagi hilang.

Pasukan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan melihat mayat terapung di merata tempat. Bencana amat besar dan dahsyat itu juga mengakibatkan keseluruhan kawasan rendah di delta Irrawaddy kini tenggelam sepenuhnya.


Kawasan yang terjejas teruk hanya dapat dihubungi dengan menaiki bot, manakala helikopter gagal menggugurkan bekalan bantuan.

Sekurang-kurangnya sejuta penduduk hilang tempat tinggal dan sebahagian besar perkampungan rosak teruk.

Jumlah kematian dan kerosakan harta benda dijangka jauh lebih besar daripada yang dinyatakan pemerintah Myanmar.


Bahana badai mengganas

TAUFAN yang melanda bukan saja mengorbankan beribu-ribu nyawa malah harta benda berbilion ringgit. Minggu lalu, Taufan Nargis meragut lebih 22,500 nyawa manakala lebih 41,000 orang masih lagi hilang di Myanmar.

Namun apa bezanya taufan Nargis dengan taufan yang berlaku di Amerika, Bangladesh, Filipina dan negara lain. Apa pula beza taufan, ribut, angin kencang dan puting beliung?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, taufan bermaksud angin ribut dan badai manakala pakar meteorologi tempatan menyatakan taufan adalah bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan manakala laluannya jauh dan hayatnya panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan.


Kebiasaannya, taufan dikenali sebagai Hurricane di kawasan Utara, Carribean dan Teluk Mexico, manakala panggilan typhoon biasanya digunakan untuk bahagian Barat Pasifik seperti Jepun, China dan Filipina.

Siklon tropikal pula merujuk kawasan di Lautan Hindi yang melanda negara seperti India, Bangladesh dan Indonesia.

Mengikut istilah meteorologi, taufan ditakrifkan sebagai enjin haba atau satu sistem tekanan rendah, selalunya terbentuk di kawasan tropika yang akan mengganas apabila sampai ke pantai sehingga mampu membunuh beribu-ribu nyawa dan menyebabkan kemusnahan berbilion ringgit.

Bagaimanapun, sebelum taufan ini mampu membawa bencana besar, ia hanyalah ribut tropika dengan kelajuan angin antara 64 kilometer sejam (km/j) dan 118 km/j. Ribut itu digelar Taufan apabila kelajuan angin itu meningkat melebihi 118 km/j.

Taufan mampu menghasilkan haba 200 kali ganda kadar penghasilan elektrik oleh manusia bersamaan dengan ledakan 10 megaton bom nuklear setiap 20 minit.

Ramai yang menyatakan taufan membawa kepada kebinasaan, namun sebenarnya ia penting dalam sistem pusingan atmosfera bagi memindahkan udara panas dari kawasan Khatulistiwa ke berlatitud tinggi.

Malah, taufan ini membantu kawasan kering. Contohnya, jumlah hujan di Jepun, kebanyakannya disumbangkan oleh taufan. Begitu juga di Amerika Syarikat, Taufan Camille, dalam kategori 5 yang melanda Pantai Teluk Mississippi, pada 1969 menukar kawasan kering itu dan menamatkan krisis air di kawasan berkenaan.

Biasanya taufan membawa beberapa elemen lain seperti ribut dan puting beliung. Ribut adalah kubah air yang besar dan mempunyai kelebaran antara 70 hingga 140 kilometer sejam yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan.

Taufan yang kuat dan perairan cetek akan menghasilkan kadar pergerakan lebih tinggi dan mengancam nyawa serta harta benda terutama di kawasan sepanjang pantai.

Selain itu, hujan lebat datang mencurah-curah dan menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan, manakala angin kencang taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yang tidak kukuh.

Taufan juga boleh menghasilkan puting beliung atau tornado. Kebiasaannya, fenomena puting beliung berlaku di depan sebelah kanan taufan, namun kadangkala kita boleh menjumpai puting beliung ini bersama hujan di tengah-tengah taufan.

Ada sesetengah taufan yang tidak disertai puting beliung langsung. Namun, kajian kaji cuaca menunjukkan kebanyakan taufan memang membawa puting beliung contohnya, taufan Buelah (1967) membawa 141 puting beliung. Kebiasaannya kehadiran taufan bersama puting beliung boleh menyebabkan banyak kerosakan lebih dahsyat.

Selain itu, di Malaysia wujud ribut petir iaitu fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Secara relatifnya ia bersaiz kecil, namun semua ribut petir adalah merbahaya kerana menghasilkan kilat yang berpotensi untuk membunuh manusia.

Hujan lebat dari ribut petir boleh mendatangkan banjir dan tanah runtuh manakala angin kencang dan hujan batu juga dikaitkan dengan sesetengah ribut petir.

Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) menyatakan ribut petir sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh). Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil.

Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan pemeluwapan. Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.

Awan ribut petir yang matang sering kali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai tiga ke lima kilometer dan ketinggiannya melebihi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan dengan purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.

Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang.

Bagaimana taufan terbentuk? Mengikut laman web Pihak Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), taufan bermula dari laut yang berlaku di kawasan persekitaran laut panas yang mana suhu laut yang mencatat suhu melebihi 26 darjah Celsius dengan kedalaman air mencapai 60 meter, ia akan mula membentuk fenomena taufan itu.

Proses pembentukan itu berlaku apabila adanya pusat tekanan rendah yang mana semakin panas air laut dan semakin rendah tekanan di atmosfera yang menyebabkan angin masuk ke dalam lingkungan yang membentuk putaran.

Ini kerana tekanan rendah dan tekanan tinggi yang memperlihatkan tekanan tinggi akan bergerak ke arah tekanan rendah dan pada masa sama, ia ditambah dengan daya putaran bumi atau dipanggil daya coriolis iaitu satu daya pembiasan bumi.

Info

  • Mata taufan - Dikaitkan sebagai pusat utama sistem taufan. Kawasan mata taufan mempunyai tekanan udara paling rendah dan ia menjadi tumpuan angin kencang di sekelilingnya. Bagaimanapun, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan, menjadikan ia mudah dikesan melalui satelit. Tapi angin sekeliling taufan paling kencang dan awannya juga tebal.

  • Dinding mata - Panggilan untuk jaluran awam paling tebal di sekeliling mata taufan. Di bahagian ini, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap.

  • Jalur hujan - Merujuk kepada barisan awan hujan yang tersusun mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan puting beliung tapi ruang antara jalur hujan boleh menjadi tenang.

  • Sumber:Berita Harian Online 17 Mei 2008



    Pencemaran Sungai Di Malaysia

    on Khamis, 15 Mei 2008

    Sungai merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia.Namun sejak kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali.Sepatutnya sumber air ini dihargai sepenuhnya.Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.Jadi hargailah air,mulakan tabiat yang baik dan betul JANGAN BUANG SAMPAH KE DALAM SUNGAI! sesuka hati sahaja.Walaupun hanyalah cebisan kertas,pembalut gula-gula atau pun puntung rokok kesannya untuk jangka panjang akan memusnahkan ciri-ciri keindahan sungai dan akhirnya membawa kepada pencemaran yang dahsyat.

    Pencemaran sungai ialah:
    Perubahan sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa-apa kegunaan yang berfeadah serta mengancam kesihatan,keselamatan dan kebajikan penduduk,hidupan lain serta tumbuhan.

    Antara kegunaan sungai termasuklah

    1. Menjana kuasa tenaga hidroelektrik

    2. Sumber bekalan air yang bersih untuk kegunaan domestik(orang ramai)

    3. Perindustrian

    4. Pertanian(sumber pengairan termasuklah sawah padi seperti Sungai Muda untuk
    pengairan Jelapang Padi Malaysia di Kedah serta sumber air untuk penternakan
    termasuklah akuakultur ikan air tawar.

    5. Perikanan(contohnya di muara sungai serta di kawasan paya bakau,tempat pembiakan
    ikan serta hidupan sungai dan akuatik yang lain

    6. Rekreasi( melibatkan nilai estetika sungai termasuklah air terjun dan perparitan)
    Turut berkait rapat dengan nilai-nilai pelancongan,cuba bayangkan jika sungai
    Kelang yang tercemar itu bersih dan airnya jernih pasti adanya bot penyewa untuk
    melihat keindahan sepanjang sungai.Alangkah indahnya...

    7. Pengangkutan,contohnya sungai di Sabah dan Sarawak seperti Sungai Kinabatangan,
    Sungai Padas dan sebaginya sama ada untuk pengangkutan kayu balak atau penumpang
    domestik


    Antara punca-punca pencemaran sungai termasuklah:

    1. Sisa buangan dari aktiviti industri seperti sisa toksid
    2. Sisa buangan bahan kumbahan domestik contohnya dari loji kumbahan,atau air limbahan dari kawasan pembandaran dan loji rawatan air,kumbahan dari hotel-hotel serta bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab atau tumpahan minyak dari enjin bot.
    3. Pembuangan sampah sarap dari loji sampah atau tapak pelupusan sampah
    4. Pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan
    5. Aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan
    6. Aktiviti penternakan haiwan seperti sisa kumbahan dari ladang khinzir
    7. Aktiviti pembalakan,menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek.
    8. Sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan
    9. Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai.

    Antara peranan orang ramai ialah:
    1. Janganlah buang sampah sesuka hati ke dalam sungai,gunakan tong sampah,atau simpan cebisan kertas atau palstik atau kotak rokok sehingga berjumpa dengan tong sampah.Berubahlah sikit.. takkan sampah yang kecil pun tak mampu nak uruskan.
    2. Jimatkan penggunaan air.
    3. Kurangkan hakisan tanah semasa kerja tanah dijalankan
    4. Gunakan baja kimia dengan kaedah yang betul
    5. Elakkan tumpahan minyak semasa mengisi tangki minyak bot
    6. Amalkan konsep kitar semula
    7. Gunakan sabun membasuh pakaian yang mesra alam.
    8. Elakkan penggunaan racun serangga yang berlebihan ke atas tumbuhan pertanian seperti di sawah padi
    9. Jangan bina tandas gantung di tepi sungai
    10. Gunakan baja organik yang mesra tanah
    11. Jelaskan bil air pembentungan
    12. laporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam sekitar jika terdapatnya pencemaran di tempat anda.









    Sungai Juru Pulau Pinang ini merupakan antara sungai yang mengalami pencemaran yang teruk.Gambar memperlihatkan begitu banyak sampah dibuang ke sungai tersebut!











    Sungai Hulu Langat (kiri) tercemar dengan bahan ammonia dari kilang dan Sungai Klang(kanan) dilaporkan sebanyak 1 juta tan sampah setahun dikutip disepanjang sungai dan hanya terdapat satu spesis ikan sahaja yang boleh hidup di sungai tersebut,namun tidak boleh dimakan kerana mengandungi sisa racun yang tinggi!

    Antara sungai yang tercemar teruk termasuklah

    1. Di Pulau Pinang seperti Sungai Juru,Sg Jelutong,Sg Pinang,Sg Jejawi,Sg Junjung dan Kluang
    2. Di Selangor seperti Sungai Sepang,Sg Buloh,Sg Klang,Sg Langat
    3. Di Johor seperti Sungai Tukang Batu,Sg Seget,Sg Skudai,Sg Kempas,Sg Danga
    4. Di Sabah seperti sungai Menggaris
    Kongsi-kongsilah pendapat anda dengan saya terutama jika terdapat sungai yang tercemar berhampiran tempat tinggal anda...











    Gempa Bumi dan Tsunami-Bencana yang Tak Diundang

    on Selasa, 13 Mei 2008

    Gambaran tsunami di Acheh Indonesia pada 26 Disember 2004

    Rasanya kenangan pahit tsunami di Banda Aceh Indonesia masih belum dilupakan oleh dunia.Bencana yang menimpa China di wilayah Timur Sichuan merupakan bencana gempa bumi yang terbaru.Dengan kekuatan 7.9 skala Richter jumlah korban dianggarkan melebihi 12 000 orang.
    Banda Acheh Indonesia yang dimusnahkan oleh stunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi berpusatkan barat Sumatera Indonesia pada Disember 2004.


    Mangsa yang terperangkap di wilayah Sichuan China akibat gempa bumi pada 12 mei 2008
    Jambatan yang musnah di wilayah Sichuan China akibat gempa bumi 12 mei lepas
    Lagi kemusnahan akibat gempa bumi di China
    Jalan raya turut musnah akibat pergerakan plat tektonik yang kuat

    Apakah itu Gempa Bumi?
    • Gempa bumi adalah gegaran bumi yang berlaku secara tiba-tiba disebabkan oleh tenaga yang sekian lama tersimpan di dalam batuan bumi tiba-tiba terkeluar.
    • Merupakan hasil pergerakan plat tektonik(iaitu kerak bumi) yang senantiasa bergerak aktif.Kerak bumi berdasarkan teori Plat Tektonik(iaitu terdapat banyak kerak bumi di lapisan atas bumi yang senantiasa bergerak akibat tekanan daripada kawasan mantel-iaitu bahagian dalaman bumi yang sangat panas.
    • Gempa bumi sangat berkait rapat dengan kegiatan gunung berapi,kawasan gunung berapi digelar lingkaran apai pasifik.Maksud yang mudah negara yang mempunyai kegiatan gunung berapi juga merupakan antara negara yang terdedah kepada risiko gempa bumi.Namun begitu terdapat juga negara yang tidak mempunyai gunung berapi tetapi turut terdedah kepada gempa bumi contohnya negara China dan Iran






    Gambaran selepas gempa bumi di China(11 ribu orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi masih tertimbus di dalam runtuhan bangunan





    Lingkaran Api Pasifik-berwarna merah adalah kawasan paling aktif gempa bumi dan gunung berapi.



    • Terdapat 2 lingkaran api iaitu Lingkaran Alpide(antara benua Eropah dan Asia) serta Lingkaran Api Pasifik(dari pantai barat Amerika Utara,Amerika Selatan ,Jepun,Filipina,Indonesia)
    • Lingakaran api Pasifik merupakan puasat gunung berapi yang aktif di dunia
    • Boleh berlaku di dalam beberapa saat atau beberapa minit sahaja,,tetapi membawa kemusnahan yang dahsyat kepada struktur binaan seperti jambatan,jalan raya serta bangunan dan rumah.
    • Boleh menghasilkan ombak besar atau tsunami seperti tahun 1994 pada 26 Disember di Lautan Hindi .Gempa tersebut berpusat di 160 km persegi dari barat Acheh Indonesia sedalam 10 km dan menghasilkan kekuatan gempa bumi 9.0 skala Richter.


    (Atas)Gambaran satelit bahagian utara Banda Acheh sebelum tsunami 2004



    (Bawah) Gambaran satelit Banda Acheh utara selepas tsunami 2004



    • Gelombang besar pada tahun 2004 itu turut melanda 14 negara termasuklah Sri Lanka,India dan Indonesia itu sendiri dianggarkan sahaja lebih 300 ribu orang terkorban atau pun hilang tanpa dapat dikesan serta ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal.
    • Skala Richter merupakan bacaan untuk gempa bumi dengan menggunakan alat yang dinamakan seismograf.Skala Richter bersempena dengan Charles F Richter iaitu pereka pertama di dalam mengukur kekuatan gempa bumi pada tahun 1935.Richter merupakan seoarang profesor Emeritus di Institut Teknologi California USA.

    Gambar seismograf untuk mengukur kekutan gempa bumi yang di baca sebagai skala Richter.
    • Bacaan skala yang 7 dan ke atas dikatakan sebagai gempa bumi yang besar dan mampu memusnahkan banyak struktur bangunan serta nyawa manusia untuk kawasan yang luas.
    • gempa Bumi paling dahsyat di laporkan berlaku di Chile pada tahun 1960 dengan kekuatan 9.5 skala Richter
    • Para saintis masih belum dapat meramalkan bila gempa bumi akan berlaku(kerdilnya manusia!Ingatlah kekuasaan Ilahi melebihi segala akal kekuatan daya sempadan minda manusia

    Tip Jimatkan Air Di Rumah Anda

    on Isnin, 12 Mei 2008


    Air merupakan antara sumber yang sangat berharga kepada kehidupan manusia.Malahan sumber air turut memberikan peluang untuk kitaran ekosistem kepada hidupan di bumi termasuklah manusia.Hargailah sumber air anda.Tamadun awal manusia selalunya bermula di kawasan sungai.Ini membuktikan sumber air menjadi penyumbang kepada kelestarian kehidupan manusia.

    seharusnya seluruh rakyat peka bahawa sumber air sekarang semakin terancam dengan pelbagai masalah antaranya pencemaran,kawasan tadahan hujan(punca air) yang dimusnahkan untuk pembalakan serta pembaziran air.Pembaziran sebagai mana penulisan saya terdahulu,manusia sangat kurang menghatgai sumber mengalir seperti air kerana beranggapan sumber ini tidak akan habis untuk selamanya.Persepsi ini mesti diubah!

    Tips penjimatan Air di Rumah

    • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah(contohnya memilih sistem curahan berkeupayaan 6 liter air ataukurang)
    • Kurangkan masa mandian atau gunakan paip air perenjis mandian bertekanan rendah
    • jangan biarkan air mengalir di sinki ketika mencuci muka,menggosok gigi atau bercukur.Cara terbaik ialah dengan menakung air di dalam bekas.
    • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagiuntuk mengelakkan kehilangan air melalui proses penyejatan akibat cuaca panas.
    • Ubah suai pemeraik(alat siraman) di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.Jika kawasan taman yang kecil gunakan baldi atau salur getah.
    • Pastikan rumput di taman dalam keadaan lebih kurang 6sm keran rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
    • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap atau kotoran.
    • Gunakan bekas pengairan seboleh mungkin untuk menyiram taman.
    • Jangan biarkan air mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk,gunakan air yang dipenuhkan di dalam singki.
    • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
    • Pastikan mesin basuh dipenuhi bagi setiap cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian anda sedikit sahaja.
    • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah
    • Gunakan air yang dikumpulkan semasa hujan untuk kegunaan di dalam garaj,di taman dan jika boleh untuk curahan tandas anda.

    Bagaimana? Adakah idea di atas agak gila-gila bagi anda? Atau ianya praktikal.terpulanglah kepada anda untuk menghargai sumber alam yang sangat bernilai ini.lagi pun setiap titisan air itu merupakan nilai wang anda! Fikir-fikirkanlah...

    Bangunan Tertinggi Di Dunia

    on Ahad, 11 Mei 2008

    Bangunan tertinggi di dunia merupakan smart building,yang menjadi kemegahan bagi sesebuah negara,Kewujudannya merupakan satu promosi serta melambangkan jenama serta kemajuan teknologi kejuruteraan serta kebijaksanaan idea manusia.namun kewujudan pelbagai bangunan tertinggi di dunia sepatutnya menginsafkan manusia bahawa manusia di anugerahkan oleh Tuhan dengan keistimewaan akal fikiran serta ilmu.Marilah kita lihat antara senarai bangunan yang pernah dan akan menjadi bangunan tertinggi di dunia.Di dalam kajian geografi bandar fenomena ini sangat berkait rapat dengan dasar atau polisi sesebuah negara di dalam menjenamakan negara masing-masing melalui bangunan yang 'bijak'.








    Empire State Buiding
    • New York City Amerika Syarikat


    • 102 Tingkat dan siap di bina pada tahun 1931.


    • Salah satu bangunan pencakar langit terkenal dari tahun 1931-1972


    • Berbentuk seperti pensil ditarik dari laci


    • Tingkat 86nya adalah untuk pemerhatian dan menerima pengunjung seramai 3.5 juta setiap tahun.


    • Bangunan kebanggaan Amerika Syarikat.




    Menara Sears (Sears Tower)

    • Terletak di Chicago Amerika Syarikat


    • Siap dibina pada tahun 1973


    • 110 tingkat


    • Bilangan lif 104


    • Menjadi bangunan tertinggi di dunia antara tahun 1973 -1998.


    • Bangunan Taipei 101 lebih 19 tingkat daripada Sears Tower.


    • Bangunan berbentuk sekumpulan tiub dengan sembilan permukaan.






    Menara Jin Mao

    • Terletak di Shanghai China


    • Mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1998


    • Setinggi 93 tingkat


    • Berbentuk Pagoda


    • Merupakan bangunan tertinggi di negara China dan ke lima tertinggi di dunia




    Menara Berkembar Petronas

    • Terletak di Kuala Lumpur


    • Di bina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1998


    • Setinggi 88 tingkat


    • Berbentuk pagoda


    • Menggunakan bahan logam dan aluminium


    • Menjadi bangunan tertinggi di dunia selama 7 tahun sehingga tahun 2003 sebelum diambil alih oleh bangunan Taipei 101.


    • Kemuncaknya melebihi 30 meter berbanding dengan Sears Tower Amerika Syarikat.


    • Terdapat jambatan atau skybridge di tingkat 41 -42 dan di buka kepada orang ramai.


    Menara Taipei 101

    • Terletak di Taipei Taiwan

    • Di bina pada tahun 1998 dan siap pada tahun 2004

    • Setinggi 101 tingkat

    • Berbentuk pagoda

    • Bahan binaan merupakan kaca dan logam

    • Pada tahun 2003 mencapai status bangunan tertinggi di dunia.

    • 101 bermaksud berusaha mencapai kesempurnaan.






    Gambaran komputer bangunan Al Burj Dubai Qatar

    Al Burj
    • Terletak di UAE
    • Bangunan tertinggi setakat ini di dunia
    • Masih di dalam pembinaan
    • Pembinaan bermula pada 2004 dan dijangka siap 2009
    • Setinggi 160 tingkat
    • Melibat kejuruteraan dari negara Amerika Syarikat,Jerman dan negara Qatar sendiri

    Sumber rujukan:Wikipedia

    Bagaimana Membuat Baja Kompos

    on Sabtu, 10 Mei 2008

    via:vermicompost



    Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah di sini.

    Antara bahan-bahan membuat baja kompos

    Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.

    Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)

    Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.

    Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.

    Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria

    Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti


    Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.

    kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)

    Kaedah Membuatnya:

    Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan

    Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
    mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi

    Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik

    Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi

    Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.

    Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.

    Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.










    Siklon Tropika,Ribut Dan Taufan

    on Khamis, 8 Mei 2008

    Taufan Katrina melumpuh serta menghancurkan bandar New Orleans LA,USA dikritik hebat kerana bantuan yang tidak mencukupi serta sikap perkauman kerana bandar ini dihuni 90% orang kulit hitam.






    Taufan atau Hurricane katrina merupakan taufan terburuk bagi sejarah Amerika Syarikat dan melibatkan kerugian hampir 115 bilion USD
    Taufan Katrina pada hari pertama

    Siklon tropika merupakan satu putaran awan,angin dan ribut petir yang besar.Tenaga utamanya terhasil daripada pembebasan haba akibat proses kondensasi wap air pada altitud yang tinggi.Oleh itu siklon tropika dapat digambarkan sebagai' mesin haba raksasa' yang digerakkan oleh mekanisme tekanan fizikal seperti putaran dan graviti bumi.


    Terdapat banyak terminologi bagi mengambarkan siklon tropika berdasarkan kekuatan serta lokasinya seperti
    • ribut tropika-- kelajuan angin antara 62-117km sejam
    • hurricane(Amerika Syarikat)-melebihi 118 km sejam
    • taufan (Asia)--melebihi 118 km sejam
    Menurut skala Hurricane Saffir Simpson,taufan diberikan skala 1 - 5,berdasarkan kelajuan angin dan kesannya.Kategori 5 bermakna tiupan angin melebihi 249 km sejam dengan luruan ribut ( ombak besar )mencecah ketinggian 6 meter sehingga boleh menyebabkan kerosakan yang amat dahsyat.

    Siklon tropika berupaya menghasilkan tiupan angin yang sangat kencang,puting beliung dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dan banjir lumpur,membawa luruan ombak besar ke kawasan pantai.Siklon tropika di permukaan laut akan menyebabkan ombak besar,hujan lebat dan angin kencang di perairan antarabangsa yang kadang kala mampu menenggelamkan kapal.Bagaimana pun kesan yang paling teruk adalah apabila siklon ini menyeberangi garisan pantai dan menuju kedaratan ( Contohnya taufan Nargis di Myanmar,Siklon Bengal di Bangadesh serta Katrina di Amerika Syarikat).



    Kesan Kemusnahan Taufan atau Hurricane Katrina di New Orleans LA USA.



    Sering kali kesan sampingan ribut ini turut sama membinasakan.Ini termasuklah penyakit berjangkit serta penyakit yang di bawa oleh nyamuk,gangguan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan talian komunikasi penting dan menjejaskan usaha bantuan kecemasan,menyukarkan sistem pengangkutan akibat kerosakan jalanraya atau jambatan


    Antara lokasi utama siklon tropika ( dikenali dengan nama Zon Tumpuan Antaratropika @ ITCZ ) ialah
    1. Lautan Atlantik Utara
    2. Bahagian timur dan barat Lautan Pasifik
    3. Barat Daya Pasifik
    4. Barat laut dan barat daya Lautan Hindi
    5. Utara Lautan Hindi
    Secara puratanya sebanyak 80 siklon tropika terbentuk setiap tahun.Bagi negara Malaysia Taufan Utor dikatakan merupakan penyebab hujan lebat sehingga melebihi 350mm dalam tempoh 24 jam! di selatan Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor,Negeri Sembilan,Melaka dan Pahang yang mengakibatkan banjir besar pada 18 Disember 2006.Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Segamat dan Kota Tinggi yang ditenggelami oleh air dan tidak boleh dihubungi melalui jalan darat.Banjir ini meragut 8 nyawa serta menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur dan harta benda awam bernilai jutaan ringgit.


    Banjir Dashyat Di Kota Tinggi Johor Malaysia



    Sabah juga terdedah kepada ancaman taufan kerana kedudukannya yang hampir dengan Filipina di sebelah selatan
    Sumber : Prof Dr Bujang B K Huat( Siklon Tropika,Ribut,Taufan dan Pemanasan Global,era Hijau keluaran no 4 2007)

    Taufan Nargis Melanda Myanmar

    on Selasa, 6 Mei 2008

    Gambar satelit Taufan Nargis yang melanda Myanmar oleh NASA

    Sememangnya tersemat di fikiran saya ingin menulis tentang fenomena alam yang hebat seperti taufan ini.Manusia ternyata tidak mampu menahan taufan daripada melanda,malahan penduduk di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana negara ini bebas dari ribut taufan.




    Kesan kemusnahan Taufan Nargis di Myanmar


    Taufan merujuk kepada angin ribut yang berpusar dengan kelajuan yang sangat dahsyat atau pun tinggi.Selalunya kelajuan angin melebihi 200-300km sejam diiringi dengan hujan lebat.Taufan boleh menghasilkan zon ribut selebar 80km dari pusatnya.Kerosakan,kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa boleh berlaku di dalam zon ini.Ini kerana taufan menghasilkan angin yang sangat kuat mengelilingi 'pusat' taufan.Walaupun dengan cepat berlalu kesannya kepada manusia serta daratan yang dihentamnya sangat dashyat.Taufan dikenali dengan hurricane di India barat,tornado di Amerika Syarikat serta willy willies di Australia

    Antara negara yang terdedah dengan taufan ini termasuklah Filipina dan Vietnam serta tidak ketinggalan negara-negara Asia Selatan seperti Bangladesh(Taufan Bengal melanda pada November 2007),India serta Pakistan.taufan Nargis dikatakan berkelajuan kekuatan skala 4.Angka kematian tidak rasmi ialah melebihi 22,000 orang .Semoga taufan ini menjadi pengajaran kepada semua umat manusia bahawa kuasa Tuhan melebihi segalanya


    Untuk bacaan lanjut(maafkan saya,kebanyakan site ini berbahasa Inggeris,tetapi maklumatnya agak baik dan lengkap)

    Tornado Facts

    Tornadoes

    Cyclone Facts

    Hurricanes

    Wallpaper dan Screensaver Percuma

    on Isnin, 5 Mei 2008

    Wallpaper sistem solar-gambaran sistem planet termasuklah bumi.







    Salah satu wallpaper Deep Ocean- Sotong Gergasi




    Anda ingin menambah koleksi wallpaper dan screensaver anda? Atau inginkan wallpaper tentang keindahan alam semula jadi yang menakjubkan?Atau inginkan wallpaper yang penuh dengan unsur pendidikan? Mungkin National Geographic Wallpaper dan National Geographic Screensaver adalah jawapannya.Setakat ini memang diketahui National Geographic adalah pertubuhan yang begitu popular di dunia dan kredibilitinya tidak dapat dipertikaikan lagi.Wallpaper dan screensavernya adalah bebas dari virus.


    Laman web ini sendiri sebenarnya penuh dengan unsur pendidikan serta penjelasan tentang pelbagai fenomena alam yang unik serta penerangan,gambar serta video tengan flora dan fauna yang sangat menarik di seluruh dunia.Apa tunggu lagi anda boleh mendapatkannya sekarang dan yang paling penting ianya adalah percuma dan boleh disesuaikan dengan pelbagai resolusi untuk destop atau laptop anda.

    China Negara Penyumbang Pencemaran Paling Besar di Dunia.

    on Sabtu, 3 Mei 2008


    China dikatakan penyumbang karbon dioksida serta gas pencemaran udara paling besar di dunia mengatasi Amerika Syarikat untuk tahun 2006-2007.Sebelum ini Amerika dikatakan negara yang paling banyak melepaskan gas yang mencemarkan alam sekitar serta menjadi penyumbang utama kepada gas rumah hijau.Kenyataan ini merupakan maklum balas daripada sekumpulan penyelidik dari Universiti California Amerika Syarikat.Ironinya Amerika Syarikat sendiri merupakan negara yang tidak mahu menandatangani Protokol Kyoto tahun (1997)(pakatan negara-negara PBB untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau).Para penyelidik ini memaklumkan jika tidak ada langkah yang wajar diambil, negara-negara maju lain di dunia di bawah protokol ini mungkin mengecilkan 'emissions cut' mereka( melebihkan kouta pelepasan karbon dioksida dari industri atau stesen janakuasa).Namun apakah hanya China sahaja yang ingin dipersalahkan? Negara-negara majulah termasuk Amerika Syarikat yang telah melepaskan gas rumah hijau sejak revolusi perindustrian lagi.Setakat Jun 2007 sebanyak 174 buah negara menandatangani perjanjian Protokol Kyoto kecuali Amerika Syarikat dan Australia yang menolak atas alasan akan memudaratkan ekonomi mereka.Malaysia menandatangani perjanjian pada tahun 2002.Namun negara kita dan negara-negara membangun yang lain dikecualikan dari kouta pelepasan karbon dioksida kerana bukanlah penyumbang utama kepada peningkatan kesan rumah hijau.China dan India juga turut dikecualikan dari kouta ini.

    Untuk bacaan lanjut sila ke

    BBC News-Asia Pasific

    Krisis Makanan Dunia Dan Malaysia

    on Khamis, 1 Mei 2008


    Dengan pelbagai andaian serta spekulasi tentang punca kemerosotan makanan utama iaitu padi kita seharusnya mengambil iktibar bahawa sesebuah negara yang kuat ialah negara yang mempunyai sumber makanan yang mencukupi serta sumber manusia yang berkualiti.Dengan kenaikan harga beras yang melambung tinggi seharusnya menginsafkan kita bahawa kawasan sawah padi tidak perlu ditukarkan statusnya menjadi pelbagai kawasan komersial atau perumahan.Itulah pendapat yang mudah pada pandangan orang awam seperti kita.Kekalkan kawasan penanaman padi yang sedia ada serta wujudkan kawasan penananam padi yang baru.Pertingkatkan teknologi,pengurusan serta penyelidikan agar penanaman padi dapat dijalankan melebihi 2 kali setahun. Krisi makanan dunia ? Apakah puncanya?

    Menurut
    pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlin Mokhtar "terdapat 3 faktor utama berlakunya krisis makanan di peringkat global. Pertama-- pertambahan bilangan penduduk dunia serta kekurangan tanah yang diperuntukkan bagi sektor pertanian. Kegiatan perindustrian yang aktif sehingga menyumbang kepada pencemaran selain perubahan cuaca dunia. Menurutnya, krisis makanan khususnya di negara- negara membangun dapat ditangani sekiranya petani mempraktikkan amalan pertanian moden. Ini termasuk penggunaan teknologi terkini dan memaksimunkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil pengeluaran."


    Menurut
    Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr. Zarinah Yusof berkata, krisis yang melibatkan bahan makanan seperti beras dan tepung itu jika tidak dibendung akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

    "keadaan cuaca juga memainkan peranan selain kenaikan harga minyak dunia. Tindakan Amerika memajukan biofuel menggunakan bahan makanan telah mewujudkan satu konflik. Selain satu pembaziran, ia juga antara penyebab krisis makanan dunia berterusan.
    Ada pendapat yang mengatakan bahawa kenaikan harga barang makanan ini contohnya tepung berpunca sebenarnya juga daripada tindakan negara Amerika yang cuba memajukan teknologi biofuelnya, kerana di sini didapati untuk pengeluaran jagungnya dan gandumnya banyak digunakan untuk pengeluaran biofuel tadi. Contohnya, untuk pengeluaran ethanol memerlukan 240-kilogram jagung yang mana dapat mengeluarkan 100-liter ethanol yang cukup untuk keperluan sebuah S-U-V."

    Prof Dr. Ghizan Salleh dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia berkata berkata
    Malaysia mampu menjadi pengeksport beras domestik seperti yang digariskan dalam Dasar Pertanian Ketiga sekiranya mengamalkan pengurusan sumber dan penggunaan teknologi secara efisien dalam pertanian. Menurutnya langkah itu sekaligus dapat mengatasi krisis kekurangan makanan global. Katanya pembaziran sumber seperti baja dan racun perosak perlu dielakkan sementara pengurusan kesesuaian tanah untuk pertanian dengan cara yang betul, perlu diamalkan. Faktor ini akan turut menyumbang kepada perubahan iklim sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran pertanian negara.
    “kita mempunyai teknologi di negara ini dan pastinya teknologi telah pun digunakan tetapi saya percaya banyak lagi yang perlu ditingkatkan. Kita
    cuba tingkatkan hasil padi menggunakan teknologi terkini dan juga kemungkinan untuk menambah. Kawasan padi kita yang mana kita tahu sabah dan Sarawak masih ada lagi tanah untuk dipertingkatkan keluasan sedia ada. Sememangnya kita sudah ada variety disebut MR219 yang ditanam dikawasan 90 % kawasan penanaman padi dinegara kita dan hasilnya boleh melangkau 10 tan sehektar tetapi perlu didalam suasana pengeluaran dimana pengurusan pengeluaran itu dijaga dengan baik. Walaupun kita ada teknlogi ini tetapi amalan terhadap teknologi tidak benar-benar dibuat oleh keseluruhan petani. Itu dapat dimantapkan melalui program-program pengembangan. Ada kalanya petani tidak melakukan sepenuhnya apa yang dinyatakan mungkin baja tidak digunakan pada tahap yang sepatutnya. Cara mengairkan kawasan padi tadi amat penting dimana kita hanya perlu air diberikan pada tahap saturation point. Kita ada juga baja padi yang dikeluarkan yang saya percaya jika digunakan pada peringkat yang optimum boleh menghasilkan pengeluaran yanggg baik

    Sumber:Radio RTM 27/4/08

    Apa pun pendapat dan saranan,kekalkan dan tambahlah kawasan penanaman padi semaksima mungkin.Dengan Vietnam(pengeksport kedua terbesar dunia selepas Thailand menggantung eksport akibat pengeluaran padinya terjejas teruk kerana kemarau dan serangan serangga.),Thailand serta Filipina(terjejas apabila pengeluaran serta stok berasnya merosot teruk) sebagai negara pengeluar beras terbesar di dunia menghadapi pelbagai masalah seperti serangan makhluk perosak serta ancaman iklim yang tidak menentu,dunia terutamanya negara-negara asia akan terjejas teruk.Malaysia seharusnya bersiap sedia menghadapi keadaan ini.

    Kita perlu memikirkan untuk mengurangkan 30 peratus daripada keperluan beras negara atau kira-kira 700,000 tan metrik setahun yang diimport dari Thailand dan Vietnam.Pertubuhan Makanan Dunia (FAO) melaporkan sebayak 36 buah negara terjejas teruk serta menghadapi krisis makanan yang meruncing.Dengan kenaikan harga 20% beras negara kita seharusnya memikirkan semula tentang pengambilan tanah sawah padi untuk pembangunan yang tidak terancang.Semoga Malaysia akan bebas dari ancaman krisis makanan.Lestarikan penananam padi negara!


     
    © LoveHijau All Rights Reserved
    Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.