Kajian Dan Penyelidikan Untuk Memajukan Nilai Tumbuhan Negara

on Isnin, 30 Jun 2008

Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang mengandungi pelbagai khazanah perubatan yang tersembunyi.Dengan kepelbagaian biodiversitinya flora negara kita menunggu untuk dikaji dan diselidik untuk dikembangkan sebagai salah satu komoditi negara di masa akan datang.Secara tidak langsung kepelbagaian biodiversiti (Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang mempunyai mega biodiversiti di dunia) perlu dipertahankan.

kajian yang berterusan setakat ini dapat merumuskan bahawa tumbuhan negara kita mempunyai kandungan kimia yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Mungkin para pembaca sudah biasa dengan tongkat ali,mengkudu,kacipa fatimah dan sebagainya.Sebenarnya itu hanyalah sedikit daripada flora yang sudah dikomersial dan di kaji.

Antara bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ialah

Flavoniod

Flavonoid mengandungi nilai-nilai perubatan seperti antioxsidan,anti allergik,anti bengkak,anti mikrobial,anti kanser dan untuk penyakit kardiovaskular (jantung).Teh hijau dan mengkudu umpamanya mengandungi jumlah flavonoid yang tinggi.


Alkaloid

Alkaloid mengandungi asid amino.Digunakan untuk meredakan kesakitan (pain reliever) dan ubat tidur.Contoh alkoid seperti nikotin,kokain dan morfin.Kulit kayu dari pokok Cinchona mengdungi bahan kuinin yang digunakan untuk mengubati penyakit malaria.


Saponin

Saponin berbuih seperti sabun apabila larut di dalam air.Dipercayai boleh mengawal kolesterol di dalam badan dan mempunyai aktiviti anti kanser.Rambutan,kacang soya dan asparagus mempunyai bahan saponin.


Terpen

Terpen digunakan untuk produk bau-bauan seperti minyak pine,minyak turpentine dan minyak kampor.


Senario tumbuh-tumbuhan ubatan tradisional di Malaysia buat masa sekarang banyak tertumpu kepada beberapa spesis yang telah popular digunakan oleh masyarakat tempatan seperti Tongkat Ali,Kacip Fatimah, Ubu jaga, Serai wangi, Sireh, Manjakani, Mengkudu, Misai Kucing dan banyak lagi.

Semoga senario ini akan berterusan,kajian yang berterusan untuk bioteknologi negara,Semoga ia tutur menjana pendapatan penduduk luar bandar dan individu yang berminat menanamnya

Lintah-Pendapatan Lumayan Menanti

on Sabtu, 28 Jun 2008



Lintah dahulunya hanya dianggap tidak penting,kini menjadi pilihan ramai masyarakat dan orang ramai untuk turut sama menternaknya.Dengan harga se kg RM 60 lintah merupakan bukti kepelbagai biologi di negara kita sebenarnya adalah rahmat dan anugerah dari Tuhan.Semoga penternakan ini berjaya dan mampu meningkat pendapatan petani atau penternak yang berminat dengannya.Dari maklumat yang saya ketahui tahap kematian sewaktu membelanya hanyalah 0.9 something sahaja.Maknya lintah ini kebarangkalian untuk mati adalah rendah dan mengurangkan risiko kerugian kos kepada penternak.



  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.

  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.

  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.

  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.

  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.

  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.

  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.

  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.

  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

  • Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.

  • Sumber:Berita Harian Online

    Gali Telaga Jumpa Gas Asli


    Sukram Mohd Noor 36 ,(kanan) dan rakannya Nasemaide Juaih 38 , memasak telur menggunakan gas yang beliau temui semasa menggali tanah sedalam 70 kaki untuk tujuan membuat perigi di Kampung Kedai Piah Ketereh.

    Sumber:BH Online

    Kelisa Sungai Kerian Terancam

    on Rabu, 25 Jun 2008


    Sungai Kerian adalah sungai yang memisahkan negeri Kedah dan Perak.Sungai ini merupakan nadi kepada daerah Bandar Baharu yang mempamerkan keindahan alam semulajadi dengan kepelbagaian flora dan fauna.Tebingnya ditumbuhi pelbagai tumbuhan seperti paku pakis,nibong,rasaw,mengkuang,herba dan sebagainya.
    Kawasan Sungai Kerian ini sejak dahulu lagi merupakan tumpuan orang ramai untuk aktiviti menangkap pelbagai spesis ikan air tawar yang bernilai tinggi.Keistimewaannya sungai ini ini dihuni oleh spesis ikan yang termahal di dunia,iaitu ikan Kelisa atau Arowana atau nama saintifiknya iaitu Scleropages Formosus.
    Kegiatan nelayan di sini merupakan kegiatan turun temurun sejak tahun 80 an lagi.Antara spesis lain yang menghuni sungai ini termasuklah baung,lampam,haruan,toman,sepat dan puyu.Spesis ikan hiasan di sini termasuklah Kelisa,sebarau dan kelah.
    Kelisa Emas atau Golden Arowana merupakan buruan nelayan setiap masa terutamanya pada musim pembiakan pada hujung tahun.Memang dahulu Kelisa banyak dan begitu mudah ditangkap di sungai Kerian.Permintaannya dengan harga yang tinggi kin menyebabkan spesis ini diancam kepupusan.Harga tertinggi Kelisa boleh mencapai RM 2000 bersaiz 2 inci!
    Selain diburu oleh manusia,ikan ini turut berhadapan ancaman pencemaran bahan kimia dan sisa pertanian.Ikan Kelisa merupakan ikan yang dilindungi oleh Akta Perikanan 1985 -Kaedah-Kaedah Perikanan (sungai) 1990.Spesis ini disenaraikan dibawah Convertion On International Trade Of Endangered Species ( CITES ).Jika disabitkan keslahan,pesalah boleh didenda sehingga RM 5000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

    Antara faktor kepupusan Kelisa sekarang di Sungai Kerian adalah:
    • Pemburuan secara berleluasa.
    • Pencemaran sungai
    • Tabiat ikan Kelisa sebagai'surface feeder' yang memudahkannya ditangkap.
    • Harga dan permintaan yang tinggi
    • Kadar motaliti(benih ikan baru ) yang rendah
    • Kurang kesedaran orang ramai tentang pentingnya menjaga khazanah alam semulajadi
    Langkah yang positif perlu diambil bagi menjaga kesinambungan hayat ikan ini.Proses pengurusan,pemuliharaan dan perlindungan sumber ikan yang bersepadu merupakan pilihan terbaik seperti:

    • Mewartakan zon-zon atau habitat semulajadi ikan Kelisa seperti mewujudkan santuari Kelisa
    • Menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 melalu pemantaun dan perundangan.
    • Mengeluarkan lesen/permit beserta syaratnya sekali.
    • Meningkatkan aktiviti penyelidikan,pembenihan dan penternakan Kelisa.
    • Meningkatkan aktiviti penyebaran maklumat untuk mendidik orang awam mengenai pemuliharaan spesisi yang terancam ini.
    Semoga langkah-langkah ini,membolehkan generasi akan datang mengenali spesis Kelisa serta menjadi komoditi eksport ikan hiasan utama negara di masa- akan datang
    Sumber: Berita Perikanan,Jabatan Perikanan Malaysia







    Buah-buahan,sayur dan ulaman hijau untuk kesihatan

    on Isnin, 23 Jun 2008


    Tahukah anda?.....

    Sayur dan buah kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin C,karotinoid dan flavonoids.Zat tersebut dapat mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser dan penyakit jantung

    Serat yang tidak larut air yang terdapat di dalam bahagian sayuran yang tidak dihadam dapat mencegah sembelit dan beberapa jenis kanser.Manakala serat yang larut air dalam kebanyakan buah membantu mengurangkan paras kolesterol darah.Ini mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit jantung


    Sayur dan buah-buahan tidak mengadungi kolesterol...

    Sayur dan buah-buahan juga rendah kandungan lemak dan kalori.Berkhasiat untuk mengurangkan berat badan....

    Mineral seperti kalium dan kalsium yang terdapat dalam banyak jenis sayur dan buah mungkin boleh mengurangkan risiko tekanan darah rendah.

    Sayur hijau adalah sumber folat yang baik.Folat dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang serius dan penting untuk ibu mengndung.

    Sayur hijau juga adalah sumber zat besi yang dapat mengelakkan keadaan kurang darah.

    Sayur hijau dan sayur/buah yang berwarna oren kaya dengan beta karotena yang penting untuk kesihatan mata.
    Jadi makanlah 5 sajian sayur dan buah sehari...



    Tapi bagaimana ye?

    Makanlah sekurang-kurangnya satu sajian sayur dan buah setiap kali makan.
    Bila masa yang sesuai?

    Makan buah dan jus buah semasa sarapan pagi(nie ramai yang kurang amalkan..) Semasa waktu pagi makanlah sebiji atau sepotong buah. Jadikan sepotong buah atau sayur seperti rojak pada waktu tea time Makan sayur dan salad atau ulam semasa makan tengahari dan makan malam.



    Banyak mana nak makan?

    1 sajian adalah bersamaan... 1/2 cawan sayur yang dimasak Sepotong betik/nenas/tembikai. Sebiji pisang bersaiz sederhana/limau/epal 3/4 cawan jus buah 1/4 cawan buah kering

    Jagalah kesihatan anda,kepada para blogger kesihatan kita perlu dijaga,pemakanan yang baik mampu mencegah pelbagai penyakit.Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.saya agak sibuk 2-3 hari nie,Semoga blog hijau lestari senantiasa di hati anda untuk mendapatkan pelbagai maklumat.Walau pun simple aje hari nie saya rasakan topik kesihatan berkaitan dengan pemakan sayuran hijau serta ulaman hijau perlu dijadikan kebiasaan

    Subsidi Pemasangan NGV?

    on Jumaat, 20 Jun 2008

    KENAIKAN harga petrol dan diesel sekarang menyebabkan pemilik kenderaan mula beralih kepada gas asli kenderaan (NGV) sebagai alternatif, namun persoalannya ialah berapa banyak stesen minyak di negara ini yang membekalkan NGV?

    Baru-baru ini, Petronas menyatakan hasratnya untuk menambah 59 stesen jualan NGV lagi pada tahun ini dan ia dianggap sebagai langkah bijak bagi memenuhi jangkaan permintaan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak.

    Penambahan stesen jualan itu juga memperlihatkan kesungguhan Petronas terhadap isu berkaitan. Dari sudut lain ia turut memberikan ruang lebih luas bukan saja kepada pengguna untuk memudahkan mereka mengisi gas asli tanpa perlu beratur panjang, malah sebagai pemangkin, pemacu dan pembuka jalan kepada syarikat minyak lain untuk melakukan tindakan sama, iaitu sekurang-kurangnya menyediakan satu stesen NGV di premis masing-masing.

    Pada masa sama, kerajaan perlu memikirkan kaedah lain bagi menggalakkan rakyat menggunakan NGV, seperti memberi subsidi kepada pemilik kenderaan memasang tangki NGV supaya dapat digunakan sebagai alternatif bagi petrol dan diesel.

    Selain itu, sudah tiba masanya bagi Proton mengeluarkan kereta menggunakan NGV, dengan mereka bentuk tangki yang sesuai, mungkin lebih kecil daripada tangki NGV yang ada. Tangki NGV sedia ada, agak besar sehingga memakan banyak tempat di ruang but.

    Proton sudah tentu boleh mereka bentuk tangki lebih kecil, misalnya membuat tangki nipis tetapi memakan semua ruang yang ada di bahagian bawah tengah dan belakang.

    Ini adalah sebagai langkah jangka panjang bagi persediaan berikutan harga minyak yang tidak kelihatan harganya turun dalam tempoh terdekat ini. Malah, ia juga baik untuk alam sekitar kerana NGV tidak banyak mengeluarkan pencemaran udara selain rizab minyak negara kita juga bukan banyak sangat.

    Rungutan orang ramai yang terpaksa menggandakan perbelanjaan bagi bahan api serta barang keperluan lain adalah hakikat yang ditanggung mereka. Namun, aktiviti seharian perlu diteruskan walau dalam keadaan perit, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    Mana tidaknya, setiap hujung bulan, sebaik saja gaji diterima, perkara pertama dilakukan ialah melangsaikan pelbagai jenis hutang dan membeli keperluan harian.

    Dalam pada menunggu apakah bentuk rebat, subsidi dan insentif lagi yang bakal diumumkan kerajaan, rakyat perlu merancang perbelanjaan sendiri dalam mengubah gaya hidup mereka. Senario kenaikan harga petrol dan diesel menjadi fenomena global. Cuma, keadaan negara ini masih terkawal dan tiada rusuhan besar-besaran berlaku seperti negara lain.

    Di Thailand, umpamanya 120,000 pemilik trak melakukan bantahan setengah hari, kelmarin menuntut kerajaan membantu mereka berikutan kenaikan harga minyak termasuk mengenakan potongan sebanyak tiga bath (29 sen) bagi setiap liter diesel selama enam bulan serta pinjaman mudah untuk menukar enjin kepada penggunaan NGV.

    Bagi rakyat, pengangkutan, tidak kira apa juga jenisnya sama ada bot, motosikal, kereta, bas dan kapal terbang memerlukan penggunaan bahan bakar sebagai penggerak utama. Justeru, kenaikan harga minyak memberi kesan menyeluruh kepada hampir semua sektor.

    Tidak mustahil, dalam keadaan sekarang penggunaan bahan bakar alternatif wajar difikir secara serius supaya tidak terlalu bergantung kepada petrol atau diesel. Harga semakin meningkat mengikut harga pasaran dunia menambah tekanan kepada semua pihak.

    Antara alternatif yang boleh diperluas dan diterokai secara besar-besaran di negara ini ialah menerusi penggunaan gas asli dan biodiesel, selain perlu melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin untuk keperluan kepada sektor lain. Yang pasti Malaysia kaya dengan sumber berkenaan.

    Pada masa ini, penggunaan NGV, contohnya bagi kegunaan kenderaan persendirian dan pengangkutan awam masih terlalu rendah, walaupun beberapa kajian jelas membuktikan banyak manfaatnya, iaitu tidak saja bersih dan mesra alam sekitar, mengurangkan karbon monoksida, lebih ringan, tidak berwarna dan berbau selain dapat mengelak sesak nafas apabila terhidu berbanding bahan bakar lain seperti petrol dan diesel.

    Penggunaan NGV mula digunakan ketika Sukan Komanwel (SUKOM ‘98) di negara ini apabila bantuan subsidi diberi kepada teksi untuk menukar sistem petrol kepada sistem NGV. Kajian turut menunjukkan penggunaan NGV pada teksi juga mampu mengurangkan pengeluaran karbon monoksida 64 peratus serta hanya mengeluarkan 25 peratus nitrogen oksida dan hidrokarbon.

    Sejak 1997, Petronas dilaporkan menyuntik RM450 juta bagi mengekalkan harga gas asli pada kadar rendah bagi memberi manfaat kepada 33,058 kenderaan yang menggunakan bahan api itu, sebahagian besarnya teksi.

    Apa yang paling menarik, harga NGV dijual lebih murah, iaitu hanya 68 sen seliter dan kadar itu dijangka kekal walaupun permintaannya dijangka melonjak berikutan semakin ramai pengguna kenderaan beralih kepada bahan api itu sejak kenaikan harga petrol dan diesel.

    Itu adalah jaminan diberikan oleh Presiden merangkap Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

    “Tujuan utama pengenalan NGV, bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu alam sekitar kerana gas tanpa partikel enap cemar adalah alternatif kepada petrol,” kata Mohd Hassan, seperti dilaporkan baru-baru ini.

    Dilema yang menghantui pengguna ialah perlu memasang tangki untuk NGV bagi membolehkan mereka mengisi gas asli. Harga pemasangan tangki itu melebihi RM3,000. Meskipun mahal, bagi jangka panjang ia lebih menguntungkan dengan kadar 68 sen seliter berbanding bahan api lain yang jauh lebih tinggi dan sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga 70 peratus.

    Kerajaan sudah memberi rebat RM625 secara tunai kepada pemilik kenderaan kuasa kuda 2,000 cc ke bawah serta RM150 kepada pemilik motosikal bawah 250cc. Walaupun ramai pihak menyatakan pembayaran itu tidak setimpal dengan kadar penggunaan bulanan, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan rakyat.

    Alternatif lain, penjimatan penggunaan petrol boleh juga dilakukan menerusi banyak cara dan ada tips tertentu yang boleh diamalkan pengguna sendiri. Sejajar dengan kemajuan dunia teknologi ini, penggunaan enjin hybrid ke atas kenderaan juga mampu mengurangkan penggunaan bahan itu kerana ia dipercayai menggunakan dua atau lebih gabungan sumber kuasa, iaitu bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan kenderaan.

    Sistem hybrid itu sudah diguna pakai kepada kenderaan lain, seperti Honda Motor Co Ltd dari Jepun yang turut dilihat dapat mengurangkan pergantungan kepada sumber bahan api fosil seperti gas atau minyak.

    Sumber: Dipetik sepenuhnya dari BH Online

    Spesis Meranti Terbesar di Dunia

    on Khamis, 19 Jun 2008




    FAKTA: spesies Meranti bukit ( Nama saintifiknya : Shorea platyclados )

    • Dianggar berusia 1000 tahun
    • Ukur lilit pokok 14.3 meter
    • Ketinggian 40 meter
    • Lokasi Hutan Kekal Relai, Hulu Kelantan (Gua Musang )
    • Diiktiraf MBOR terbesar dan tertua di dunia.
    • Ditemui Pengawas Hutan Manik Urai,Razaman Umar
    • Menjadi Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi (High Conservation Value Forest atau HCVF dan Taman Warisan Alam (TWA)
    • Kawasan sekitarnya menjadi ekosistem `Hutan Dipterokarpa Bukit Atas' yang sensitif dan perlu dilindungi.
    Sumber: B H online

    Haiwan Unik - Gajah Malaysia

    on Rabu, 18 Jun 2008


    Gajah Asia





    Gajah Asia

    Gajah Afrika mempunyai saiz yang lebih besar berbanding Gajah Asia.


    Baru-baru ini dilaporkan petani di Sg Siput Perak mengalami banyak kerugian kerana ladang dan tumbuhan kelapa sawit mereka telah dimusnahkan oleh gajah.Sebenarnya seperti juga harimau,populasi gajah semakin berkurangan di Malaysia.Habitat mereka turut terancam akibat arus pembangunan yang memaksa kepada penerokaan hutan.Gajah Asia turut terdapat di India,Myanmar,Thailand,Laos,Sri Lanka,Sumatera dan Kalimantan Indonesia.

    Fakta tentang gajah.

    • Merupakan haiwan mamalia daratan yang terbesar di dunia.
    • Nama saintifiknya ialah Elephas maximus hirsutus.
    • Sekeluarga dengan gajah Afrika.
    • Sangat mudah dikenali melalui belalai dan gading yang terbentuk daripada gigi kedua pada tulang rahangnya.
    • Mempunyai deria bau yang sangat baik.
    • Berat gajah dewasa boleh mencapai lebih daripada 6000kg.
    • Mula membiak pada usia 8 - 12 tahun.
    • Ibu gajah mengandung dalam tempoh yang agak lama iaitu 18 hingg 22 bulan!
    • Jangka hayat boleh mencapai 60 hingga 80 tahun.
    • Sukar untuk didekati dan dilihat di dalam hutan kerana kulitnya yang bewarna kelabu kehitaman.
    • Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan. Mereka suka berenang dan mandi di sungai.
    • Makanan utamanya termasuklah daun,rumput,rebung serta buah-buahan.
    • Habitatnya merupakan hutan dara,hutan sekunder mahu pun hutan belantara yang tebal.
    • Semakin berkurangan akibat pembukaan hutan oleh manusia
    • Gajah juga sukakan sira- tanih yang bergaram,mereka mempunyai sira mereka sendiri seperti gajah yang terdapat di hutan Belum Perak.
    • Mempunyai laluan yang tetap di dalam hutan serta melibatkan kawasan yang agak luas iaitu 167km persegi.
    Terdapat hanya 2 spesis gajah di dunia iaitu Gajah Afrika serta Gajah Asia.Namun pada tahun 2003 telah ditemui satu lagi spesis gajah iaitu Gajah Borneo Kerdil (Borneo Pygmy Elephant) atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia.Menurut Penyelidikan oleh Universiti Colombia menunjukkan DNA gajah kerdil Borneo itu mempunyai persamaan genetik dengan kelompok asal tanah besar Asia dan Sumatera, dan oleh itu merupakan subspesies dengan gajah asia .Banyak terdapat di kawasan Sabah dan Kalimantan.
    Sumber: TheJakarta Post.com
    Gajah Borneo agak kecil dan merupakan sub kepada Gajah Asia.

    Di Malaysia gajah dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 9 Akta 76).Walau pun nampak seperti haiwan yang terkuat gajah di seluruh dunia sebenarnya terancam akibat pemburuan haram untuk gading yang kononnya untuk perubatan tradisional.Di samping itu gading gajah turut dijadikan pelbagai hiasan serta koleksi seperti cincin,hulu senjata dan hiasan di rumah.Jika kegitan ini berterusan tidak mustahil spesis gajah akan pupus suatu hari nanti

    Kesan Rumah Hijau

    on Isnin, 16 Jun 2008











    Apakah itu kesan rumah hijau?

    Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global.Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.Pencemaran dengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau.Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera.Akibatnya suhu bumi semakin panas.

    Proses Kesan Rumah Hijau

    Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera sesuatu ruang tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.(Wikipedia.org)
    Sumber:hidden-technology.org


    Kesan Rumah Hijau
    • Menyebab berlakunya pemanasan global
    • Kawasan yang mengalami pencemaran yang teruk akan lebih mengalami suhu yang lebih panas
    • Pemanasan global akibat kesan rumah hijau akan menganggu iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.Flora dan fauna juga turut diganggu aturan atau kitaran hidupnya seperti bunga di kawasan sejuk berbunga lebih cepat dari kebiasaan dan sebagainya
    • Kenaikan suhu dunia akan mencairkan ais terutamanya di Artik.Walaupun mengambil masa,kesannya pastilah buruk kerana pencairan ais ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut yang mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia.Dijangka ais di Artik akan cair kesemuanya pada tahun 2099(wikipedia)
    Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau

    • Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas antaranya sulfur dan oksida.
    • Faktor manusia iaitu melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida,nitrogen oksida,CFC,halon dan sebagainya.Gas-gas inilah yang membentuk satu layer atau lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraunggu matahari secara semula jadi.Lapisan ini juga akan menyebabkan gas yang lain turut berkumpul di lapisan ini.
    1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang,kereta dan sebagainya.(pencemaran udara)
    2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC .
    3.Penggunaan racun serangga serta baja kimia turut membebaskan gas kesan rumah hijau
    4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang
    pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.





    Tips Jimat - Peralatan Rumah

    on Ahad, 15 Jun 2008

    Jimatkan tenaga elektrik rumah anda dengan bijak.Maklumlah mungkin tarif elektrik akan meningkat nanti.Sipa akan mengalami kesannya? Sudah pastilah kita,terpaksa membayar harga yang tinggi nanti



    Seterika dan Pemanas Air

    • Peralatan Elektrik yang digunakan untuk memasak dengan cepat lebih banyak menggunakan tenaga elektrik.Gunakan cerek biasa dan padur gas untuk mendidihkan air

    • Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika.Seterika merupakan peralatan yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik/





    Kipas
    • Gantikan kipas yang sudah agak lama dengan kipas baru(contohnya kipas stand) yang lebih cekap dalam menggunakan tenaga.Bersihkanlah kipas tu..serta pastikan minyak pelincir mencukupi ubtuk melanjutkan tempoh hayat kipas tersebut.






    Tv dan Komputer
    • Kurangkan masa menonton televisyen.Gunakan masa lapang dengan melakukan riadah diluar(emm,pasti ramai yang tidak bersetuju maklumlah,tvkan merupakan hiburan utama di rumah)

    • Komputer menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak bagi menghidupkan skrin,CPU,mesin pencetak dan pembesar suara.Di dalam hal ini komputer mudah alaih ( laptop, notebook lebih efisyen untuk menjimatkan tenaga elektrik

    Bencana Buatan Manusia

    on Jumaat, 13 Jun 2008



    19 saintis Universiti California mendapati lautan semakin tercemar termasuk kepupusan pelbagai spesies ikan, tumbuhan laut

    HAMPIR semua lautan di dunia kini berhadapan masalah yang akan menjejaskan kehidupan manusia pada masa depan jika usaha tidak dilakukan untuk menanganinya mulai sekarang.

    Penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 17 pelbagai kegiatan dilakukan manusia ke atas lautan daripada perikanan hingga pencemaran, berjaya menghasilkan peta baru yang menunjukkan bagaimana dan di mana kegiatan manusia memberi kesan ke atas lautan.

    Peta berkenaan dikemukakan pada mesyuarat tahunan Persatuan Pengembangan Sains di Boston dan disiarkan dalam jurnal Science, baru-baru ini.

    "Hasil kajian kami menunjukkan bahawa apabila kesan kegiatan manusia terhadap lautan digabungkan, kami mendapati masalah yang wujud sebenarnya jauh lebih teruk daripada apa yang dapat kita bayangkan dan memang memeranjatkan," kata ketua penyelidikan, Ben Halpern yang juga seorang saintis di Pusat Analisis Ekologi dan Sentisis Kebangsaan di Universiti California, Santa Barbara.

    Antara kawasan paling teruk terjejas termasuk Laut Utara, Laut China Selatan dan Laut China Timur, Laut Caribbean, pantai timur Amerika Utara, Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi, Laut Bering dan Lautan Pasifik Barat. Kawasan yang paling kurang terjejas adalah yang berhampiran kutub.

    PERALATAN mengukur suhu, konduktiviti dan kedalaman diturunkan ke dalam lautan di Antartika untuk mendapatkan sampel air dasar laut.

    Bagaimanapun, penyelidik berkata, kegiatan manusia akan semakin memberi lebih banyak kesan terhadap polar sistem ekologi di wilayah berkenaan apabila perubahan iklim menyebabkan suhu di kawasan itu menjadi semakin panas. Kerosakan yang berlaku termasuk jumlah ikan dan haiwan laut yang semakin berkurangan, masalah terumbu karang, kematian tumbuhan dasar laut, jumlah pokok bakau semakin merosot, begitu juga dengan hidupan laut.

    "Ada dua perkara yang tidak diduga ditemui dalam kajian yang dilakukan, pertama setiap sudut lautan di dunia sudah terjejas akibat sekurang-kurangnya satu kegiatan manusia dan kedua lebih 40 peratus lagi terjejas akibat pelbagai kegiatan yang mereka lakukan. Lautan kita tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya.

    Halpern bagaimanapun berkata, harapan masih ada pada sesetengah kawasan lautan.

    "Beberapa kawasan lautan dunia masih belum menerima kesan daripada perubahan iklim dan berada dalam keadaan baik. Kawasan berkenaan kecil dan berselerak tetapi kurang menerima kesan kegiatan manusia dan dengan usaha daripada kita semua, kita boleh melindungi kawasan ini dan menggunakannya sebagai garis panduan kepada pemulihan keadaan semula keadaan laut seperti yang kita kehendaki," katanya.

    BOT nelayan di Yangjiang, China - kegiatan penangkapan ikan adalah antara punca perubahan lautan.
    Seramai 19 saintis yang mengambil bahagian dalam penyelidikan berkenaan membuat pemetaan ke atas laut dan kemudian membincangkannya bagi membolehkan mereka mengenal pasti kawasan yang paling teruk terjejas.

    "Penyelidikan ini amat diperlukan untuk mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap ekosistem lautan," kata Pengarah Program Kelautan di Yayasan Sains Kebangsaan, David Garrison, dalam satu kenyataan.

    Penyelidik melakukan kajian terhadap kesan kegiatan dan masalah yang berpunca daripada kegiatan manusia termasuk tumpahan minyak, pelayaran komersial, penangkapan ikan secara berlebihan, kesan perubahan iklim termasuk peningkatan kandungan asid di dalam lautan, radiasi ultraunggu dan suhu laut, beberapa kaedah penangkapan ikan dan pelbagai pencemaran yang berpunca daripada kegiatan manusia.

    Dalam kertas kerja berasingan tetapi mengenai isu sains yang sama, penyelidik melaporkan bahawa kadar oksigen di dalam air cetek di sepanjang pantai Oregon menurun sehingga ke paras kosong untuk kali pertama pada 2006.

    Ketua penyelidik, Francis Chan dari Universiti Oregon State, berkata sebab kepada perubahan ini masih belum jelas tetapi hasil kajian menunjukkan pengedaran kadar oksigen memang mampu berubah dengan pantas.

    Di wilayah itu arus yang datang membawa bersama zat galian tetapi air cetek yang kurang kadar oksigen menjejaskan hidupan yang bergantung kepada galian berkenaan.

    Kajian Halpern dibiayai Pusat Analisis dan Sentisis Ekologi Kebangsaan, Yayasan Sains Kebangsaan dan Yayasan David dan Lucille Packard.

    Penyelidikan Chan pula dibiayai Yayasan David dan Lucille Packard, Yayasan Gordon dan Betty Moore, Yayasan Sains Kebangsaan dan Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan

    Sumber:Berita Harian Online



    Malaysia Mampu Guna Tenaga Pilihan?

    KENAIKAN harga minyak sebagai bahan asas tenaga telah memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia. Minyak merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Rezab minyak yang ada di negara kita akan berkurangan dalam tempoh beberapa tahun mendatang, menjelang tahun 2014 Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak sepenuhnya.


    Pada masa yang sama Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) tahun ini juga menganjurkan masyarakat untuk meninggalkan amalan pembebasan gas karbon dioksida yang boleh mencemarkan alam. Ini kerana, peningkatan aras karbon dioksida di dalam udara akan menyebabkan fenomena pemanasan global yang menghadirkan impak bencana luar jangka serta boleh membinasakan dunia. Sejajar dengan itu, pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui yang bebas karbon amat perlu diusahakan.

    Sememangnya kita tidak boleh menunggu dan memikirkan sampai bilakah harga minyak akan turun. Kita perlu beralih dan melakukan transformasi besar-besaran kepada teknologi yang berasaskan sumber boleh diperbaharui. Kita tidak boleh menunggu sehingga harga minyak di pasaran dunia meningkat sehingga RM300 setong.

    Oleh itu para saintis, jurutera dan para cendekiawan ekonomi di negara ini perlu bersatu mencari formula baru untuk meringankan beban rakyat, bukan sekadar menyatakan angka-angka statistik untuk bacaan rakyat semata-mata.

    Selama ini negara kita amat bergantung pada penggunaan minyak, gas asli dan arang batu sebagai bahan asas bagi janakuasa elektrik. Sumber tenaga ini di kategorikan sebagai tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

    Perkembangan sektor industri di negara kita yang bermula pada era 1980-an telah meningkatkan keperluan penggunaan tenaga elektrik sekali ganda yang turut sama menyumbang kepada penghasilan gas-gas rumah hijau.

    Tenaga boleh diperbaharui boleh ditakrifkan sebagai sumber tenaga yang boleh digunakan lagi, berulang-ulang dan tidak terbuang begitu sahaja. Pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui bebas karbon bukan sahaja membantu dalam mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan minyak malah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara.

    Pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui bebas karbon perlu dilihat sebagai salah satu jalan untuk melestarikan pembangunan sektor industri di negara kita. Pembangunan teknologi ini di negara kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju. Walaupun begitu terdapat usaha-usaha yang dimainkan oleh Institusi Pengajian Tinggi dan sektor swasta dalam membangunkan teknologi ini. Usaha ini perlu harus dikembangkan dengan lebih giat lagi.

    Tenaga solar, air dan angin boleh memberi jumlah tenaga yang besar dan boleh digunakan untuk menjanakuasa elektrik. Ketiga - tiganya ini termasuk dalam sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh diguna secara berterusan dan tidak akan habis. Salah satu kebaikanya ia juga tidak menimbulkan masalah pencemaran udara.

    Penggunaan cahaya suria sebagai sumber tenaga semakin meluas di negara - negara maju. Menara solar (Solar Towers), mempunyai beratus- ratus panel solar yang difokuskan pada cahaya suria bertujuan untuk menyerap tenaga suria dan tenaga haba dalam bentuk cecair. Cecair tersebut akan memanas dan akan digunakan untuk memanaskan air untuk membentuk wap air atau stim. Wap air yang terbentuk pada jumlah yang tinggi boleh menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan elektrik.

    Kawasan-kawasan terbiar di negara ini seperti bekas-bekas tapak kuari dan perlombongan serta tapak projek pembangunan yang terbiar lama boleh di manfaatkan sebagai tapak penjanaan tenaga elektrik dari sumber suria. Limpahan cahaya suria di negara kita yang beriklim khatulistiwa difikirkan amat sesuai untuk janakuasa elektrik.

    Namun beberapa cabaran untuk melaksanakanya perlu dikenalpasti. Maklumat mengenai keamaatan cahaya suria amat penting, bagi menetapkan lokasi yang sesuai bagi penjanaan tenaga solar. Selain itu ia juga memerlukan kawasan yang luas bagi membolehkan tenaga solar dapat diserap dengan lebih banyak dan tenaga dapat dijana secara efektif.

    Pengunaan tenaga solar di negara-negara maju semakin meningkat, ini terbukti dengan pembukaan kilang mereka di Malaysia yang menghasilkan plat solar untuk kegunaan di negara-negara maju. Negara kita seharusnya mengambil langkah yang sama untuk memajukan bidang ini.

    Kawasan-kawasan penanaman padi yang luas pada masa hadapan di negara kita boleh diintegrasikan dengan pembinaan stesen pembinaan tenaga elektrik dari sumber semula jadi angin.

    Selain itu, dataran pantai yang luas terdapat di negara kita perlu di manfaatkan sebagai lokasi penjanaan tenaga elektrik daripada sumber semula jadi angin. Sumber tenaga angin digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik.

    Pada penghujung tahun 2007, kapasiti pengeluaran tenaga melalui sumber tenaga angin dunia adalah sebanyak 94.1 Gigawatt. Meskipun kini tenaga angin hanya menjana kira-kira satu peratus daripada jumlah tenaga elektrik seluruh dunia, ia kini merupakan pembekal sebanyak 19 peratus tenaga elektrik Denmark, sembilan peratus di Sepanyol dan Portugal serta enam peratus di Jerman serta Ireland.

    Pemilihan tapak janakuasa elektrik pula amat bergantung kepada taburan tiupan angin dan ketinggian menara kincir angin. Kajian terperinci mengenai kesesuaian tapak dan taburan halaju angin boleh membantu dalam proses pembangunan teknologi ini.

    Sungai-sungai yang mengalir ke arah kawasan lembah dan ombak yang menghempas ke pantai merupakan sumber tenaga alam yang boleh diguna secara berterusan dan tidak menimbulkan pencemaran. Seperti jenis-jenis tenaga lain kekuatan ombak dan terjunan air boleh menggerakkan turbin dan generator sehingga menghasilkan tenaga elektrik.

    Stesen tenaga hidro (hydro-electric power stations) menggunakan kekuatan pergerakan air untuk menghasilkan elektrik. Kebanyakan stesen ini akan menyimpan air dalam tangki yang sangat besar yang terletak dibelakang dinding empangan yang sangat cerun. Kemudiannya air akan dialirkan melalui turbin bawah air.

    Empangan Kenyir dan Empangan Bakun merupakan contoh penggunaan air sebagai sumber penjanaan tenaga. Pembangunan tenaga hidro ini dalam masa yang sama dapat menguruskan sumber air negara dengan lebih efisien daripada terus dicemari.

    Tenaga ombak merupakan salah satu tenaga baru yang perlu dimajukan di negara kita. Bentuk muka bumi negara kita yang mengunjur ke muka laut boleh di manfaatkan untuk pembangunan teknologi ini.

    Negara seperti Portugal telah memulakan pembangunan teknologi tenaga ini. Tenaga elektrik yang dijana oleh ombak ini boleh di manfaatkan kepada penduduk di sekitar kawasan pesisir pantai, malah ia juga boleh dimanfaatkan untuk penggunaan tenaga bagi operasi di pelabuhan-pelabuhan dalam negara kita.

    Pelaksanaan teknologi tenaga boleh diperbaharui memerlukan kesungguhan yang mendalam. Untuk melakukan pembaharuan dalam sektor tenaga baru ia memerlukan kajian yang teliti untuk dibangunkan. Dalam hal ini sektor swasta perlu berperanan untuk turut sama menyumbang dalam membantu menyediakan dana dalam pembangunan teknologi ini.

    Kajian dan pembangunan oleh institusi pengajian tinggi seharusnya diambil kira untuk dibangunkan secara berterusan. Kebanyakan tenaga pakar dalam negara kita sudah diiktiraf di peringkat dunia, kepakaran mereka seharusnya di gunakan di dalam negara untuk menghasilkan inovasi baru dalam transformasi tenaga di negara ini.

    Selain dari solar, air dan angin terdapat juga tenaga boleh diperbaharui yang bebas karbon iaitu penggunaan tenaga nuklear. Penggunaan teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu alternatif tenaga yang boleh diaktifkan. Namun risiko bahan ini terhadap alam sekitar masih menjadi perdebatan.

    Dalam usaha menjayakan perkara ini pihak kerajaan perlu menyemak semula pelan perancangan fizikal negara. Ini bagi membolehkan kawasan-kawasan untuk pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui bebas karbon ini mendapat ruang untuk di majukan. Selain itu syarikat-syarikat gergasi negara seperti Petronas dan Tenaga Nasional perlu melabur dalam sektor baru ini, sebagai landasan untuk membina wajah baru sektor tenaga negara.

    Isu kenaikan harga minyak di pasaran global ini dilihat juga sebagai salah satu mekanisme penjajahan alaf baru. Di mana negara-negara miskin akan tertindas dan mengharap bantuan dari negara maju seperti Amerika Syarikat untuk membangunkan negara mereka.

    Langkah untuk memajukan sektor tenaga boleh diperbaharui telah dimulakan oleh negara-negara maju. Kita juga harus bergerak pantas untuk membangunkan teknologi, bagi mengelakkan negara kita terjebak dari penjajahan bentuk baharu ini.

    Keupayaan negara kita dengan sumber modal insan yang pakar dalam bidang kejuruteraan , sains dan ekonomi wajar dimanfaatkan bagi membangunkan teknologi ini. Andainya kita berjaya sudah tentu kita akan mampu menawarkan penyelesaian baru kepada dunia dalam menangani kemelut kenaikan harga minyak ini.

    Tiada kata terlambat bagi melakukan perubahan, tenaga boleh diperbaharui bebas karbon merupakan alternatif masa depan yang dapat membantu pembangunan negara secara lestari.

    Sumber:Bernama dan utusan online


    NGV - Kenderaan Gas Ali

    on Khamis, 12 Jun 2008

    NGV atau singkatan bagi Kenderaan Gas Asli (KGA, bahasa Inggeris: Natural Gas Vehicle) adalah kenderaan yang menggunakan gas asli mampat (compressed natural gas atau CNG) atau juga dikenali dengan gas asli cecair (liquefied natural gas atau LNG) sebagai alternatif bahan api petrol untuk kenderaan. Terdapat lebih kurang 5 juta KGA di dunia pada tahun 2006 dengan jumlah terbanyak di Argentina, Brazil, Iran, Pakistan dan Itali. Ia juga popular di Jerman.

    KGA boleh dipam di mana saja menggunakan saluran gas asli sedia ada. Ini memberi kemungkinan stesyen pam di rumah. Honda sudah mencipta sistem tersebut yang dinamakan sebagai "Phill".

    Kenderaan menggunakan minyak petrol biasa boleh diubahsuai untuk menggunakan gas asli cecair. Semakin banyak kenderaan yang dibuat seluruh dunia boleh menggunakan gas asli cecari termasuk Honda Civic dan Samand. Di Malaysia, kebanyakan teksi menggunakan gas asli cecair yang menolong menjimatkan kos operasi. Lebih banyak kereta persendirian di Malaysia juga diubahsuai kepada KGA..Namun dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang tinggi sudah pasti keperluan NGV akan meningkat oleh kerana harganya seliter yang masih murah iaitu 0.68 sen seliter.Lebih banyak kemudahan NGV perlu disediakan oleh stesen minyak di seluruh Negara untuk memudahkan kenderaan gas asli digunakan di seluruh negara.

    Rujukan :Wikipedia
    Berikut adalah senarai stesen minyak yang menyediakan kemudahan gas asli di seluruh negara:

    Sila ke laman Mymesra .com

    Banjir

    on Rabu, 11 Jun 2008




    Banjir merujuk kepada air yang melimpah dari sungai,tasik atau lautan ke atas daratan yang biasanya tidak ditenggelami oleh air.Malahan banjir besar yang berlaku pada bulan Disember 2006 hingga Januari 2007 merupakan banjir terburuk sejak 100 tahun di Malaysia sehingga hampir 100,000 orang terpaksa dipindahkan terutamanya di Johor serta Melaka,Pahang Negeri Sembilan

    Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan banjir ialah:

    1. Hujan berlebihan yang berterusan
    (biasanya dikaitkan dengan angin monsun yang membawa hujan lebat)

    2. Pecahnya benteng atau empangan sungai

    3. Air pasang.

    4. Penebangan hutan dan tumbuhan di kawasan pergunungan(akan berlaku air larian permukaan yang akhirnya membawa kepada banjir besar.

    5. Permukaan bumi yang tertutup seperti turapan,simen atau tar yang menyebabkan air bertakung dengan banyak

    6.Akibat taufan,hurricane yang membawa bersamanya hujan lebat hingga menyebabkan banjir besar.

    7.Tsunami juga boleh menyebabkan banjir akibat air laut yang berlebihan


    Kesan-kesan banjir





    • Kerosakkan fizikal- Struktur-struktur seperti bangunan rosak akibat air bah banjir. Tanah runtuh juga mungkin berlaku.





    • Bekalan air- Pencemaran bekalan air. Air bersih akan sukar dicari. Penyakit berjangkit mudah berlaku.





    • Tanaman dan bekalan makanan- Kekurangan bekalan makanan akibat kemusnahan tanaman yang dimusnahkan air banjir


















    Banjir yang berlaku di Bangladesh tahun 2005 di Bandar Bangalore

    Rafflesia Kedua Terbesar Dunia Ditemui Di Lojing Kelantan

    on Ahad, 8 Jun 2008

    Ekspedisi Saintifik Institusi Pengajian Tinggi Awam menemui spesies bunga pakma atau nama saintifiknya Rafflesia (gambar) yang tercantik dan kedua terbesar dunia di kawasan Tanah Tinggi Lojing ,Gua Musang Kelantan.


    Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datin Maryati Mohamed berkata, bunga pakma itu ditemui di kawasan lereng cerun pada ketinggian 1,300 meter dari paras laut.

    Maryati berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai susulan Ekpedisi Saintifik Tanah Tinggi Lojing yang masuk hari ke-12 semalam sebelum berakhir 14 Jun ini untuk mengkaji potensi pelancongan di kawasan berkenaan.

    Ekspedisi itu disertai 103 orang membabitkan penyarah dan pelajar dari enam institusi pengajian tinggi termasuk UMS, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

    Maryati berkata, bunga pakma yang ditemui itu juga mempunyai daya penarik kerana ia berkembang dengan ukuran saiz 57 sentimeter dan boleh berkembang hingga 70 sentimeter.

    Bunga pakma yang ditemui di Wilayah Sumatera, Kalimantan, Indonesia sebelum ini adalah yang terbesar di dunia kerana boleh berkembang sehingga 150 sentimeter dan ia tidak pernah ditemui di kawasan lain.

    Sumber: Bernama

    Haiwan Unik - Harimau Malaya

    on Sabtu, 7 Jun 2008



    Harimau Malaya
    Sumber:dancamacabre






    Harimau Benggal dan anaknya






    Harimau Sumatera Diancam kepupusan







    Harimau Benggal terkenal India



    Harimau Belang atau Harimau Malaya merupakan haiwan yang menjadi ikon kebanggaan kepada negara seperti Malaysia dan juga India.Merupakan haiwan pemburu yang hebat kewujudannya sejak 100 tahun lampau dikatakan populasinya melebihi 100,000 ekor di Asia.Namun dengan arus pembangunan untuk kehidupan manusia yang lebih selesa banyak habitat haiwan ini( hutan ) dimusnahkan.Direkodkan hanya tinggal lebih kurang 3,000 ekor Harimau yang masih hidup di dalam hutan di 13 buah negara di dunia.Sejak abad yang lepas 93% habitat asal harimau sudah diganggu atau dimusnahkan.Malahan di Malaysia sendiri direkodkan beberapa serangan Harimau terhadap manusia.Sebenarnya telah berlaku krisis antara haiwan hebat ini dengan manusia kerana habitat haiwan ini sudah dicerobohi atau diganggu seperti untuk kegunaan pertanian dan perladangan.





    Spesis Harimau (berdasarkan kedudukan geografi dan negara)
    • Harimau Siberia atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.
    • Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat China
    • Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan Malaysia,Kemboja ,Laos,Vietnam dan Thailand. Harimau Belang merupakan sub spesis bagi jenis harimau ini.Harimau Belang (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis)hanya terdapat di Malaysia dan telah disahkan dari segi genetik dan filogenik tahun 2004.
    • Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh,India,Bhutan serta Nepal.
    • Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan Kepulaun Bali.
    • Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan Kepulauan Jawa
    • Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Iran,monggolia,Afghanistan,Turki dan tengah Russia.





    Sifat Fizikal harimau

    • Harimau merupakan haiwan mamalia
    • Merupakan haiwan berdarah panas.
    • Merupakan haiwan vertebrata( mempunyai tulang belakang)
    • Merupakan haiwan carnivor( haiwan maging/memakan daging sahaja)
    • Merupakan keluarga kucing serta merupakan spesis tigris(harimau)
    • Habitat sama ada kawasan padang rumput atau hutan .
    • Makanan utamanya merupakan rusa,babi hutan,kijang,pelanduk,atau landak kadang-kala jika tidak terdapat makanan lain


    Sekarang dianggarkan hanya terdapat 500 ekor Harimau Malaya iaitu di negeri Pahang,Kelantan,Trengganu dan Perak.





    Antara ancaman kepada harimau

    • Kehilangan habitat akibat pembangunan
    • Pemburu haram
    • Pemburuan yang berlebihan terhadap makanan utama harimau seperti rusa,pelanduk,napuh mahu pun babi hutan(harimau di taman negara turut memakan beruang matahari) sementara tidak diketahui harimau memakan seladang atau pun tidak)
    • Diburu dan dibunuh kerana kepercayaan amalan tradisional bahawa organ atau bahagian tubuh harimau untuk kesihatan.
    • Hidangan direstoran makanan eksotik
    • Mengumpulkan koleksi dari harimau seperti gigi,kuku dan kulit sebagainya
    • Dibunuh oleh penduduk yang marah akibat haiwan ternakan mereka dimakan oleh harimau.
    • Di bunuh oleh haiwan lain seperti ular berbisa.




    Selamatkan harimau yang semakin pupus di seluruh dunia,anda turut boleh membantu

    • Belajar tentang harimau contohnya dari blog hijau lestari atau dari pelbagai sumber seperti di internet dan pembacaan buku serta artikel yang berkaitan.
    • Menyertai badan pelindungan haiwan seperti WWF atau Save Tiger Fund
    • Melaporkan kepada perhilitan jika terdapat pihak yang menjual barangan atau makanan eksotik daripada harimau.
    • Bersama mengwujudkan artikel atau memberikan sokongan jika terdapat berita atau blog atau apa-apa sahaja media cetak atau elektronik tentang harimau

    Tips Jimatkan Penggunaan Elektrik-Lampu

    on Jumaat, 6 Jun 2008

    Lampu

    • Pilih lampu yang bersesuaian (berdasarkan tempat)
    • Bilik yang mempunyai warna cat yang terang akan memantulkan cahaya dan akan membuatkan bilik kelihatan lebih terang
    • Jika boleh letakkan lampu di sudut bilik.ini menjadikan bilik lebih terang kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
    • Mentol kalimantang empat kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama dan mampu bertahan sehingga lapan kali lebih lama.
    • Mentol yang mempunyai kuasa efisien adalah lebih mahal,tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang dan lebih berekonomi pada kadar jangka masa yang panjang.
    • Tutup lampu-lampu yang tidak digunakan.(Jika anda diruang tamu dan tidak ada sesiap di dapur lebih baik lampu didapur tersebut ditutup,contohnya )
    • Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkan kecerahan cahaya yang maksimum.

    Harga Minyak Membebankan Rakyat Malaysia

    on Khamis, 5 Jun 2008

    Walaupun kita mengetahui bahawa kenaikan kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing pada kadar RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa semalam.Kita juga dimaklumkan bahawa subsidi bagi petroleum sudah dihapuskan.Walaupun pelbagai alasan diberi kenaikan harga bahan api ini akan mengundangkan kenaikan harga barangan keperluan yang lain. Sewaktu menonton Buletin TV 3 tadi saya sempat mendengar pendapat orang ramai yang menyarankan supaya pengangkutan awam digunakan oleh orang ramai.Dari satu segi blog ini memanglah sangat mengalu-alukan cadangan tersebut dan sememangnya di negara-negara maju pengangkutan awam sangatlah popular.Namun ada yang mempertikaikan atas pelbagai alasan termasuklah faktor masa dan sikap rakyat negara kita.Bukanlah mengatakan semua tetapi sebilangan besar rakyat kita masih berfikiran jumud dan tidak bersopan atau dengan kata lain pemikiran kelas ketiga walaupun infrastruktur kelas pertama,Jangan marah ya... Sikap sebilangan penumpang bas atau LRT,Komuter tidak sesuai diamalkan contohnya berebut-rebut,tolak menolak,jenayah kecurian,gangguan seksual(sama ada melalui sentuhan atau renungan tajam ) dan pelbagai lagi.Sikap ini perlu diubah .Kerajaan juga sepatutnya memperbaiki perjalanan pengangkutan awam terutama dibandar-bandar besar supaya ketepatan masa dapat dilaksanakan dengan baik terutamanya bas awam.

    Untuk pengetahuan pembaca semua,petroleum di negara kita merupakan petroleum kelas pertama atau antara petroleum yang bermutu tinggi kerana mempunyai kandungan sulfur yang rendah.Oleh kerana itulah kita mampu mengeksport minyak kita ke negara luar terutamanya negara Amerika Syarikat.Apa yang pasti kenaikan ini akan membebakan rakyat.Ini kerana harga barangan lain pasti akan naik.Para peniaga dan golongan pemodal pastinya akan mengalihkan beban modal yang tinggi kepada pengguna.Jadi tunggu ajelah.. nanti.

    Mungkin juga penggunaan NGV (Kenderaan gas asli) dapat digunakan.Apa yang jelas penggunaan gas asli agak terhad di kawasan bandar-bandar utama sahaja serta penggunaannya pula pada pengangkutan teksi awam sahaja.Biodesel juga merupakan pilihan yang baik,contohnya penggunaan minyak kelapa sawit sebagai produk utama biodesel.

    Apa pun alasan serta saranan yang diberi harga petroleum ini sepatutnya dibahaskan di Parlimen supaya dapat diperhalusi dan ditangani dengan baik.Rakyat sepatutnya diberikan pilihan yang wajar dan pelbagai.Kita mengetahui mungkin terdapat kesukaran pada pihak kerajaan kita namun kenaikan 40% bahan api ini merupakan tekanan besar kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

    Hutan Sepilok Sabah Lokasi Festival Flora dan Fauna Hutan Hujan Antarabangsa

    on Selasa, 3 Jun 2008

    Hutan Sepilok Sabah di Sabah merupakan antara hutan hujan yang istimewa bagi Malaysia .Bagi sukatan pelajaran Geografi Menengah Rendah hutan ini merupakan tempat perlindungan serta pemulihan bagi spesis Orang Utan di Malaysia.


    • Hutan Hujan Sepilok Sabah merupakan pusat pemulihan dan perlindungan yang pertama dan terbesar di dunia.
    • Terletak kira-kira 25 km(kira-kira 15 minit) daripada bandar sandakan.
    • Merupakan kawasan penampan beberapa hutan simpan di Sabah
    • Terdapat Pusat Penemuan Hutan Bakau yang kaya dengan flora dan fauna
    • Turut melibatkan Hutan Simpan Dara Kabili Sepilok seluas 4,294 hektar(dikatakan mempunyai empat jenis hutan hujan tropika)
    • Terpilih sebagai Pusat Penemuan Hutan Hujan dan menjadi hos kepada Festival Flora dan Fauna Hutan Hujan Antarabangsa Ogos 2009 nanti.
    • Merupakan salah satu daripada 12 zon mega biodiversiti dunia
    • Biodiversiti ialah kepelbagaian biologi(kepelbagaian genetik,spesis serta ekosistem)



    Cepatkan Putaran Jam Atasi Krisis Bekalan

    Negara Pakistan mempercepatkan putaran jamnya iaitu satu jam lebih awal untuk menangani krisis bekalan tenaga di negara itu.

    Putaran jam dipercepatkan kepada enam jam GMT,bagi membolehkan negara itu menikmati waktu siang lebih panjang,sekaligus menjimatkan penggunaan sumber tenaga.Sementara pusat membeli-belah pula diarahkan menutup operasi pada pukul 9 malam bermula 1 jun 2008.Pejabat kerajaan diarahkan menutup penyaman udara selama 3 jam pertama.Pada tahun 2002 Pakistan cuba melaksanakan arahan seperti ini tetapi tidak dipatuhi oleh penduduknya.

    Seharusnya bagi penduduk di rantau ini bersyukur dan menggunakan tenaga dengan baik supaya sumber alam dapat digunakan dengan baik.Gunakanlah tenaga elektrik dengan baik,JANGAN MEMBAZIR!

    Sumber: BERNAMA

    Pulau Ketam Merah( Red Crab Island)

    on Isnin, 2 Jun 2008

    Gambar: Dengan izin.Hasil Rebecca Dominguez tahun 2006 di Pulau Christmas(wikipedia lesen)


    Mungkin anda pernah mendengar nama Pulau Christmas di Australia.Namun fokus saya ialah tentang kewujudan ratusan juta ketam merah yang unik yang terdapat di pulau ini.

    • Pulau Christmas terletak di wilayah Australia.
    • 65% kawasannya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara yang kaya dengan flora dan fauna.
    • Terletak di Lautan Hindi iaitu 2600 km daripada Barat Australia,500 km ke selatan Indonesia.
    • Keluasannya ialah 135 km persegi
    • Terdapat hampir 10% penduduknya berbangsa Melayu serta beragama Islam,manakala 70% berbangsa Cina serta 20% berbangsa Eropah
    • Bahasa Melayu dan Cina dituturkan walaupun bahasa rasminya ialah bahasa Inggeris.
    • Dianggarkan sebanyak 120 juta ketam merah di sini.
    • Ketam ini merupakan salah satu keajaiban alam semula jadi yang hebat di dunia.
    • Ketam Merah di katakan memakan daun serta bunga tetapi jika berpeluang mereka akan turut memakan sesama sendiri!
    • Tinggal di dalam lubang (jauh dari pantai )untuk mengelakkan sinaran matahari
    • Akan ke laut untuk bertelur
    • Paling banyak pada musim hujan atau 'wet season' iaitu pada bulan November.
    • Sewaktu mencerai kawasan pantai ratusan ribu ketam merah akan melintasi jalanraya,serta apa-apa sahaja binaan manusia tanpa ada rasa takut!
    • Banyak ketam yang tercedera atau terbunuh sewaktu migrasi ke laut ini.



     
    © LoveHijau All Rights Reserved
    Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.