Tips Jimat Penyaman Udara

on Isnin, 11 Ogos 2008

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu termasuklah sewaktu malam ramai yang kepanasan,jadi penyaman udara digunakan sehingga awal pagi.Memang diketahui ramai air con merupakan barangan elektrik yang agak " kuat " menggunakan tenaga elektrik.

Air-con menggunakan antara 25% hingga 35% daripada tenaga elektrik.Pilihlah penyaman udara dengan kuasa yang sesuai dengan saiz bilik.

Apabila membeli penyaman udara pilihlah yang mempunyai kadar kecekapan tenaga ( Energy Efficiency Rating ) atau EER yang tertinggi,yang menggunakan tenaga yang lebih rendah.Tenaga elektrik dapat digunakan dengan lebih cekap dan berkesan.


Elakkan daripada meletakkan pemampat penyaman udara di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari,


Penapis harus diperiksa dan dibersihkan sebulan sekali.Talian kipas dan keseluruhan penyaman uadara harus diperiksa bagi memperbaiki sebarang kerosakan atau untuk tujuan penyelenggaraan.ini dapat mempertingkatkan prestasi penyaman udara.Gunakan khidmat juruteknik penyaman udara terlatih untuk melakukan kerja ini


kurangkan penggunaan penyaman udara dengan menanam pokok yang memberikan teduhan cahaya matahari,Buka tingkap untuk membolehkan pengaliran udara.Pasanglah 'net' nyamuk ,jadi tingkap dapat dibuka pada waktu malam.....


Blogger hijau lestari akan bercuti,mungkin posting seterusnya akan mengambil masa sedikit...Insyallah...

Jerebu

on Sabtu, 9 Ogos 2008

Jerebu ialah kabut yang bercampur dengan asap,debu dan habuk yang terapung-apung di udara dan menyebabkan keadaan sekeliling kabur.Dengan kata lain jarak penglihatan akan terjejas akibat jerubu.

Jerebu akan terbentuk apabila asap,debu dan habuk berkumpul di atmosfera dalam kuantiti yang banyak dan terdapat pula wap air yang bersama di dalamnya menyebabkan habuk terlekat dan terapung di udara.

Jerebu biasanya terbentuk di kawasan perindustrian dan kawasan bandar ,malahan turut melibatkan kawasan lain jika keadaanyanya serius.Dikatakan pencemaran udara akibat pembakaran bahan api fosi; terutamanya petrol,diesel serta pembakaran terbuka.Kebakaran hutan yang tidak terkawal seperti di Kalimantan juga turut mengakibatkan fenomena jerebu yang serius.Jerebu boleh dipindahkan oleh angin dan kekal untuk tempuh yang agak lama ( kadang kala melebihi sebulan ! )

Jerebu boleh menyebabkan jarak penglihatan kabur,menyekat cahaya matahari (nampak seolah-olah seperti cuaca mendung ), sert mampu menjejaskan kesihatan,iaitu ancaman kepada saluran pernafasan seperti asma dan batuk.Situasi di Malaysia agak serius terutamanya pada tahun 1990 an dahulu,ramai yang terjejas terutamanya golongan kanak-kanak.

Jerebu boleh diukur dengan Indek Pencemaran Udara (IPU ).Memang negara kita pernah menghadapi situasi yang agak gawat apabila IPU pernah mencapai bacaan 500!
Penilaian ukuran IPU adalah secara berikut iaitu dari 0-50 dikategorikan sebagai Baik; 51-100 Sederhana; 101-200 Tidak Sihat; 201-300 Sangat Tidak Sihat; dan melebihi dari angka itu adalah Berbahaya.Keadaan yang berbahaya ini menyebabkan sekolah sekitar KL ditutup dan aktiviti orang ramai terganggu

Bagaimana nak menghilangkan jerebu,sebenarnya cara yang terbaik ialah apabila hujan turun dengan lebatnya,angin yang kencang juga turut membantu untuk mengalihkan jerebu.Kerajaan turut melakukan pembenihan awan untuk menggalakkan hujan tiruan turun.Apa pun jika jerebu berlaku Hijau lestari berharap para pembaca akan memakai mask (topeng ) macam doktor gigi pakai tu... Insyaallah akan selamat,jangan lupa minum air masak banyak-banyak.

Fakta Mengenai Pemanasan Global

on Selasa, 5 Ogos 2008


Mampukah ais di Iceland ini bertahan dengan fenomena pemanasan global.


Para saintis seluruh dunia bersetuju bahawa pemanasan bumi sejak 50 tahun yang lalu adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan bukan semulajadi.Sejak Revolusi Industri,aktiviti manusia seperti pembakaran minyak fosil termasuk berbilion tan karbon ( dalam bentuk karbon dioksida),gas metana dan pelbagai gas lain,penebangan hutan( penyerap karbon dioksida) untuk pertanian dan pembandaran serta pentempatan telah menyebabkan kesan rumah hijau.Gas karbon dioksida bagaikan satu selimut besar yang membalut bumi,memerangkap haba dari sinaran matahari,penyebabkan peningkatan suhu di muka bumi hingga menyebabkan perubahan iklim berlaku.


Perubahan purata suhu global yang kecil akan menyebabkan perubahan iklim yang ketara.Ini boleh dijelaskan dengan membandingkan purata suhu global dengan zaman ais dengan purata suhu global pada hari ini.Dengan menggunakan 100 tahun data iklim,komputer berupaya memberikan gambaran bahawa kebanyakan kawasan akan menjadi lebih panas.


Sebelum aktiviti manusia mula meningkatkan paras karbon dioksida pada atmosfera secara mendadak,jumlah pelepasan karbon dioksida secara semulajadi adalah berkait rapat dengan jumlah serapan karbon dioksida melalui proses semulajadi.Namun begitu semua telah berubah sejak Revolusi Industri bila manusia mula melepaskan karbon dioksida dua kali lebih banyak daripada yang diserap oleh laut(plakton,menyerap karbon dioksida seperti hutan ) dan hutan semulajadi.ini menyebabkan paras karbon dioksida jauh lebih tinggi berbanding dengan 420,000 tahun yang lalu.


Walaupun karbon dioksida dapat mempercepatkan kadar pertumbuhan tumbuhan dalam keadaan tertentu,namun perubahan iklim yang disebabkan oleh karbon dioksida juga akan melambatkan kadar pertumbuhan tumbuhan di banyak tempat yang menghadapi kemarau,banjir dan gelombang panas (heat waves)


Iklim dan cuaca adalah berbeza.Cuaca hanya merujuk kepada suhu,hujan dan ribut pada suatu hari dalam tempat tertentu sahaja.iklim pula merujuk kepada purata jangka masa panjang pada tempat yang besar seperti kontinen (benua) atau bumi.

Sumber: Era hijau 2007
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.