Tenaga Biomas

on Khamis, 4 September 2008


Proses penghasilan tenaga biomas.

Sudah agak lama tidak berblogging,Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Hijau Lestari beragama Islam.Semoga kalian semua terus sudi untuk mengunjungi blog ini selalu.Malahan sudi-sudikanlah untuk terus mendapatkan posting terbaru Hijau Lestari terus ke email box anda.Caranya mudah sahaja ,isikan email anda di sebelah kanan bahagian atas blog ini.Saya menggunakan FeedBurn.E mail anda terjamin privacynya.








Dengan krisis minyak serta makanan yang semakin meruncing bahan api alternatif yang baru senantiasa dicari antaranya termasuklah tenaga nuklear,tenaga solar,tenaga biomass,tenaga angin,tenaga geoterma,tenaga ombak.Malahan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan sekarang dapat menghasilkan sumber bahan api bukan fosil seperti biofuel dan biodiesel yang berasaskan tumbuhan.



Apakah itu biomas? Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan api berasakan tumbunan atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses tertentu sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas mikroganisma) namun begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan api paling baik ia turut mencemarkan alam sekitar.Kelebihannya ialah semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti jagung dan soya turut berpotensi menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan terhadap jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga biomas ini maka terhasillah biofuel ( iaitu gas etanol,metanol,biodesel dan metana)


Malaysia sebenarnya sangat berpotensi untuk memajukan tenaga biomas dan biofule.kita mempunyai banyak sisa tumbuhan terutamanya kelapa sawit.Sejak dulu lagi rakyat Malaysia sudah terdedah kepada tenaga biomas.Sewaktu saya kecil dahulu orang tua saya menggunakan arang pada seterika untuk mengosok baju.Kayu bakau untuk mengahislkan arang sebenarnya merupakan tenaga biomas.Gentian kelapa sawit hasil penyelidikan merupakn sumber tenag biomas yang berguna untuk negara.Mengambil contoh India menggunakan najis lembu sebagai sumber bahan api untuk memasak.Oleh kerana lembu banyak di India( dianggap haiwan suci dan tidak digunakan untuk makanan) najisnya dibangunkan sebagai sumber tenaga alternatif.Najis lembu disimpan di dalam tangki di bawah tanah sehingga menghasilkan gas metana dan digunakan semula sebagi bahan api untuk memasak.Malahan tenaga elektrik turut dapat dijana di India apabila sisa tumbuhan turut digunakan oleh mereka.Sila rujuk sini
Di Malaysia tenaga biomas boleh dijana daripada sekam padi,sisa tebu,tandan kosong kelapa sawit atau pun reja kayu.Semoga penyelidikan yang berterusan akan dapat membangun tenaga ini seterusnya dapat menyumbang kepada sumber tenaga elektrik negara.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.