Banjir di Gaza dan ancaman penyakit.

on Khamis, 30 Oktober 2008

Kembali berblogging.Sudah agak lama Hijau Lestari tidak menulis,sebenarnya kesibukan tugas membataskan penulisan.Kali ini post berkaitan dengan banjir di Gaza Palestin.Hati saya tersentuh dengan keadaaan yang berlaku.Banjir yang berlaku di katakan akibat pecahnya empangan sisa kumbahan.Banjir yang berlaku seolah tsunami yang melanda .Dilaporkan 5 orang meninggal dunia dan menjejaskan hampir 3000 penduduk di perkampungan Umm Al Naser di utara Gaza City.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.empangan itu di bina pada tahun 1970 untuk keperluan hanya 50 000 orang penduduk tetapi ada tahun 2004 penduduk telah bertanbah seramai 190 000 orang.Apa yang ditakuti kesan air kumbahan akan menyebabkan wabak penyakit terutamanya taun dan penyakit kulit.Gologan kanak-kanak paling berisiko besar ubtuk berhadapan dengan kesan kumbahan ini.Semoga segala ujian ini mendapat pertimbangan semua negara Islam yang lain.Penduduk Palestin sudah terlalu menderita dengan pelbagai kekejaman,keganasan dan sekatan regim Israel.
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.