Pertahan Khazanah Eko Pelancongan Negara

on Khamis, 13 November 2008

Kembali berblogging.Hijau Lestari kembali semula...Sebenarnya kesibukan kerja membataskan penulisan saya,memang banyak yang ingin di kongsi bersama dengan pembaca setia hijau lestari.Apa pun cuti sekolah sudah pun hampir tiba.Sewaktu cuti sekolahlah ramai ibu-bapa sudah pun merancang bersama dengan anak-anak untuk bercuti atau pun balik ke kampung.Percutian dan pelancongan merupakan antara sumber pendapatan negara.

Pelancongan berkonsepkan eko pelancongan merupakan konsep yang sangat popular di negara maju.Sesungguhnya Malaysia bertuah kerana mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang sanagat bernilai tinggi.Malahan dengan tersenarai sebagai salah satu dari 12 buah negara di dunia yang mempunyai mega biodiversiti di seluruh dunia,konsep eko pelanconan wajar di pertingkatkan.Malaysia mempunyai gua-gua yang sangat menarik,hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna yang bernilai tinggi,pantai dan pulau-pulau yang menawan serta tasik,air terjun dan sungai yang wajar dipertahankan keindahannya.Sebagai rakyat kita semestinya mempertahankan keindahan .Eko pelancongan sendiri bermaksud perjalanan untuk menghayati dan mengalami sendiri pengalaman alam semulajadi dan kebudayaan yang kreatif dan unik.Apa yang diharapkan impak atau kesannya terhadap alam sekitar akan diminimumkan.Hentikan pencemaran dan didiklah pelancong supaya menghargai alam yang indah ini.

Eko pelancongan seharusnya mempertahankan khazanah alam yang sangat bernilai tinggi.Semoga eko pelancongan akan menyumbangkan sesuatu untuk negara,pada masa yang sama khazanah alam semulajadi mesti dipertahankan.Akhirnya selamat bercuti kepada semua terutama golongan pelajar dan berhati-hati memandu.
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.