Haiwan Unik- Landak

on Rabu, 25 Mac 2009


Landak di Irian Jaya Indonesia.Sumber BBC.Co.UK.Indonesia


Salah satu haiwan mamalia yang agak popular di Malaysia ialah Landak.Namun buat masa sekarang landak sangat sukar di temui.

Landak merupakan haiwan mamalia roden yang aktif pada waktu malam.Badannya diliputi rerambut yang merupakan duri.

Habitatnya merupakan kawasan hutan serta kawasan pertanian.Boleh tinggal di dalam tanah(membuat lubang),dicelah batuan serta lubang batang pokok seperti tinggalan batang balak.Malahan landak juga mampu mendiami kawasan berumput termasuklah di kawasan gurun.

Fakta ringkas tentang Landak:

  • Terdapat 24 spesies landak di seluruh dunia.
  • Merupakan haiwan mamalia.Berdarah panas dan melahirkan anak.
  • Merupakan haiwan haiwan herbivor,iaitu haiwan yang memakan tumbuhan termasuklah buah-buahan tertentu dan juga serangga.
  • Jangka hayat landak boleh mencapai 5 - 7 tahun serta saiz purata menyamai saiz cawan teh.Landak betina mampu beranak sehingga 5 kali dalam tempoh 2 tahun dengan bilangan anak 1- 2 ekor setiap kali kelahiran.

Anak Landak Mini.Sumber Liewcf.com

  • Berat badan antara 5- 16 kg serta panjang antara 60 - 90cm.
  • Mempunyai bulu halus yang lembut,tetapi di bahagian belakang,tepi dan ekor terdiri daripada duri yang keras.Seekor landak dianggarkan mempunyai lebih daripada 30 ribu duri!.Duri landak jika tercabut akan tumbuh semula.
  • Duri landak merupakan senjata utama landak untuk menghadapi musuh.
  • Landak mampu menyerang dengan durinya merupakan satu mitos sahaja.Sebaliknya landak hanya mengembangkan durinya sewaktu di dalam keadaan bahaya.Durinya akan terlekat kepada badan haiwan yang cuba menyerangnya.
  • Landak merupakan haiwan yang cepat mengesan musuh.Mampu mendaki kawasan berbukit.Malahan di Amerika Utara( USA dan Kanada) spesies landak di sana mampu memanjat pokok! ( dengan bantuan ekornya) dan menghabiskan banyak waktu di atas pokok.Mampu bergerak pantas untuk bersembunyi.




Landak di Amerika Utara.Sumber BillyBear4Kids.com







  • Spesies Landak paling banyak terdapat di Amerika Utara serta terdapat juga di Afrika,Eropah serta di Asia.
  • Di Malaysia terdapat 4 spesies landak iaitu Landak Raya( Hystrix brachyura) di Semenanjung,Sabah dan Sarawak.Landak Padi( Trichys lipura) di seluruh Malaysia.Landak Nibong ( Atherurous macrourus) hanya di Semenanjung dan Landak Borneo ( Thecurus crassispinis) yang terdapat hanya di Sabah Sarawak.

Landak Borneo.Sumber Mammals Of Borneo




Di Malaysia bilangan landak liar semakin berkurangan.Malahan terdapat usaha untuk menternak Landak telah pun dijalankan.Dengan pembukaan kawasan pertanian,pembalakan,kawsan perumahan,khasiat perubatan serta dijadikan sebagai bahan makan alternatif,maka ianya merupakan ancaman kepada spesies ini.Semoga usaha pihak berkuasa dapat dijadikan panduan oleh semua

Di Malaysia, Landak Raya (Hystrix brachyura) merupakan haiwan yang tersenarai di bawah Jadual Dua - Hidupan Liar Yang Diperlindungi, Bahagian II - Haiwan Perburuan di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/72

Memburu, membunuh, menembak, mengurung atau memiliki spesies ini atau sebahagian daripadanya atau terofinya tanpa lesen adalah suatu kesalahan. Menjerat haiwan ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Landak Raya Yang Diternak.

Duri Landak dikatakan mempunyai khasiat perubatan serta makanan alternatif atau eksotik.Rasanya dikatakan seperti daging arnab atau ayam tetapi mempunyai tulang yang banyak.Pihak perhilitan sendiri telah menerbitkan buku panduan untuk memelihara Landak sebagai sumber makanan,sila ke sini. Semoga habitat asal landak terpelihara untuk tatapan generasi akan datang...

Ranking: 5

{ 2 komen... read them below or add one }

Arzierin_Azie berkata...

di mana saya perlu dapatkan kebenaran mennternak landak


26 Julai 2013 12:17 PG
Tanpa Nama berkata...

Fuck u bitch


23 Mac 2014 11:34 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.