Daun Ketum Tumbuhan Beracun

on Rabu, 8 April 2009

Align Center
Anak pokok Ketum,Tumbuhan Terlarang di Malaysia.


Daun Ketum merupakan tumbuhan liar yang berasal dari Tanah Besar Indo China terutamanya di negara Thailand,Afrika,Amerika Syarikat termasuklah di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Nama lain bagi daun ketum ialah pokok Biak.Berasal dari keluarga Rubiacaea iaitu antara pokok yang berbunga,dan satu keluarga juga dengan pokok kopi. Nama saintifik bagi pokok ketum ialah Mitragyna speciosa korth. Di kenali dengan pelbagai nama antaranya Kakuam, Ithang atau Thom diThailand dan di Amerika sendiri dikenali sebagai kratom. Daun ketum di Thailand dikategorikan sebagai dadah ke 3 popular selepas marijuana dan methamphetamine.Di Thailand sendiri daun ketum digunakan secara tradisional oleh petani di selatan Thailand,namun akhirnya kerana sering disalahgunakan maka kerajaan Thailand mewujudkan Akta Kratom 2486 digubal.Akta ini mengharamkan sebarang aktiviti penanaman pokok ketum dan mana-mana pokok ketum yang masih ada hendaklah dimusnahkan.


Bahan aktif utama yang terdapat di dalam daun ketum ialah mitragynine.Ia merupakan sejenis alkaloid yang hampir meyerupai yohimbin,psilosibin dan Iysergic acid diethylamide-LSD.Sebatian ini mempunyai kesan ransangan dan psikoaktif terhadap penggunanya.Kandungan sebatian mitragynine wewakili hampir separuh daripada 0.5 % kandunagn alkaloid yang berada di dalam daun ketum.Terdapat 24 alkaloid lain di dalam daun ketum tetapi mitragynine merupakan bahan aktif utama. ( Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia )


Dari segi kegunaan tradisional,daun etum digunakan untuk merawat masalah cirit-birit,kecacingan,ubat penahan sakit,mengembalikan semula tenaga wanita bersalin,menggalakkan pemyembuhan luka dan sebagai penenang fikiran.Daun ketum dikunyah atau diminum air rebusannya.

Penyalahgunaan daun ketum di Malaysia semakin menular terutama dikalangan penagih dadah seperti morfin dan heroin.Selain mempunyai kesan penenang daun ketum dikatakan hanya mampu bertahan selama 3 -4 jam shaja epada penagih dadah.Keadaan ini menyebabkan kuantiti daun ketum yag diperlukan oleh penagih semakin meningkat.Keadaan bertambah buruk oleh kerana dulunya daun ketum boleh di dapati secara percuma dan meluas di negara kita.

DAUN KETUM JIKA DISALAHGUNAKAN BOLEH MENYEBABKAN

  • SUSUT BERAT BADAN
  • SUKAR UNTUK TIDUR
  • TIADA SELERA MAKAN
  • BIBIR MENJADI KERING
  • SUKAR MEMBUANG AIR BESAR
  • KESAN LEBAM DAN TERBAKAR PADA MUKA TERUTAM DI BAHAGIAN PIPI
  • MUDAH ARAH,MATA HIDUNG BERAIR,SERTA LEMAH UNTUK BERKERJA.
(Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia)

Mulai tahun 2003,Mitragynine yang terdapat dalam daun ketum telah dimasukkan ke dalam jadual 3 Peraturan Racun 1989 yang dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952 ( Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia).

Kesalahan pemilikan daun ketum,menjual atau memprosesnya boleh didenda sehingga RM 10,000 atau dipenjara selama 4 tahun.

Jadi jauhilah najis dadah termasuklah daun ketum.Masyarakat kita yang ketagihan daun etum kini berhadapan dengan maut akan bertambah cepat kerana dikatakan air rebusan daun ketum turut dicampur dengan ubat nyamuk serta racun tikus .....kononya untuk bertambah 'feeling'....Semoga kita ,keturunan dan seluruh muslimin dan mslimat di jauhkan Allah dari bencana najis dadah..NAJIS DADAH PEROSAK BANGSA,AGAMA DAN NEGARA !
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.