Teknologi Hijau? Bersediakah Mentaliti Rakyat Malaysia?

on Selasa, 14 April 2009

Pengumuman kepimpinan baru negara iaitu menukar Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi kepada Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air telah membuktikan bahawa sebenarnya alam sekitar merupakan perkara yang perlu diutamakan oleh rakyat Malaysia.Jangan marah ya....bila saya mengatakan dengan mengejar kemewahan,mengejar pembangunan,mengejar keselesaan banyak perkara telah dikorban termasuklah alam sekitar.Kesedaran tentang menjaga alam sekitar amat kurang pada rakyat Malaysia.Sepanjang berblogging bersama blog hijau lestari sudah banyak penulisan saya menyentuh pelbagai topik tentang alam sekitar.Teknologi hijau bukan sekadar melibatkan tentang menjaga alam semata-mata tetapi bagaimana masyarakat serta kemajuan lestari dapat diwujudkan.Malahan mentaliti masyarakat kita kurang berkembang apabila bercakap tentang sikap....lihat sahajalah apabila bercakap tentang pencemaran,tentang pembakaran terbuka,tentang penggunaan beg plastik,tentang hari bumi,tentang air di sungai ,air di laut.ramai menganggap bahawa ianya merupakan sumber yang tidak akan habis....Lantaklah janji aku senang....ko peduli apa sungai nie kan luas...laut nie kan luas kalau buang sampah sikit apa salahnya..... aku peduli apa janji sampah semua aku bakar....itu merupakan contoh kecil tentang sikap masyarakat kita terbanyak.Parit,sungai,laut malahan haiwan menjadi mangsa demi kelansungan hidup manusia...alahai ..sikap "tak apa" "biarlah janji senang" dan sebagainya sangat sebati dengan masyarakat kita.


Kehidupan Lestari dengan penggunaan tenaga yang cekap ilham Greenpeace UK




Teknologi hijau apabila bercakap tentangnya meliputi bidang yang luas.Tak usah cakap dari segi politiklah...sesiapa pun mesti mesti mempertahankan ekologi serta khazanah negara tercinta ini.Cuma perlaksanaannya mesti mantap serta menyeluruh,bukannya untuk kepentingan politik semata-mata...Dunia barat yang mengamalkan teknologi hijau menyerapkan sikap dan mentaliti hijau dari kerajaan hinggalah ke rakyatnya....cuba lihat penulisan saya sebelum ini tentang bandar-bandar paling hijau di dunia.Mereka mewujudkan komuniti yang begitu prihatin menjaga alam sekitar sehingga pembinaan rumah serta bangunan mesra alam.Penggunaan tenaga yang cekap serta tidak membazir serta usaha berterusan memberi kesedaran menerusi komuniti cyber serta risalah am( malaysia bagaimana?...maklumlah rakyat malaysia kurang minat membaca.....).Jadi teknologi hijau merupakan usaha melahirkan masyarakat serta pembangunan yang lestari dan pada masa yang sama menjamin kelangsungan ekologi serta semua sumber alam ( termasuklah sumber boleh diperbaharui atau tidak atau sumber tenaga alternatif) terpelihara di samping rakyat boleh hidup dengan persekitaran yang bersih.emmm amat kena dengan penulisan hijau lestari sebenarnya.


Salah satu komuniti yang menggunakan teknologi hijau ,bandar lestari
San Franscisco,USA. Sustainable City



Jadi skop teknologi hijau amat luas..bergantung kepada masyarakat yang berhadapan dengannya persekitarannya.mengekalkan persekitaran yang bersih merupakan isi utama bagi teknologi hijau.Sikap,pemantauan,aplikasi sama ada teknologi,kaedah serta cara hidup yang 'hijau'.Sama ada mencari sumber pilihan kepada tenaga yang sedia ada seperti tenaga pilihan hidroelektrik,tenaga biomass,tenaga angin,tenaga solar,tenaga ombak dan sebaginya.Sama ada memperkemaskan konsep 3R, (konsep kitar ,kurang dan guna semula),mengurangkan sisa pepejal yang amat menyesakkan mata serta hidung dan kesihatan,sama ada penggunaan atau aplikasi yang meluas di dalam kenderaan mesra alam( contohnya kereta,motosikal dan kapal terbang hidrid..yang gunakan gas serta air yang mesra alam untuk gerakkan kenderaan),sama ada bahan asas pembinaan yang mesra alam,sama ada pengurusan sisa toksid berkesan,sama ada pengekalan khazanah ekologi serta biodiversiti.....semuanya akhirnya akan menuju kepada sikap masyarakat serta mentaliti rakyat kita sendiri...tak guna jika teknologi hijau semata-mata tanpa usaha serta perubahan sikap rakyat malaysia yang peka terhadap alam sekitarnya...bye
Ranking: 5

{ 2 komen... read them below or add one }

tuahfarhanz berkata...

macamana ye nak ubah mentaliti orang awam?klau skop yg lebih kecil, keluarga kita sendiri..macamana ye?sbb sy keje dalam bidang yg berkaitan dgn alam sekitar dan tinggal dgn parents.tp mcm yg dalam artikel la..mak saya marah bila sy sediakan tempat sampah asing2, dia ckp sepah ruang banyak sangat, nanti masuk lori bercampur jugak..ayah saya pun,bila dah sapu daun2 kering, terus bakar..mcmana ek?huhu


12 September 2012 4:03 PTG
Love Hijau berkata...

Terima kasih atas keprihatinan sdr, atas dasar itulah generasi baru seharusnya bersedia berubah untuk menjaga alam sekitar. namun setuju segalanya bermula dari rumah


13 September 2012 9:07 PG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.