Waktu Tempatan dan Bandar Greenwich London

on Khamis, 9 Julai 2009


Lama tak menulis....berkenalan dengan bandar Greenwich...bandar nie bagi pelajar geografi memang penting...sebab untuk pengiraan waktu tempatan di negara lain.Ahli geografi menjadikan garisan bujur untuk asas pengiraan waktu tempatan antara 2 tempat yang berlainan di dunia.Macam nie... bagi peminat bola..kalau siaran langsung luar negara contohnya seperti EPL mungkin pada awal pagi macam pukul 1 atau 2 pagi...tetapi di London sebagai contohnya mungkin pada awal malam atau petang.Ini kerana perbezaan garisan bujur yang dikira sebagai 15 darjah mewakili 1 jam....jadi jika anda tinggal disebelah barat seperti di London waktu anda akan terkebelakang...sementara jika anda tinggal di sebelah timur,contohnya di Tokyo...waktu anda akan terkehadapan...matahari juga keluar di sebelah timur...Jadi tidak hairan jika cahaya matahari muncul di Jepun pada pukul 5 pagi.....yang mana waktu itu kita di Malaysia sebenarnya masih tidur lagi....



Kedudukan Garisan Bujur,Garisan Grenwich yang melalui Bandar Greenwich




Jadi garisan bujur Garisan Greenwich yang bernilai 0 darjah sebenarnya menjadi asas kepada pengiraan waktu tempatan di tempat lain di seluruh dunia. Greenwich dijadikan nama rasmi bagi garisan bujur Meridian Pangkal atau Garisan Greenwich Meridian bernilai 0 darjah.Bandar Greenwich terletak kira-kira 6 batu dari bandar London merupakan bandar bersejarah serta menjadi kebanggaan warganya.Malahan kewujudanRoyal Greenwich Observatory atau Pemantauan Greenwich di bina kerana bandar ini membolehkan perbezaan waktu tempatan antara 2 tempat di dunia dapat dikira.Kewujudan Pusat pemantauan ini pada asalnya dibina pada tahun 1675 untuk mengkaji bintang dan juga kedudukan garisan bujur.



Pemandangan bandar Greenwich via: nmm.ac.uk



Bandar ini juga merupakan bandar yang diisytiharkan sebagai Tapak warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997 kerana keindahan senibina arkitek,keindahan taman serta keindahan bandarnya yang turut berhampiran dengan Sungai Thames yang terkenal
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.