Kepentingan Ilmu Geografi

on Rabu, 14 Oktober 2009

Geografi di dalam bahasa mudahnya ialah pengetahuan tentang alam.Sejak sekian lamanya disiplin geografi mewarnai atau merentasi disiplin ilmu yang lain.Untuk pengetahuan pembaca sekelian geografi bukan sekadar ilmu yang dipelajari di sekolah menengah seperti bentuk muka bumi sahaja tetapi geografi sebenarnya merupakan ilmu tentang alam yang sangat luas serta bermanfaat untuk manusia memahami bahawa bumi ini merupakan anugerah dari Allah yang paling bernilai dan perlu diuruskan dengan sempurna.Geografi melalui perubahan zaman dari pelbagai fahaman geografi yang dicipta oleh ahli geografi dari barat.Tidak ketinggalan juga ahli geografi Islam yang sebenarnya turut menyumbang kepada perkembangan ilmu geografi seperti Ibnu Batutta yang merupakan seorang pengembara yang terkenal yang mencatatkan pelbagai peristiwa dan bentuk muka bumi sepanjang pemgembaraannya.

Kini pada asasnya geografi terbahagi 2 iaitu geografi fizikal dan juga geografi kemanusiaan.Cakupan disiplinnya sangat meluas meliputi kebanyakn aspek kehidupan manusia.Sejak di bangku sekolah lagi para pelajar sudah diterapkan tentang pelbagai aspek kehidupan dan pengetahuan asas tentang negaranya.Pelajar bukan hanya mempelajari peta tetapi juga meliputi iklim,bentuk muka bumi,dan flora dan pengangkutan perhubungan,aktiviti ekonomi serta pengetahuan tentang flora dan fauna.Cumanya yang menjadi rungutan anak-anak ini ialah kaedah pembelajaran subjek geografi itu sendiri,dan timbulnya persepsi bahawa geografi merupakan subjek yang sukar untuk dikuasai kerana terlalu luas sukatannya.Betulkah begitu? Bagi guru geografi sendiri perkara itu sebenarnya ada benar dan tidaknya.Benar bagi pelajar yang gagal menguasai konsep asas kemahiran geografi serta mungkin kaedah pembelajaran yang membosankan. Di dalam tidak jawapannya jika subjek geografi dipersembahkan kepada pelajar di dalam keadaan yang menarik seperti penggunaan ICT dan bahan multi media yang lain.Pada pendapat Hijau Lestari sendiri,geografi semakin menjadi subjek yang membosankan bila segalanya berorientasikan exam.Belajar geografi untuk lulus sahaja…lepas itu tinggallah segalanya.Pendekatan ini perlu diubah,geografi mesti diangkat menjadi subjek teras.Satu subjek yang sangat penting,bukan mengenepikan subjek lain tetapi pemahaman yang jelas tentang peranan kita sebagi khalifah di muka bumi ini mampu mengurangkan pelbagai fenomena alam yang sedang memusnahkan bumi sedikit-demi sedikit! Lihat sahaja fenomena pulau haba Bandar,pemanasan global,pemanasan mikro,kemarau,banjir,pencemaran udara,air dan bunyi,penipisan lapisan ozon dan pelbagai gejala lain yang mengancam kehidupan manusia.Dengan ilmu geografi yang mendalam bersepadu bersama akhlak yang terpuji kegiatan yang merosakan alam sekitar ini dapat dikurangkan.Mungkin ada beranggapan bahawa Hijau Lestari menulis sekadar dari sudut pandangan mudah seolah-olah hanya geografi sahaja yang mampu menyelamatkan bumi….bukan begitu maksudnya,maksudnya ilmu geografi sebagai pencetus kesedaran yang tinggi dikalangan para pelajar untuk mewarisi dunia untuk genarasi yang akan datang.Geografi bukan sahaja perlu diiktiraf sebagai disiplin ilmu yang tinggi sebaliknya perlu diterapkan kepada keseluruhan masyarakat.Ingat kah kita pada Kempen Kitar semula? Berapa ramai yang sudah menjayakannya? Berapa ramai pula diantara kita yang prihatin dengan warna tong sampah yang disediakan? Di laporkan bahawa hanya 20% sahaja rakyat Malaysia yang prihatin dengan kempen kitar semula.

Konsep adil dan amanah penting di sini.Bumi bertuah ini akan diwariskan kepada generasi akan datang .Generasi akan datang pastinya mewarisi bumi ini,bukan sekadar mewarisi secara fizikalnya tetapi juga secara akhlak serta minda dan jiwa yang sepatutnya terpimpin kepada Iman dan takwa kapada Allah.Ilmu yang kita warisi terutamanya ilmu geografi adalah manifestasi kebesaran dan keagungan Allah.Kesepaduan serta kesempurnaan perjalanan segala kehidupan di bumi membolehkan manusia dan makhluk lain hidup dengan keadaan yang sepatutnya.Apabila keadaan tidak lagi stabil maka manusia perlu kembali semula kepada perturan yang diciptakan Allah.Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Perjalanan dan aturan sistem bumi sebagai contohnya sangat teratur dan sempurna.Cahaya matahari yang mengandungi ultra unggu(UV) yang berbahaya itu,di tapis dengan sempurna oleh lapisan ozon,sehingga peratus UV yang sampai ke bumi sesuai untuk proses fotosentesis.Proses fotosentesis yang berlaku sangat penting kerana ianya merupakan rantaian makanan yang paling asas. Sikap serta kerakusan manusia yang mengubahnya.Lapisan ozon yang semakin menipis menyebabkan manusia terdedah kepada bahaya UV seperti kanser dan kemusnahan tumbuhan itu sendiri.Itu baru sedikit dari contoh,membuktikan ilmu geografi sangat penting diterapkan di dalam kehidupan manusia.

Percayalah dengan sikap tamak serta keangkuhan manusia akan memusnah diri mereka sendiri.Di negara kita sendiri runtuhnya tanah di Bukit Antarabangsa merupakan antara bukti yang jelas apabila manusia cuba mengubah atau juga menyesuaikan diri dengan bentuk muka melalui pembinaan seperti jalan raya serta rumah.Sayangnya pembinaan itu sendiri tidak merujuk kepada hakikat bahawa pemahaman yang jelas dengan peringatan ayat dari Allah di atas.Keuntungan menjadi keutamaan sehingga mengabaikan faktor lain.Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua.Percaya atau tidak anak-anak kecil kita sejak awal usianya seperti 5 ke atas apabila melukis,lukisan serangga,haiwan,pokok menjadi pilihan mereka .Minda mereka sudah terisi dengan pengetahuan asas tentang alam.Menjadi tugas kita untuk menerapkan kepada mereka bahawa alam ini perlu dipelihara dengan baik.Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka,cebisan sampah ,jika tiada tong sampah yang berhampiran sepatutnya di simpan sementara sehingga tong sampah dijumpai.Susah ke?,jika susah anda sudah gagal sebenarnya.

Pada Pendapat Hijau Lestari subjek Geografi perlu diangkat sebagai subjek Teras bagi sekolah menengah dan perlu diperkenalkan di sekolah rendah,serta menjadi subjek atau paper asas bagi semua subjek di universiti. Mungkin keterlaluan kata orang lain,tetapi dengan pelbagai fenomena alam yang melanda sekarang,sikap serta kecuaian manusia di tambah dengan sikap tamak menyebabkan kita menerima padahnya. Sepatutnya minda sayangkan alam sekitar terisi bukan hanya kepada pelajar sekolah,tetapi juga pembuat dasar,penggubal undang-undang,ahli perniagaan serta pihak berkepentingan yang sentiasa berhubung dengan alam sekitar.Jika semua pihak akur dengan peraturan dan sayang kepada alam sekitar serta mengambil ayat suci dari Allah sebagai pemudah cara dan pembimbing yang terbaik,segalanya akan menjadi lebih baik.

Ranking: 5

{ 2 komen... read them below or add one }

Love Hijau berkata...

Terimakasih Fiesya..atas komen ini...memberi semangat baru untuk terus menulis tentang geografi yang sememangnya adalah niche asal blog nie


13 Disember 2011 11:01 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.