10 Haiwan Paling Berbahaya Di dunia

on Rabu, 11 November 2009

Salam buat semua pembaca budiman,ingin menulis tentang banjir berdasarkan keadaan hujan yang berterusan di pantai timur terutamanya di kelantan,namun Hijau Lestari sudah pun menyentuh tentangnya sebelum ini.Apa kata hari nie kita melihat 10 jenis haiwan atau serangga yang paling berbahaya di dunia.Bukan bermaksud kita membenci haiwan ini sebaliknya memberi peringatan kepada kita supaya berhati-hati bila berhadapan dengan situasi tidak diduga.Kriterianya berdasarkan jumlah kematian serta serangan pada setiap tahun...nak tahu? keep reading guys........





no 10 : Beruang

via:travel.aol.co.uk


Beruang hitam,grizzly atau beruang kutub merupakan beruang yang mampu membunuh.Kematian seluruh dunia sekitar 4-5 kes setahun.Kawasan aktif serangan rujuk kepada peta.





no 9 : Jerung
via: travel.aol.co.uk

Mempunyai reputasi yang kurang baik melalui filem Jaws...memang tak patut,kerana haiwan marin ini langsung tidak boleh dipersalahkan,kerana sifatnya memang begitu.Mampu membunuh melalui gigitan dengan gigi yang sangat tajam.Jumlah serangan dan kecelakaan akibat serangan jerung di anggarkan 100 kes di seluruh dunia setiap tahun.






no 8: Obor-Obor

via: travel.aol.co.uk


Dengan sifatnya yang seolah-olah tidak berbahaya serta pasif,obor-obor membawa bisa sengatan yang amat menyakitkan serta boleh membunuh manusia di dalam beberapa minit sahaja.Terdapat pelbagai spesis obor-obor di lautan.Anggaran serangan atau kematian sekitar 100 kes setiap tahun,dengan kawasan utama termasuklah di Malaysia.







no 7: Badak Air

via: travel.aol.co.uk


Ye ke? yeee...badak air paling aktif dan banyak di Afrika,Serangan melalui gigitan boleh membunuh dan memutuskan anggota badan manusia dengan mudah.Badak air di laporkan turut menterbalikkan bot atau sampan di Afrika.Jumlah kecelakaan di laporkan sekitar 100 -150 kes setiap tahun.






n0 6 :Gajah

via: travel.aol.co.uk

Mempunyai reputasi yang cukup baik terutamanya di zoo.jinak ajekan....Sebenarnya serangan gajah dilaporkan sekitar 300 hingga 500 kes setiap tahun.Serangan gajah terutamanya gajah liar sukar untuk diduga.Gajah mampu memusnahkan kawasan tanaman yang luas termasuklah membunuh manusia dan kawasan kampung.






no 5: Buaya

Mempunyai reputasi yang cukup buruk serta ditakuti atas sifat membunuhnya yang agresif dan pantas.Jumlah serangan sekitar 600-800 kes setiap tahun di seluruh dunia.Merupakan haiwan yang boleh menyerang manusia tanpa amaran.Sangat berbahaya terutamanya di Australia dan Afrika.







no 4: Keluarga Harimau

via: travel.aol.co.uk

Dengan jumlah kematian atau serangan melebihi 800 kes setiap tahun di dunia,big cat atau keluarga harimau ( termasuklah singa) dikategorikan sebagai haiwan yang berbahaya.Setiap serangan biasanya ditujukan kepada leher mangsa yang mampu mematahkan tulang serta merosakkan saraf sekitarnya.Jumlah serangan semakin meningkat akibat pertembungan dengan kegiatan manusia seperti pembukaan hutan.Malahan populasi harimau semakin terancam dan akhirnya terpaksa berkongsi kawasan dengan manusia.Serangan paling banyak dilaporkan di Afrika,Amerika Utara dan India








no 3 : Kala Jengking

via: travel.aol.co.uk


Kala Jengking merupakan pembunuh yang berbahaya terutamanya di kawasan yang terpencil di mana anti venom atau bisa mereka sukar di sediakan.Keadaan ini membolehkan kala jengking berada di tempat ketiga sebagai haiwan yang berbahaya dengan jumlah kematian 800- 2000 setiap tahun di seluruh dunia!. Dengan 1500 spesis, 25 jenis di antaranya dikategorikan sebagai paling berbahaya serta mampu membunuh.Kawasan utama termasuklah di Afrika,Amerika dan Asia tengah.








no 2: Ular




Ya,ular dikategorikan sebagai haiwan yang ditakuti oleh manusia,serta mempunyai reputasi atau imej yang sangat buruk pada pandangan manusia.Daripada 2000 spesis ular hampir 400 spesis merupakan berbisa dan 250 spesis boleh membunuh.Anggaran kematian di seluruh dunia sekitar 50 hingga 125,000 kes setiap tahun di seluruh dunia.Ular berbisa akan membunuh manusia melalui taring yang mempunyai kandungan toksin yang tinggi.Walaupun di anggap menjadi keutamaan terdapatnya anti venom atau anti racun ular di hospital,tempoh masa serta kawasan yang terpencil menyebabkan mangsa tidak sempat di bawa untuk dirawat.








no 1: Nyamuk





Merupakan pembunuh no 1 di dunia .Bertindak senyap tetapi sangat berbahaya.Tidak meninggalkan kecederaan yang teruk,tetapi apabila di sedari,mangsa perlu dirawat dengan segera.penyakit malaria yang pernah membunuh jutaan manusia,demam denggi,chikunguya,virus Nil Barat,penyakit untut dan sebagainya di sebabkan oleh nyamuk.anggaran kematian dan kes di seluruh dunia sekitar 2- 3 juta orang setiap tahun.




Di terjemahkan semula secara bebas dari:
travel.aol.co.uk
Ranking: 5

{ 11 komen... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

mana labah2? especially black widow...


25 Disember 2011 9:37 PTG
Love Hijau berkata...

saya dah buat entry khas tentang labah-labah, mungkin benar ianya berbisa, seperti black widow, tetapi fokus entry nie yang paling banyak membunuh, TQ atas kesudian bagi komen,


25 Disember 2011 11:51 PTG
Tanpa Nama berkata...

x sangka pulak nyamuk pembunuh utama.....fikir td labah2.....adoi.... =.='


7 Februari 2012 7:24 PTG
Love Hijau berkata...

Betul tu bro, sejak sekian lamanya malaria mnjadi pembunuh utama masyarakat di seluruh dunia, sejak mutakhir ini aje langkah mencegahan dan vaksin di cipta


8 Februari 2012 11:43 PG
Tanpa Nama berkata...

wa,tak tak takut pun dgn semua ni


25 Mac 2012 7:20 PTG
Tanpa Nama berkata...

aq tkot jika botfly ad di malaysia msty brlbang semua badan..kne larva dye


1 April 2012 11:09 PTG
Tanpa Nama berkata...

power la nyamuk


19 April 2012 9:28 PTG
Tanpa Nama berkata...

betul tu. iagatnya yang pertama ular kedua nyamuk yangketiga memang betul kala jengking.


2 Jun 2012 11:07 PTG
Tanpa Nama berkata...

waooooooo dea bak


12 September 2012 1:30 PTG
Mohd Nasharudeen berkata...

buaya bnyk di afrika dan australia je ke? kat borneo ni lagi bnyk, berjuta2 sampai tak dpt dikawal...


13 Januari 2013 10:38 PTG
Love Hijau berkata...

tak sampai berjuta kut....habitat buaya sememangnya di kawsan yang adik sebutkan...tapi taklah sampai berjuta


16 Januari 2013 9:46 PG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.