Fenomena Alam yang Menakjubkan Part 1

on Khamis, 5 November 2009

Salm buat semua dah lama tak menulis,sibuk dengan keluarga dan diri.Hari nie Hijau lestari nak ajak pembaca melihat penciptaan Allah yang Maha hebat.Kewujudan pelbagai fenomena alam sesungguhnya merupakan manifestasi keagungan Allah.Terima kasih terhadap Jamaluddin,kawan Hijau lestari yang menghantar e mail kepada Hijau Lestari.Ternyata tidak ada perkara yang mustahil bagi Allah,sehingga mewujudkan fenomena alam yang terus menjadi misteri kepada manusia.



Sailing Stone




  • Fenomena yang biasa sebenarnya di kawasan gurun berbatu dan kawasan glasier
  • Masih lagi menjadi misteri di kalangan saintis dan pengkaji kerana batuan tersebut sememangnya sangat berat dan berbeza dari segi saiz dan meninggalkan bekas pergerakan.
  • Angin dikatakan sebagai punca utama pergerakan batuan ini di samping permukaan bumi yang rata.




Barisan Batuan Basat(Gunung Berapi)



  • Merupakan fenomena unik di kawasan gunung berapi
  • Magma yang mengeras menghasilkan sususan batuan balsat yang unik seumpama susunan yang begitu cantik dan sempurna seolah-olah di susun oleh manusia
  • Contohnya seperti di Ireland(gambar di atas)
  • Batuan balsat biasanya meledak naik ke atas permukaan bumi,tetapi akan mengeras dan menghasilkan fenomena pemandangan yang begitu menakjubkan.


Lubang Biru(Blue Holes)


  • Merupakan lubang biru di laut yang membentuk lubang yang sangat dalam di kawasan laut
  • Mendapat nama daripada warnanya yang biru tua merujuk kepada kawasan air yang sangat dalam dan terlindung dan berasingan dari kawasan yang lain
  • Kedalamannya boleh mencecah ratusan kaki dan memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk turun ke bawah lubang biru ini.




Air laut pasang Merah


  • Merupakan fenomena alga merah yang melanda kawasan pantai dan laut yang luas
  • Boleh menyebabkan keracunan teruatama kepada hidupan marin lain seperti burung laut
  • Tidak ada rekod setakat ini dicatatkan yang alga merah ini telah mengancam manusia




Bulatan/Lingkaran Ais


  • Terhasil apabila berlakunya pusaran air
  • boleh membentuk diameter sehingga 500 kaki atau kelompok yang lebih kecil
  • Pusaran air yang terhasil telah menolak ais dan membentuk bulatan yang unik.




Awan Mammatus


  • Seringkalinya di katakan sebagai petanda sebelum berlakunya bencana alam yang ekstrim
  • Boleh jadi terdapat dikawasan ais
  • Membolehkan manusia membuat sedikit persediaan kerana awam ini boleh bertahan lama dan membentuk formasi atau corak yang menarik.


Pelangi Api



  • Fenomena biasa
  • Namun serakan cahaya antara awan dan matahari membolehkan fenomena yang unik ini berlaku


Lubang Besar



  • Terhasil apabila berlakunya gempa bumi
  • Boleh juga terjadi bila kawasan atau tanah secara tiba-tiba tenggelam kerana faktor air dan sebagainya.
  • Selalunya boleh berlaku di dalam keadaan yang pantas tanpa mengira permukaan bumi seperti gambar di atas
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

ya sujngguh menarik kejadiaan ini ni


11 Januari 2013 6:22 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.