Nampaknya begitu sukar sekali untuk mendidik masyarakat kita tentang bahayanya beg plastik kepada alam sekitar.Beg plastik dicipta menggunakan teknologi polimer atau hasil teknologi petroleum merupakan antara penyumbang utama pencemaran kepada negara,sukar untuk diurus atau dilupuskan.
" Every year, around 500 billion plastic bags are used worldwide. 500,000,000,000. Five hundred followed by nine zeros. That's a lot of bags. So many that over one million bags are being used every minute and they're damaging our environment."
Malahan dengan sisa pepejal dari domestik ( rumah kita) terutamanya sisa makanan yang dibungkus dengan beg plastik sangat mencemarkan alam sekitar.Tempat pembuangan sampah bukan sahaja penyumbang kepada pencemaran bau tetapi juga dengan berlakunya pembakaran beg plastik menghasilkan gas yang sangat beracun kepada kehidupan. Dengan sifatnya yang sangat sukar untuk reput serta menyumbang kepada pencemaran jika dibakar seharusnya kita sebagai khalifah di bumi ini memikirkan langkah untuk mengurangkan pencemaran..Ayuhlah.......kita perlu berubah untuk alam sekitar yang lebih baik.Beg plastik tanpa kawalan boleh memusnahkan hidupan dibumi dan penyebab pencemaran yang dasyhat
1. Untuk ke pasar sila bawa bakul atau raga...tak kisahlah bakul rotan ke....atau bakul plastik....jangan lupa juga bawa kertas suratkhabar lame....ikan,daging atau ayam boleh diisi dengan menggunakan surat khabar itu...kalau nak best lagi boleh bawa bekas plastik lain untuk di isi dengan bahan yang dibeli kita nanti
2. Boleh guna semula beg plastik yang sudah pun di isi dengan ikan sebelum ini.Apa salahnya jika kita membasuh semula beg plastik.....jika kita tidak memulakannya siapa lagi.....??
3. Sewaktu saya kecil dahulu..agak rajin juga mengikut ayah ke pasar...penjual di pasar pada waktu itu menggunakan beg yang diperbuat dari surat khabar....mungkin langkah ini sepatutnya mendapat pertimbangan pihak peniaga serta pihak berwajib yang lain..Di negara Barat penggunaan beg dari kertas( bukan surat khabar...sebaliknya kertas berkualiti yang oleh diguna pakai berulang kali) sudah menjadi habit mereka.....Kita juga boleh bertindak seperti mereka...jika kita tidak memulakan langkah ini...siapa akan memulakannya??? Apakah nanti anak-anak kita akan mewarisi sumber air bawah tanah yang bertoksid??? Mulakanlah sekarang...buat suri rumah yang rajin ke pasar jadikan bakul anda sebagai teman yang setia......jika semua masyarakat manusia bertindak sekarang..pencemaran dari beg plastik akan dapat dikurangkan Bertindaklah sekarang!!!
Untuk bacaan lanjut
Plastic bags Enviroment Guardian
Plastic Bag Pollution
Say No To Plastic Bags





























