Selsema Babi Atau Swine Flu Panikkan Komuniti Dunia

on Rabu, 29 April 2009

Swin Flu atau Selsema babi merupakan ancaman terbaru kepada kesihatan manusia.Babi dikatakan sebagai punca utama kepada virus baru H1N1 ini.Memang sejak sekian lamanya babi dikatakan sebagai hostin atau perumah babi pelbagai virus dari badan manusia atau haiwan lain.WHO atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia sudah mengkategorikan serangan virus selsema ini sebagai tahap 4 atau tahap berbahaya dan boleh mengancam populasi dunia.


Babi merupakan perumah kepada virus selsem babi,Sumber dari yahoo.com

Virus ini merupakan satu misteri yang masih mengejutkan ramai pihak.Negara Mexico paling teruk terjejas dengan virus ini.Dengan angka kematian melebihi 70 serta ratusan yang sudah dijangkiti,banyak negara sudah mengisytiharkan negara mereka turut terjejas serta sudah ada penduduk yang dijangkiti antaranya termasuklah USA,Kanada,New Zealand,UK,wilayah Israel(bukan negara ye...)

Penerangan di beri kepada warga Mexico yang panik

Kawalan ketat di Lapangan Terbang di Mexico



Menyingkap kembali buku yang pernah saya baca iaitu Al Quran saintik karya Dr Danial zainal Abidin di dalam bab 4 menerangkan dengan panjang lebar tentang pelbagai kajian mengapa babi diharamkan oleh Allah.Banyak kajian membuktikan babi merupakan sarang virus dan kuman yang berbahaya.Malahan buku ini menerangkan virus yang biasanya tidak berbahaya bila memasuki tubuh babi akan bermutasi menjadi virus yang sangat berbahaya.Jadi benarkan larangan Allah itu.Swine flu tidak hanya menrebak kepada mereka yang memakan babi sahaja sebaliknya kepada sesiapa sahaja.Dengan WHO sendiri menyatakan bahawa virus ini sudah ke tahap 4 iaitu tahap berbahaya ,virus disebarkan dari manusia ke manusia yang lain dan boleh mencetuskan wabak besar kepada dunia.


Selsema ini menunjukkan simptom biasa seperti virus selsema burung tetapi merebak dengan cepat jika tiada langkah pencegahan awal.Bagaimana dengan negara kita? Mampukah virus ini dibendung oleh masyarakat dunia.Malaysia sepatutnya mengambil semua langkah berjaga-jaga.Babi yang dipelihara secara berleluasa di negara kita perlu difikirkan jalan penyelesaian yang total.Bagaimana? Jika ingin memternak juga babi ini sepatutnya pada pendapat hijau lestari perlu dipusatkan seerti cadangan kerajaan negeri Selangor.Hijau Lestari bukan orang politik tetapi langkah sebegini difikirkan wajar kerana setakat ini begitu banyak ladang babi berselerak di seluruh negara.Negara pernah dikejutkan dengan virus Avian dan Virus Sars,sepatutnya semua pihak mengambil angkah berjaga-jaga.Jadi jika anda ingin melancong keluar negara berhati hatilah.untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak Kemeterian Kesihatan di SINI


Semoga semua dapat mengambil iktibar,bahawa penyakit yang datang merupakan signal jelas bahawa manusia seharusnya bersedia untuk hidup di dalam persekitaran yang lebih baik serta bersih.Lihat sahajalah bagaimana Mexico...babi di biarkan berkeliaran seperti ayam sahaja.Baik Hijau Lestari berhenti di sini...jika ada maklumat tambahan sudi-sudikanlah bagi komen ye....bye..

Persatuan Pencinta Alam Malaysia

on Selasa, 28 April 2009


Lama tidak penulis...Hijau Lestari terpaksa berehat seketika...ada sedikit masalah terutamanya dengan line internet yang kurang stabil.Nampak gayanya kena tukar kepada broadband....tapi kata ramai kawan saya dah jadi berukband...akibat banyak kali line tak cukup kuat...ha..ha..ha....nantilah bila senang.Kawan blogger Hijau Lestari yang selalu singgah kat sini macam Minda Cikgu Pj tentu pakai line yang baik punya.

Baiklah hari nie kalau nak cakap bab pencinta alam...apa kata kalau pembaca semua join persatuan nie...memang best punya...tak guna cakap aje...mai join Persatuan Pencinta Alam Alam Malaysia.Banyak manfaatnya antaranya kita sentiasa terdedah dengan isu alam sekitar di Malaysia.Nak tau usaha terbesar MNS (Malaysia Nature Society) antara berjaya berkerjasam dengan kerajaan sehingga tertubuhnya Taman Negara Endau Rompin yang sangat kaya dengan biodiversitinya itu.Malahan terbarunya persatuan ini cuba untuk menjadikan Hutan Belum -Temenggor sebagai hutan yang diwartakan.Ahli persatuan ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan profesional.Di samping itu ahli turut berpeluang mendapatkan pelbagai bahan bacaan terutamanya hasil kajian di dalam bentuk majalah.Jika anda ingin menjadi warga alam mai la join persatuan ini

Kepentingan Hutan

on Khamis, 23 April 2009

Hutan dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui.Benar,tetapi untuk memperbaharuinya mengambil masa yang lama.Hutan yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan,sukar untuk pulih seperti sediakala.Dengan fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik.Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia.



Hutan dan Sungai

Legeh sungai atau punca sungai kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan.Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara.Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air.Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai( kawasan air terjun dan mata air ).




Hutan sebagai habitat flora dan fauna.

Malaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia.Biodiversiti merujuk kepada keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat.Lihat sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di Malaysia,gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik.Lihat sahaja orang utan ‘the one and only’! di seluruh dunia.Hutan yang dipelihara serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar serta perlindungan flora yang hebat.



Hutan Penstabil Suhu Dunia.

Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis,hutan menggunakan karbon dioksida dapat menyejukkan suhu bumi.Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar.Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang panas.Dengan pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas.Fenomena pemanasan global biasanya dikaitkan denga n kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida




Bidang Penyelidikan dan Pembangunan

Dengan kepelbagian biologinya,hutan merupkan khazanah Negara yang sangat bernilai.kajian tentang perubatan sebenarnya masih meluas dan berpotensi untuk dimajukan.Dengan nilai perubatan yang sangat tinggi hanya sebahagian kecil sahaja khasiat perubatan hutan diketahui serta dikaji,antaranya tongkat ali dan kacip Fatimah yang popular itu.Banyak lagi sebenarnya yang belum diterokai dan dikaji.



Pencegahan banjir.

Oleh kerana pembalakan yang berleluasa Thailand pada tahun 1988 kalau tida silap saya mengalami banjir yang dashyat di kota Bangkok.Ini kerana hutan di sebelah utara Negara itu sudah dimusnahkan secara meluas.Hutan berfungsi untuk menahan air larian permukaan bila tanah tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang turun.Jadi jika hujan turun dengan lebat sekali pun hutan akan menyerap air dengan baik,kerana titisan air hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun,ranting ,batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah hutan.Dengan ini banjir akan dapat dielakkan.



Hutan dan Komuniti Orang Asli/Pribumi

Sejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta bumiputera di Kepulauan Borne.Walaupun bersama dengan arus kemodenan,hutan masih merupakn tempat tinggal ramai kaun pribumi di seluruh dunia.Hutan mampu menjadi tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan pribumi seperti memburu dan bercucuk tanam.Hutan merupakan perlindungan yang unik,hingga melahirkan budaya hidup dan adat yang unik menjadi kebanggaan kita bersama.



Hutan dan Pelancongan

Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya.Dengan hutan hujan tropika yang hebat,termasuklah hutan paya bakau mampu menyerlahkan suasana nature kepada pelancongan,buktinya sudah terbentang di depan mata,Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.




Hutan dan Ekonomi Negara

Pembalakan secara terancang boleh menjamin kelangsungan hutan Negara.Pemuliharaan hutan sangat perlu.Pembalakan secara terpilih,menebang pokok yang betul-betul matang sahaja perlu dilaksanakan.Penanaman semula hutan perlu dijalankan secara kerap.Kawasan hutan simpan dan taman Negara memerlukan pemantaun yang lebih kerap dan terancang.Kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air perlu dipantau,tindakan undang-undang perlu tegas.Undang-undang perlu digubal untuk menjamin kawasan hutan atau kawasan tadahan air terpelihara.



Sumber makanan.

Hutan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagi sumber makanan serta buah-buahan.Buah-buah atau tumbuhan di dalam hutan boleh menjadi sumber makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.



Banyaknya tulis hari nie..ye la….topik kepentingan hutan bukan sahaja untuk kertas Geografi sahaja,tetapi juga subjek lain seperti Bahasa Melayu dan juga Kertas Pengajian Am Kertas 2 STPM.Semoga usaha kecil blog ini akan memberikan manfaat kepada semua.Buat pengunjung boleh la tambah kat komentar tentang peranan hutan…..tak apa Hijau lestari sporting la…..ok bye..bye

Konflik Hidupan Liar dan Manusia Ke Mana Akhirnya?

on Ahad, 19 April 2009


Mungkin persoalan ini kurang menerjah minda kita.Namun saban tahun kita mendengar,membaca,menonton......seorang penoreh getah di serang harimau,banyak haiwan ternakan diserang harimau,sekawan gajah menyerang dan memusnahkan tanaman dan banyak lagi.Mengapa haiwan seperti harimau dan gajah terutamanya di kawasan tertentu menyerang manusia.Malahan tidak juga kita teperanjat apabila terdapat juga kera di kawasan taman yang berhampiran dengan hutan sekunder yang menganggu penduduk,mencuri makanan di dapur termasuklah mencuri( sesuai ke guna perkataan pencuri?.....alahai...kera...kera kesian ko) telur ayam di reban......??? Selalunya kawasan yang mengalami konflik haiwan dan manusia melibatkan kawasan pinggir hutan.Satu perkara yang perlu diketahui bahawa haiwan ganas seperti harimau tidak menjadikan manusia atau haiwan ternakannya sebagai mangsa.Jadi kenapa ye?

Salah satu punca utama berlakunya konflik ini kerana habitat asal haiwan yang berkenaan terancam atau semakin mengecil.Semakin banyak hutan yang semakin mengecil kerana pembangunan seperti kawasan perumahan.Malahan pembukaan kawasan pertanian baru turut dibuka.Habitat haiwan seperti gajah dan harimau sentiasa tertumpu di kawasan yang dipenuhi dengan makanan mereka,apabila hutan diterokai....sumber makanan mereka semakin mengecil.Dengan sumber bekalan makanan yang merosot haiwan ini akan menghampiri kawasan kediaman manusia untuk mencari sumber makanan.Harimau jantan sebagai contohnya sentiasa hidup sendirian kecuali sewaktu musim mengawan.Mereka menandakan wilayah atau kawasan mereka dengan air kencing.Jadi bagaimana mungkin dengan kawasan hutan yang semakin mengecil mereka masih mampu menandakan kawasan mereka dan berburu di situ.Pasti mereka terpaksa keluar ke pinggir hutan mencari makanan..dan haiwan ternakan atau kadang kala manusia menjadi mangsa.


Aktiviti pemburuan haram turut memburukkan keadaan.Menurut WWF Malaysia sendiri kebanyakan harimau yang ditangkap mempunyai kesan parut akibat tembakan peluru dan jerat manusia.Kasihan juga kepada harimau,manusia yang tamak haloba memburu haiwan ini dengan rakusnya untuk hidangan eksotik ( di katakan mempunyai khasiat untuk tenaga seksual??) di samping kulit dan kukunya.Keadaan ini meyebabkan haiwan ini semakin tertekan. Jadi jika haiwan ini menyerang manusia,ada wajarannya kerana manusia jugalah yang awalnya mengancam haiwan ini.(tentang harimau boleh rujuk posting saya sebelum nie)


Dengan keadaan yang semakin tertekan,pencemaran air sungai turut menyebabkan konflik dengan manusia.Haiwan seperti gajah sangat memerlukan sumber air.Dengan sumber air tercemar mereka mencari sumber air pilihan.

Penyelesaian konflik ini agak sukar namun tidak mustahil.Kawasan habitat haiwan perlu dikekalkan.Ini merupakan faktor paling penting,supaya haiwan ini tidak lagi memasuki kawasan kampung atau pertanian di pinggir hutan seperti di hulu Trengganu,Pahang,Kelantan dan hulu Perak.Aktiviti pemburuan perlu dicegah dengan berkesan.Pemantauan menggunakan satelit mungkin berkesan. Di barat haiwan di tandakan dengan cip kecil ditubuh mereka.mungkin dengan cara ini haiwan seperti harimau yang diburu secara haram boleh diselamatkan melalui kaedah ini.Pembangunan wajar mengambil kira habitat flora dan fauna dan kelestarian hidupan liar ini.bayangkan setakat ini jumlah harimau belang dan gajah di Malaysia urang dari 1000 ekor sahaja.Jika anda mengalami masalah dengan haiwan di tempat tinggal anda silalah hubungi perhilitan.Manusia diberikan Allah akal yang sempurna sifatnya...haiwan pula sebaliknya.Jika konflik ini berterusan maka langkah penyelesaiannya bukan hanya hayat haiwan ini di akhiri dengan muncung senapang semata-mata.

Fenomena Pulau Haba Bandar

on Sabtu, 18 April 2009

Fenomena Pulau Haba Bandar Turut Menyebabkan suhu Pada Waktu Malam Meningkat






Mai sini kita bincang tentang satu lagi fenomena yang dicetuskan demi kelangsungan serta keselesaan manusia.Fenomena Pulau Haba Bandar......Apa itu pulau haba bandar?.Begini...di dalam bahasa yang mudah suhu dikawasan bandar lebih tinggi dari suhu di kawsan sekitarnya,tidak kira pada waktu siang atau pada waktu malam.Suhu yang panas ini seolah-olahnya membentuk satu bentuk haba panas yang sekata di kawasan bandar.Pada waktu tengahari di kawasan tengah bandar seperti bandaraya Kuala Lumpur,Johor Bahru,malahan PutraJaya sendiri mengalami suhu yang agak tinggi iaitu antara 33 hingga 40 darjah Celcius ! Keadaan ini semenangnya berlaku kerana pada waktu awal kemunculan matahari sahaja kawasan bandar ini mengalami suhu antara 25 - 27 darjah Celcius.Berbanding dengan kawasan sekitarnya fenomena ini memberi impak negatif terhadap kawasan bandar.





Antara punca fenomena Pulau haba bandar kerana haba yang berpunca daripada cahaya matahari tidak diserap oleh permukaan bumi.Ini kerana kawasan bandar merupakan hutan batu.Dengan bangunan pencakar langit,batuan konkrit,jalan yang ditar menyebabkan tiada ruang untuk haba diserap oleh permukaan bumi.Haba matahari akan dipantulkan apabila terkena konkrit,dan pantulan tersebut juga masih mengenai batuan konkrit yang lain.Haba teperangkap.Walau pun pada waktu malam,batuan konkrit akan membebaskan haba terma,yakni haba yang diserap sewaktu siang tadi.Keadaan pada waktu malam masih lagi panas bagi kawasan bandar.


Fenomena pulau haba bandar terjadi kerana tiada perancangan lestari.Pengurusan alam yang lestari akan mengurangkan fenomena ini.Janganlah tersalah sangka dengan pembangunan lestari.Pembangunan lestari bermaksud pembangunan yang tidak mengorbankan aset alam serta hukum alam itu sendiri.Ya....kita boleh mewujudkan bandar.namun perancangan teliti serta berhemah amat perlu supaya kesan pencemaran serta kesan negatif lain diminimumkan.Bandar yang terancang atau bandar lestari bukan sahaja bandar kurang pencemarannya,tetapi juga bandar yang mampu mengurangkan kepanasan suhu waktu panas terik yang menyumbang kepada fenomena pulau haba bandar.Pokok-pokok besar perlu di tanam.Paling baik wujudkan kawasan taman yang mempunyai tasik di kawasan pinggir atau tengah bandar itu sendiri..Emmmmm..teringat saya sewaktu bercuti di Taiping,Bandar Warisan dulu....begitu tenang serta nyaman sekali melalui Taman Tasik Taiping...yang dipenuhi dengan pokok agam mungkin puluhan tahun usianya.Kuala Lumpur sendiri sebenarnya berpotensi untuk menjadi taman....pihak yang berkenaan perlu memikirkan kaedah atau kawasan yang sesuai sahaja..Kewujudan pokok serta kawasan yang mempunyai takungan air seperti tasik mampu menyederhanakan kawasan sekitarnya.Buat warga kota mungkin alah bisa tegal biasa...namun begitu jika fenomena ini bercampur dengan kesesakan,pencemaran bunyi serta menghidu gas beracun karbon monoksida saban hari..ianya mengundangkan kemerosotan kualiti hidup walaupun berdepan dengan teknologi yang menghiasi bandar.

Teknologi Hijau? Bersediakah Mentaliti Rakyat Malaysia?

on Selasa, 14 April 2009

Pengumuman kepimpinan baru negara iaitu menukar Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi kepada Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air telah membuktikan bahawa sebenarnya alam sekitar merupakan perkara yang perlu diutamakan oleh rakyat Malaysia.Jangan marah ya....bila saya mengatakan dengan mengejar kemewahan,mengejar pembangunan,mengejar keselesaan banyak perkara telah dikorban termasuklah alam sekitar.Kesedaran tentang menjaga alam sekitar amat kurang pada rakyat Malaysia.Sepanjang berblogging bersama blog hijau lestari sudah banyak penulisan saya menyentuh pelbagai topik tentang alam sekitar.Teknologi hijau bukan sekadar melibatkan tentang menjaga alam semata-mata tetapi bagaimana masyarakat serta kemajuan lestari dapat diwujudkan.Malahan mentaliti masyarakat kita kurang berkembang apabila bercakap tentang sikap....lihat sahajalah apabila bercakap tentang pencemaran,tentang pembakaran terbuka,tentang penggunaan beg plastik,tentang hari bumi,tentang air di sungai ,air di laut.ramai menganggap bahawa ianya merupakan sumber yang tidak akan habis....Lantaklah janji aku senang....ko peduli apa sungai nie kan luas...laut nie kan luas kalau buang sampah sikit apa salahnya..... aku peduli apa janji sampah semua aku bakar....itu merupakan contoh kecil tentang sikap masyarakat kita terbanyak.Parit,sungai,laut malahan haiwan menjadi mangsa demi kelansungan hidup manusia...alahai ..sikap "tak apa" "biarlah janji senang" dan sebagainya sangat sebati dengan masyarakat kita.


Kehidupan Lestari dengan penggunaan tenaga yang cekap ilham Greenpeace UK




Teknologi hijau apabila bercakap tentangnya meliputi bidang yang luas.Tak usah cakap dari segi politiklah...sesiapa pun mesti mesti mempertahankan ekologi serta khazanah negara tercinta ini.Cuma perlaksanaannya mesti mantap serta menyeluruh,bukannya untuk kepentingan politik semata-mata...Dunia barat yang mengamalkan teknologi hijau menyerapkan sikap dan mentaliti hijau dari kerajaan hinggalah ke rakyatnya....cuba lihat penulisan saya sebelum ini tentang bandar-bandar paling hijau di dunia.Mereka mewujudkan komuniti yang begitu prihatin menjaga alam sekitar sehingga pembinaan rumah serta bangunan mesra alam.Penggunaan tenaga yang cekap serta tidak membazir serta usaha berterusan memberi kesedaran menerusi komuniti cyber serta risalah am( malaysia bagaimana?...maklumlah rakyat malaysia kurang minat membaca.....).Jadi teknologi hijau merupakan usaha melahirkan masyarakat serta pembangunan yang lestari dan pada masa yang sama menjamin kelangsungan ekologi serta semua sumber alam ( termasuklah sumber boleh diperbaharui atau tidak atau sumber tenaga alternatif) terpelihara di samping rakyat boleh hidup dengan persekitaran yang bersih.emmm amat kena dengan penulisan hijau lestari sebenarnya.


Salah satu komuniti yang menggunakan teknologi hijau ,bandar lestari
San Franscisco,USA. Sustainable City



Jadi skop teknologi hijau amat luas..bergantung kepada masyarakat yang berhadapan dengannya persekitarannya.mengekalkan persekitaran yang bersih merupakan isi utama bagi teknologi hijau.Sikap,pemantauan,aplikasi sama ada teknologi,kaedah serta cara hidup yang 'hijau'.Sama ada mencari sumber pilihan kepada tenaga yang sedia ada seperti tenaga pilihan hidroelektrik,tenaga biomass,tenaga angin,tenaga solar,tenaga ombak dan sebaginya.Sama ada memperkemaskan konsep 3R, (konsep kitar ,kurang dan guna semula),mengurangkan sisa pepejal yang amat menyesakkan mata serta hidung dan kesihatan,sama ada penggunaan atau aplikasi yang meluas di dalam kenderaan mesra alam( contohnya kereta,motosikal dan kapal terbang hidrid..yang gunakan gas serta air yang mesra alam untuk gerakkan kenderaan),sama ada bahan asas pembinaan yang mesra alam,sama ada pengurusan sisa toksid berkesan,sama ada pengekalan khazanah ekologi serta biodiversiti.....semuanya akhirnya akan menuju kepada sikap masyarakat serta mentaliti rakyat kita sendiri...tak guna jika teknologi hijau semata-mata tanpa usaha serta perubahan sikap rakyat malaysia yang peka terhadap alam sekitarnya...bye

Aktiviti Memerhati Burung Di Malaysia

on Ahad, 12 April 2009




Aktiviti pelancongan di Malaysia sebenarnya merupakan bidang yang luas serta pelbagai.Namun tarikan ekologi dan pengurusan pelancongan itu sendiri menyebabkan ekopelancongan merupakan satu aset yang sangat bernilai kepada negara.Malaysia mempunyai pelbagai pemandangan serta ekologi yang sangat menarik,dari hutan hujan berusia jutaan tahun sehinggalah kepada sungai,gua,gunung- ganag,haiwan eksotik,tumbuhan unik,pulau serta keindahan pantai yang memukau.Hari ini hijau lestari mengajak pembaca melihat satu aktiviti pelancongan yang agak menarik iaitu aktiviti memerhati burung...emmmmm agak asing bukan? Penghijrahan burung dari seluruh dunia yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi sementara mereka merupakan peluang yang amat bermakna kepada kita.Spesies burung hijrah itu antaranya melibatkan burung eksotik serta burung yang agak terancam dari segi populasinya.










Apalah menariknya aktiviti ini? burung penghijrah atau burung migran merupakan spesies yang unik.Kewujudan mereka di dalam kolonial yang besar mengundang suasana segar dan mampu memberikan keseronokan kepada penggemar burung.Maklumlah corak serta kepelbagaian warna mewujudkan perasaan ghairah kepada si pemerhati.Burung ini juga boleh jadi berasal dari Korea,Siberia ,Jepun mahu pun China.Namun bukan burung hijrah sahaja yang menjadi perhatian tetapi juga pelbagai ekologi burung yang lain turut boleh dijadikan sebagai bird watching...antaranya seperti burung hutan,burung tanah rendah,burung bukit,burung air atau paya,burung laut serta burung penghijrah itu sendiri.

Untuk burung hutan...dicadangkan ke Taman Negari atau Taman Negara.

Untuk burung tanah rendah dicadangkan di kawasan pedalaman atau kampung.

Untuk burung bukit...pergi la kat bukit..ha ha...contohnya seperti di Bukit larut Taiping,Bukit Fraser dan sebagainya

Untuk burung air...elok jika ke Matang...Taiping

Burung Laut..mana lagi jika bukan di Pulau Layang-Layang serta pulau Sipadan serta Ligitan di Sabah

Burung penghijrah...bagi peminat burung'botak' terbaik di Kuala Gula Perak..

Jangan lupa membawa kamera atau kamera video jika berminat,binokular juga tdak boleh dilupakan.Tidak salah juga jika membawa nota serta pen,buku panduan burung(jika ada) serta memakai pakaian yang sesuai serta selesa.

Aktiviti memerhati burung sebenarnya sudah lama popular di negara barat,malahan di Malaysia sendiri terdapat pelbagai komuniti bird watching yang boleh anda serta jika berminat

Rujukan/bacaan lanjut..untuk melihat gambar burung di Malaysia yang best-best

Bird Malaysia

Birding In Malaysia

Di mana Traffic Hijau Lestari- Links Exchange Dipelawa

on Sabtu, 11 April 2009

Blog hijau lestari bermula ada tahun 2008.Secara ringkasnya dengan teknik seo yang betul bagi blogspot atau blogger maka search enjin google dan yahoo akhirnya mengindex atau menerima blog ini. Ada pelbagai kaedah untuk meningkatkan traffic ke blog,namun segalanya pada dasarnya akan kandungan atau isi penulisan blog anda menjadi faktor penentu sama ada blog anda sering dikunjungi atau tidak. Sementara itu blogspot pula mempunyai kaedah tertentu yang mana kod html di bahagian atas templatenya perlu sedikit pengubahsuaian.Dengan ini barulah ianya mesra search enjin. Bagi perkataan hijau lestari sendiri........bukan bunga cinta lestari ye..... berada pada rangking tertinggi...malahan dengan IzinNya perkataan seperti kesan rumah hijau,pencemaran sungai serta perkataan lain sentiasa berada pada kedudukan 10 list terawal bagi uncle google....





Bagi enjin yahoo pula word hijau lestari berada pada kedudukan ketiga..Bersaing dengan sebuah syarikat dari Indonesia yang turut bernama hijau lestari




Buat pelawat dari mybloglog..maafkan saya,saya sendiri tidak berkesempatan membalas semula kunjungan homat ada ke hijau lestari.Insyaallah nanti bila berkesempatan.Saya membuak ruang untuk pertukaran link dengan rakan diluar sana.Semua niche blog saya terima...keutamaan kepada blog tentang alam sekitar.Saya tidak kisah jika page rank anda 0 atau berapa page rank anda,kita akan bertukar link.Buat pengetahuan semua page rank hijau lestari masih lagi pada kedudukan page rank 2.Semoga semua rakan hijau lestari jika berminat tingallkan pesanan di ruang komen. Selamat bertukar link ( sudi-sudikanlah)

Daun Ketum Tumbuhan Beracun

on Rabu, 8 April 2009

Align Center
Anak pokok Ketum,Tumbuhan Terlarang di Malaysia.


Daun Ketum merupakan tumbuhan liar yang berasal dari Tanah Besar Indo China terutamanya di negara Thailand,Afrika,Amerika Syarikat termasuklah di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Nama lain bagi daun ketum ialah pokok Biak.Berasal dari keluarga Rubiacaea iaitu antara pokok yang berbunga,dan satu keluarga juga dengan pokok kopi. Nama saintifik bagi pokok ketum ialah Mitragyna speciosa korth. Di kenali dengan pelbagai nama antaranya Kakuam, Ithang atau Thom diThailand dan di Amerika sendiri dikenali sebagai kratom. Daun ketum di Thailand dikategorikan sebagai dadah ke 3 popular selepas marijuana dan methamphetamine.Di Thailand sendiri daun ketum digunakan secara tradisional oleh petani di selatan Thailand,namun akhirnya kerana sering disalahgunakan maka kerajaan Thailand mewujudkan Akta Kratom 2486 digubal.Akta ini mengharamkan sebarang aktiviti penanaman pokok ketum dan mana-mana pokok ketum yang masih ada hendaklah dimusnahkan.


Bahan aktif utama yang terdapat di dalam daun ketum ialah mitragynine.Ia merupakan sejenis alkaloid yang hampir meyerupai yohimbin,psilosibin dan Iysergic acid diethylamide-LSD.Sebatian ini mempunyai kesan ransangan dan psikoaktif terhadap penggunanya.Kandungan sebatian mitragynine wewakili hampir separuh daripada 0.5 % kandunagn alkaloid yang berada di dalam daun ketum.Terdapat 24 alkaloid lain di dalam daun ketum tetapi mitragynine merupakan bahan aktif utama. ( Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia )


Dari segi kegunaan tradisional,daun etum digunakan untuk merawat masalah cirit-birit,kecacingan,ubat penahan sakit,mengembalikan semula tenaga wanita bersalin,menggalakkan pemyembuhan luka dan sebagai penenang fikiran.Daun ketum dikunyah atau diminum air rebusannya.

Penyalahgunaan daun ketum di Malaysia semakin menular terutama dikalangan penagih dadah seperti morfin dan heroin.Selain mempunyai kesan penenang daun ketum dikatakan hanya mampu bertahan selama 3 -4 jam shaja epada penagih dadah.Keadaan ini menyebabkan kuantiti daun ketum yag diperlukan oleh penagih semakin meningkat.Keadaan bertambah buruk oleh kerana dulunya daun ketum boleh di dapati secara percuma dan meluas di negara kita.

DAUN KETUM JIKA DISALAHGUNAKAN BOLEH MENYEBABKAN

  • SUSUT BERAT BADAN
  • SUKAR UNTUK TIDUR
  • TIADA SELERA MAKAN
  • BIBIR MENJADI KERING
  • SUKAR MEMBUANG AIR BESAR
  • KESAN LEBAM DAN TERBAKAR PADA MUKA TERUTAM DI BAHAGIAN PIPI
  • MUDAH ARAH,MATA HIDUNG BERAIR,SERTA LEMAH UNTUK BERKERJA.
(Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia)

Mulai tahun 2003,Mitragynine yang terdapat dalam daun ketum telah dimasukkan ke dalam jadual 3 Peraturan Racun 1989 yang dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952 ( Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia).

Kesalahan pemilikan daun ketum,menjual atau memprosesnya boleh didenda sehingga RM 10,000 atau dipenjara selama 4 tahun.

Jadi jauhilah najis dadah termasuklah daun ketum.Masyarakat kita yang ketagihan daun etum kini berhadapan dengan maut akan bertambah cepat kerana dikatakan air rebusan daun ketum turut dicampur dengan ubat nyamuk serta racun tikus .....kononya untuk bertambah 'feeling'....Semoga kita ,keturunan dan seluruh muslimin dan mslimat di jauhkan Allah dari bencana najis dadah..NAJIS DADAH PEROSAK BANGSA,AGAMA DAN NEGARA !

Khasiat Buah Tropika - Betik

on Selasa, 7 April 2009










Betik merupakan sejenis buah tropika tempatan yang mengandungi vitamin A , C , dan kalium.Memang kita semua kebanyakannya suka memakan betik tetapi khasiat dari segi perubatan serta kesihatan jarang kita ambil peduli.Di samping mengandungi vitamin betik juga mengandungi kalsium,karotena,flavanoid dan niasin serta berkalori rendah.Malahan betik juga dikatakan sebagai pelawas atau bertindak sebagai fiber yang penting untuk memudahan penghadaman.Pokoknya mudah hidup tetapi awas jangan ditanam terlalu hampir dengan longkang atau rumah kerana kemampuan akarnya membesar mampu memecahkan longkang atau ban simen yang dibina,jadi hati-hati la bila nak tanam pokok betik.....

Secara ringkas khasiat betik

Buahnya
  • Pelawas,memecahkan serat sisa makanan memudahkan membuang air besar.Jika selalu memakan betik segar boleh mengubati usus yang luka serta mengurangkan kepanasan sewaktu demam.
Daunnya

  • Sedap dibuat sayur dan ulam.
  • Walaupun daunnya agak pahit tetapi mujarab untuk mengubati malaria,sakit perut dan mengatasi masalah kurang nafsu makan.Caranya ialah ambil daun betik segar 1 -2 tapak tangan,sedikit garam dan air suam 1/2 cawan,semuanya dicampur,dikisar dan diperah airnya.,minum sehari sekali sehingga 3 hari berturut-turut.
  • Daun betik dikatakan mengandungi papain yang amat berkesan melembutkan daging.Orang Mexico bukan sahaja menggunakan daging untuk melembutkan daging malahan menjadikan daun betik sebagai ubat asma dan maslah jantung.Tapi berhati-hati ! Jika di ambil di dalam kuantiti yang banyak ia boleh mendatangkan bahaya kerana bertoksid.
Biji

  • Amat berkesan untuk mengubati masalah cacing perut.Jemur biji betik hingga kering lalu ditumbuk hingga halus.Ambil serbuk itu sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air sehingga tinggal kira-kira 75ml.Ia hendaklah diminum sekaligus 2 jam sebelum tidur.











Getah dan akar

  • Dikatakan mampu mengubati sakit saluran kencing,masalah cacing serta gigitan ular berbisa.Caranya gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram,bawang putih 1 gram dan 100ml air.Semua bahan hendaklah dipotong,dididihkan dengan air selama 15 minit,air boleh ditambah lagi hingga dapat air sringan sebanyak 75ml.Bahagikan kepada tiga bahagian iaitu 25 ml .Jadi sekali minum sebanyak 25ml.
Dipetik secara bebas dari Wanita Kini 2009



Hari nie cerita tentang buah betik aje.....nanti jika berkesempatan kita berbicara tentang bauh-buahan tropika yang lain pulak...bye...bye
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.