Pokok Terbesar dan Tertinggi Di Dunia

on Khamis, 28 Mei 2009


Pokok tertingi di dunia di catatkan di Tasmania Australia.Dengan ketingian melebihi 400 kaki pokok jenis Eucalyptus dan merupakan pokok kayu keras di Australia.Rujuk gambar kat atas








Bercerita tentang pokok...kat Malaysia pokok terbesar yang direkodkan tentulah pokok spesies Meranti Bukit di sempadan Trengganu dan Kelantan iaitu berlilitan sepanjang 14.3 meter setinggi 40 meter dan dianggarkan berusia 1000 tahun lebih....mak ooooiii...bernilainya pokok ini kepada khazanah hutan negara!







Kalau nak bercerita tentang pokok terbesar dan tertinggi di dunia... nama pokoknya Redwood General Sherman Tree.Terletak di Taman Negara Sequoia Carlifornia Amerika syarikat.Anggaran umurnya melebihi 2000 tahun dengan ketinggian melebihi 200 kaki!


Pokok ini memang merupakan kebanggan kepada National Park ini.











Via:Users.telene



















Sungai Terpanjang Di Dunia

on Jumaat, 22 Mei 2009


Sungai Nil melalui Mesir Via:Wikipedia

Ramai dah tahu agaknya..sungai terpanjang di dunia.Buat masa sekarang Sungai Amazon dan Sungai Nil merupakan antara sungai terpanjang di dunia.

Sungai terpanjang di Dunia.Sungai Nil.Melalui negara di Afrika seperti Ethiopia,Eritrea,Sudan,Uganda,Tanzania,Kenya,Rwanda,Burundi,Congo dan Mesir(kisah Nabi Musa dan Firaun....) Panjangnya kira-kira 6,650 km,mengalir hingga ke Laut Mediterranean.


Sungai Kedua Panjang D idunia,Sungai Amazon,melalui negara Brazil,Peru,Colombia,Bolivia,Ecuador, Venuzuela da Guyana (geng kaki bola mesti dok hafal nama negara-negara nie) hingga ke laut Atlantik dengan panjang kira-kira 6,400 km.


Sungai ke tiga panjang di dunia Yangzte( Chang Jiang ) di Cina dengan panjang kira-kira 6,300 km hingga ke Laut China Timur.

Sungai lain yang panjang selepasnya(ikut urutan )

Sungai Mississippi ( melalui Amerika Syarikat dan Mexico )

Sungai Yenesei ( melalui Russia dan Monggolia)

Sungai Huang He di China dan banyak sungai lagi....

Padi Dan Rumput Atas Bumbung?

on Isnin, 18 Mei 2009

Chigaco City Hall Via: Ecotechnology




Hari nie nak cerita bumbung hijau....dulu...dula la ada cadangan tanam pokok padi atas bumbung.Tapi tak jadi pulak....tak apa sekarang mari kita layan gambar-gambar nie.Bumbung Hijau merupakan satu konsep sustainable( lestari) city,menyejukkan keadaan dalam bangunan,dan secara tidak langsung dapat mencantikkan kawasan dan menyejukkan keadaan sekeliling.Banyak dah site dan blog yang cerita tentang bumbung hijau.Bayangkan jika banyak bangunan di KL ditanam dengan rumput dan sayur-sayuran.Bab tanam atas pokok nie mestiah guna teknologi untuk aliran air dan kekuatan menampung tanah dan tumbuhan di atas....tak yah la baca banyak-banyak mai tengok gambar nie.Ada banyak lagi tapi inilah antara yang terbaik...







Di Tokyo Jepun Via: PlanetPinkGreen





Di Sydney Australia Via wsud



Dewan Seni Dan Pameran Bonn GermanyVia: Telecom3






Universiti teknologi Nanyang Singapura Via:Inhabitat.com





Di Sweden Via Eco Geek



Via: Eco Geek

Memanusiakan Manusia....

on Ahad, 17 Mei 2009

Buat semua guru di Malaysia...Hijau Lestari ucapkan Selamat Hari Guru.Semoga terus tabah menghadapi tugasan dan bebanan kerja harian.Bagi orang luar yang tidak mengenali kerja sebagai seorang guru secara dekat,nampak semuanya sangat mudah dan senang....kata mereka guru banyak cuti...banyak berehat....namun begitu Hijau Lestari berpendapat tugas guru sangat mencabar sekarang.Dengan sistem masyarakat yang sebahagian besarnya sudah rosak...guru berhadapan dengan pelajar yang sangat terdedah dengan pelbagai maklumat serta pelbagai lapisan masyarakat yang rencam.


Bukanlah tugas mudah untuk menjadi seorang jurutera manusia.Buat guru di pedalaman Sabah,Sarawak,Pahang,Perak dan di Pulau-pulau terpencil...dan buat di Kuala Lumpur...jasa kalian sangat besar buat anak bangsa.Hanya Allah jualah yang mampu membalasnya.Amin...Terima kasih guruku.....terima kasih ibu dan ayahku(guruku yang pertama..)


Kata seorang kawan Hijau Lestari..di Membakut Sabah...aku bahagia melihat kemuncak banjaran Crocker.....aku bahagia melihat anak didik ku berjaya menjadi manusia.....buat semua Guru...Tahniah teruskan usaha kalian.Buat kawan Hijau Lestari...Minda Cikgu Pj....memang banyak maklumat dan nasihat berguna dari Cikgu keep blogging......

Survey Dapat Duit Percuma Dari Malaysia!

on Sabtu, 16 Mei 2009

Hijau Lestari sebenarnya dah buka ruang baru,iaitu ruang untuk tambah pendapatan,sebenarnya memang banyak cara nak cari duit secara online,namun banyak juga yang kecewa dan gagal,dulu ada kawan Hijau Lestari ajak join pay to read e mail...tapi tu semua mengarut.....tentang survey dapat duit memang banyak terutama dari oversea...tapi sayang kebanyakkan web pay for survey di jana oleh kasino judi..kan kita pun dapat bala dan dosa jugak....Tak pa sekarang dah ada web survey dari Malaysia di beri nama YouthSays.com.Nak cerita lanjut boleh dapatkan penerangan lanjut edisi Percuma untuk semua pembaca budiman...Cuma fokus YouthSays ini kepada golongan remaja,tapi yang bukan remaja pun boleh join.Nampaknya banyak juga manfaat sertai YouthSays ini antaranya di samping boleh buat duit percuma,anda boleh meningkatkan trafik ke blog atau web site anda...bagaimana mai la sertai komuniti besar YouthSays ini.

Saya....Bukan Manusia Tapi Hampir Macam Manusia

on Rabu, 13 Mei 2009


Hari nie lain sikit,HL (Hijau Lestari) nak cakap pasal Saya. Saya nie boleh bercakap malah ditugaskan mengajar kat sekolah rendah di Jepun.Saya di katakan boleh marah serta menjawab serta memberikan soalan lisan kepada para pelajarnya! Saya dikatakan akan mengajar di banyak buah sekolah rendah diJepun,nak tau sebabnya? sebabnya Jepun merupakan negara yang diistilahkan sebagai kurang penduduk dengan kadar kelahiran yang sangat rendah seperti negara maju yang lain.Tenaga kerja muda terutamanya nak jadi cikgu bukan mudah oooiii.Bab nie kena tanya Cikgu PJ,kawan baik HL la pulak...ok melalut pulak.... bab Saya tadi nie bukan hanya boleh mengajar tapi boleh buat muka senyum,muka sedih muka marah...muka puji....tapi tak boleh bermuka-muka...siapa Saya? Kajian selama 15 tahun menghasilkan Saya,siap dengan 18 motor tersembunyi kat belakang kulit muka....nampak sebijik macam real dari jauh...memang cun..Siapa Saya? Saya walau pun boleh mengajar tapi kalau budak-budak dia sedih...Saya memang tak tahu kenapa ye? Sebab Saya nie nama android rupanya.

Harga Minyak Naik Lagi?


Nampak bahan api,petroleum di negara kita akan naik.Ini berdasarkan kepada pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 pada 12 May 2009 yang dijual pada harga RM1.75 seliter.Jenis bahan api yan digunakan ialah RON92 dan minyak berkualiti tinggi RON97.Minyak RON97 ditawarkan pada harga RM 2 menjelang 1 Sept 2009 nanti.Menurut pihak berkuasa sebagai minyak berkualiti tinggi RON97 tidak dapat dikawal harganya kerana mengikut harga pasaran dunia.Minyak RON92 akan digantikan sepenuhnya dengan minyak petroleum RON95 secara berperingkat-peringkat.sebelum ini harga minyak RON92 dijual pada arga RM 1.70 seliter.

Nampak rakyat Malaysia perlu menggunakan kenderaan aternatif,contohnya maksud Hijau Lestari bila nak kedai yang dekat dengan rumah boleh lah naik basikal atau pun berjalan kaki aje.....jimat pun jimat,badan pun sihat.

Perak Oh Perak...

on Isnin, 11 Mei 2009


Lama tak menulis.....negeri perak memang menarik.....kalau nak cakap dari segi politik pun semakin panas,melibatkan perundangan dan perlembagaan.Tak pa..mari kita lihat tempat-tempat menarik di Perak.Kalau merancang nak bercuti di Perak boleh ke Perak Tourism.Banyak tempat menarik untuk dikunjungi.Lengkap dengan tempat penginapan serta pelbagai kemudahan tentang pelancongan di Perak.Tak payah cakap banyak lagi yob moh le kita ke Perak.....

Perangkap Sampah Di Sungai. Wajibkan!!!

on Isnin, 4 Mei 2009


Sungai Juru tercemar dengan sisa sampah.Sumber Juru.com




Perangkap sampah berkesan untuk mengumpulkan sampah.Sumber Juru.Com


Semua komuniti serta jawatan kuasa taman,kampung serta Pihak Berkuasa Tempatan sebenarnya perlu bersedia untuk menggunakan perangkap sampah bagi longkang dan saliran air sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.Seperti biasa sikap serta pandangan sebilangan besar orang awam sungai dan saliran adalah cara termudah untuk clear sampah di tangan.Emmmm... senangkan...campak aje dalam longkang...habis cerita. Perangkap sampah perlu diwajibkan bagi setiap kawasan,pembuangan sisa makanan terutamanya bekas makanan polistrine dan plastik sukar untuk dimusnahkan dan mengundang pencemaran terhadap sungai.



Sudahlah sungai semakin tenat dengan pencemaran pelbagai sisa kumbahan dan bahan buangan bertoksid...sampah menambahkan derita sungai dan saliran negara kita.Usaha komuniti Sungai Juru.com patut dipuji.Usaha mereka mempertahankan dan memulihkan sungai Juru di Pulau Pinang merupakan langkah terpuji dan patut disertai oleh semua pihak.Perangkap sampah mampu membersihkan sisa sampah dan mampu mencegah banjir kilat terutamanya di kawasan bandar yang salirannya sekadar menggunakan longkang kecil sahaja.Malahan sudah wujud sekarang perangkap mikro bagi bulu serta sisa organ ayam di pusat penyembelihan.Dengan kewujudan perangkap sampah ini akan mengurangkan pencemaran sungai di Malaysia.Memang ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan kebersihan sungai,namun ramai juga yang mengambil sikap 'tak apa' atau 'peduli apa'.Semoga usaha kecil ini dapat mengembalikan sungai di Malaysia.
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.