
Untuk download:
Link
Blog Mesra Alam Melihat,Menghayati,Menghargai Alam
Home » Archives for Jun 2009
Nukilan Hijau Lestari on Isnin, 29 Jun 2009

Nukilan Hijau Lestari on Ahad, 28 Jun 2009
Nukilan Hijau Lestari on Sabtu, 27 Jun 2009
Nukilan Hijau Lestari on Jumaat, 26 Jun 2009
Nukilan Hijau Lestari
KERAJAAN tidak bercadang mengharamkan penggunaan beg plastik walaupun pendekatan itu ada dijalankan di beberapa negara maju, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim, Ukin,
Beliau berkata, kementerian mengambil dua pendekatan iaitu menjalankan kempen mengurangkan penggunaannya dan mengitar semula beg plastik supaya tidak berakhir di tapak pelupusan sisa pepejal.
Menurutnya, dalam hal ini, peraturan bagi mengasingkan sisa pepejal boleh dikitar semula seperti plastik daripada sisa pepejal lain akan diwujudkan supaya plastik itu dapat dikutip untuk dikitar semula.
“Walaupun kerajaan boleh mengambil tindakan bagi menangani masalah ini, usaha itu tidak akan membuahkan hasil baik jika orang ramai membuang beg plastik di merata-rata dan mengurangkan penggunaan beg plastik yang disediakan kedai dan pasar raya,” katanya ketika menjawab soalan asal Teresa Koh Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat, semalam.
Nukilan Hijau Lestari

Nukilan Hijau Lestari on Rabu, 24 Jun 2009

Nukilan Hijau Lestari on Ahad, 21 Jun 2009
Amerika syarikat menggunakan jagung untuk industri biofuelnya
Nukilan Hijau Lestari on Sabtu, 20 Jun 2009

Bunga Refflesia yang dijumpai di Taman Negara Guning Gading Sarawak via SimoneNukilan Hijau Lestari on Khamis, 18 Jun 2009

Nukilan Hijau Lestari on Rabu, 17 Jun 2009

APAKAH JEREBU
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ni mungkin berasal semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikeI-partikel ini wujud berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca-Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada;
Pembakaran secara terbuka
Asap dari kilang
Asap dari kenderaan
Hindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagal panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU | STATUS |
| 0 – 50 | Baik |
| 51 – 100 | Sederhana |
| 101 – 200 | Tidak Sihat |
| 201 – 300 | Sangat Tidak Sihat |
| 301 – 500 | Berbahaya |
1. Kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda Dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau
sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Ku badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya unda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut:
Mereka yang mengalami penyakit penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
mereka yang didalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan diluar rumah.
Orang ramal dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100)
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Nukilan Hijau Lestari on Isnin, 15 Jun 2009

Nukilan Hijau Lestari on Rabu, 10 Jun 2009

Nukilan Hijau Lestari on Isnin, 1 Jun 2009
Kewujudan fito plakton menyumbangkan 90 % gas oksigen di atmosfrera dengan menyerap karbon dioksida!Dengan hutan yang semakin mengecil jumlahnya di seluruh dunia,fito plankton merupakan antara penyelamat bumi yang penting.Malahan jangan lupa juga rantaian makanan akuatik untuk kehidupan serta kelansungan hidup manusia yakni ikan juga bergantung kepada fitoplanktonHebatnya ciptaan Allah ......