Saham Bernas Dikuasai Oleh Syarikat Asing

on Khamis, 30 Julai 2009


Nampaknya kerajaan harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan semula kuasa serta pegangan beras negara.Sebagai bahan makanan asasi serta sumber makanan utama negara seharusnya pemilikan 33% saham BERNAS oleh Wang Tak Co Ltd dari Hong Kong tidak berlaku.Apa yang dibimbangkan penguasaan ini bertambah besar.Nantinya boleh menggugat harga serta kestabilan stok beras negara.Sudahlah kita bergantung kepada Vietnam dan Thailand untuk bekalan beras negara.Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan.Semoga ada usaha dari pihak berkuasa untuk
menanganinya
untuk bacaan lanjut..sila ke sini via: beras organik

Taman Negara paling Top Di Dunia Part 1

on Rabu, 29 Julai 2009

Agak lama Hijau Lestari menyepi...bukan ape cuma semakin sibuk dengan pelbagai tugasan.Mahu tidak mahu terpaksa juga dilaksanakan.Nampaknya bukan senang juga nak berblogging nie banyak karenahnya.....Hari nie nak cerita tentang taman negara.Kita santai sikit...bukan tentang Malaysia sahaja tetapi taman negara dari luar.Bukan Hijau Lestari tak nak buat review tentang Taman Negara kat sini tapi terasa ingin berkongsi dengan semua pembaca yang dikasihi dengan keindahan dan kebesaran milik Allah yang turut terdapat di negara lain,nanti jika berkesempatan kami akan review tentang taman negara dalam negara yang tidak kurang hebatnya.Apa ciri yag dipertimbangkan?...sudah tentunya melibatkan biodiversitinya sebagai kriteria utama,di samping tapak warisan dunia oleh UNESCO.Apa lagi...jom layan.....


Taman Negara Kruger Afrika selatan

Via:newsletter.com/kruger



Via:newsletter.com/kruger



Jika anda ingin melihat kepelbagaian spesies haiwan dari mamalia terbesar seperti gajah,predator yang mantap seperti singa dan ceetah serta lajunya larian sang rusa di sinilah tempatnya.Taman negara ini merupakan antara perjalanan safari yang mempersonakan dengan kaitan yang begitu rencam kehidupan haiwan liar yang terbentang indah yang turut menempatkan habitat mereka.Taman negara yang mempunyai hutan savana ini menjanjikan pengalaman yang memdebarkan kepada pengunjungnya.




Santuari Bersejarah Machu Picchu Peru


via:dckf

Terletak lebih kurang 70km dari bandar terhampir iaitu Cuzco.Santuari ini merupakan tempat tinggalan peninggalan kaum purna Incha Peru yang terkenal.Bangunan batu tinggalan kaum itu masih merupakan misteri kepada engkaji sejarah dan ekologi.Sejak ditemui pada tahun 1911,santuari ini telah dijadikan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO.Dengan keluasan melebihi 30 ribu ekar di sekelilingnya yang penuh dengan hutan hujan tropika membentuk kanopi santuari ini dipenuhi dengan pelbagai haiwan mamalia dan spesies burung yang unik.Dengan berkedudukan dibanjaran Andes santuari ini turut menjadi habitat haiwan seperti condor( seperti helang,dan pemakan daging) dan singa gunung.






Taman Negara Sagarmatha,Nepal.



perkampungan di sana via: wikipedia
harimau bintang salji

Lembah Hinku di Sagarmatha Park,memang cantik! via:summitpost

Merupakan Taman negara paling tinggi di dunia,kerana di sini juga terdapatnya Gunung Everest dan K2 yang terkenal.Dengan keluasan melebihi 1000km persegi kawasan ini di wartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.Taman negara ini mempunyai pelbagai habitat flora dan fauna yang menarik.Antaranya termasuklah harimau bintang salji,yark(macam kerbau tapi lebih besar dan liar) dan sebagainya.Kesimpulannya kawaan inimenjadi tempat bagi hidupan haiwan gunung.Dengan dikelilingi oleh kemuncak yang curam,kasap dan bersalji dan berglasier taman ini memang menjadi pilihan kepada golongan pendaki gunung.






Taman Negara Fiordland New Zealand.

Milf Sound,antara fiod tercantik di taman ini.

Taman ini merupakan taman negara terbesar di New Zealand dengan keluasan mencapai 3 juta ekar.terdiri daripada 14 fiod atau lembah glasier yang menghala ke laut menjadikan pemandangan di sini begitu cantik dan dramatik sekali.Malahan dengan keluasan ketara menjadikan kawasan ini pusat pelancongan dan habitat kepada pelbagai jenis haiwan.Malahan tidak dinafikan juga dengan keindahan alam sekitar di sini menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk pengambaran filem seperti Lord Of The Ring.




Taman Negara Galapagos,Equador.



Kura-kura gergasi via:mongabay.com




Marin Galapagos via:Galapagos Photo Gallery

Iguana Laut Via: Galapagos Photo Gallery

Pemandangan galapagos yang indah via: Galapagos Photo Gallery





Galapalos sebenarnya terbentuk akibat letusan gunung berapi dan hasil dari pembekuan magma.sejak sekian lamanya kepulauan ini menjadi habitat haiwan eksotik yang tidak akan ditemui di tempat lain.UNESCO sendiri telah menjadikan kepulauan ini sebagai tapak warisan dunia yang mesti dipelihara.Terdapat hampir 19 buah pulau termasuklah puluhan batu hasil magma yang membeku.Apa yang pasti Galapagos mempunyai flora dan fauna yang sangat unik dan menarik,seperti kura-kura gergasi,sesumpah atau iguana yang semestinya mencuri tumpuan para pengunjungnya.Malahan hidupan marin dan taman lautannya pasti mengamit kedatangan pelancong untuk ke sana.


Oklah...kalau ade masa nanti part 2 akan menyusul.

Gerhana Matahari Esok

on Selasa, 21 Julai 2009


Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

gerhana matahari via:achyar89



Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA


Hijau Lestari- maaf kepada semua pembaca kesibukan saya membataskan penulisan,nanti bila dah selesai kerja yang perlu diutamakan saya akan kembali semula.emmm esok gerhana matahari,semoga kita tak lepaskan peluang ini untuk melihat kebesaran Allah

Bom Bergerak di Jalan Raya Malaysia

on Sabtu, 11 Julai 2009


Kereta yang menggunakan NGV meletup diCheras tahun lalu di stesen petrol...namun pemandunya terselamat.


Semuanya bermula kerana kenaikan harga bahan api...petroleum di negara kita pada sejak tahun lepas lagi. Ramai pengguna terutamanya di kawasan bandar menggunakan bahan api alternatif seperti NGV atau gas asli. Malahan atas keinginan untuk lebih berjimat serta lebih untung,wujud banyak bengkel haram yang mengubah suai kenderaan menggunakan NGV tanpa tauliah.Menurut S/U Persatuan Pengguna Tenaga dan Air Malaysia (WECAM) kenderaan yang mengunakan NGV secara haram tanpa bengkel yang bertaulaih serta sah ibarat peluru berpandu dengan bom di jalan raya.Namapaknya sikap sekali lagi menyebabkan rakyat malaysia terdedah kepada bahaya.Mungkin ada yang berkata apalah salahnya....tidak salah jika tidak berbahaya..tapi jika meletup bagaimana pulak????

Waktu Tempatan dan Bandar Greenwich London

on Khamis, 9 Julai 2009


Lama tak menulis....berkenalan dengan bandar Greenwich...bandar nie bagi pelajar geografi memang penting...sebab untuk pengiraan waktu tempatan di negara lain.Ahli geografi menjadikan garisan bujur untuk asas pengiraan waktu tempatan antara 2 tempat yang berlainan di dunia.Macam nie... bagi peminat bola..kalau siaran langsung luar negara contohnya seperti EPL mungkin pada awal pagi macam pukul 1 atau 2 pagi...tetapi di London sebagai contohnya mungkin pada awal malam atau petang.Ini kerana perbezaan garisan bujur yang dikira sebagai 15 darjah mewakili 1 jam....jadi jika anda tinggal disebelah barat seperti di London waktu anda akan terkebelakang...sementara jika anda tinggal di sebelah timur,contohnya di Tokyo...waktu anda akan terkehadapan...matahari juga keluar di sebelah timur...Jadi tidak hairan jika cahaya matahari muncul di Jepun pada pukul 5 pagi.....yang mana waktu itu kita di Malaysia sebenarnya masih tidur lagi....



Kedudukan Garisan Bujur,Garisan Grenwich yang melalui Bandar Greenwich




Jadi garisan bujur Garisan Greenwich yang bernilai 0 darjah sebenarnya menjadi asas kepada pengiraan waktu tempatan di tempat lain di seluruh dunia. Greenwich dijadikan nama rasmi bagi garisan bujur Meridian Pangkal atau Garisan Greenwich Meridian bernilai 0 darjah.Bandar Greenwich terletak kira-kira 6 batu dari bandar London merupakan bandar bersejarah serta menjadi kebanggaan warganya.Malahan kewujudanRoyal Greenwich Observatory atau Pemantauan Greenwich di bina kerana bandar ini membolehkan perbezaan waktu tempatan antara 2 tempat di dunia dapat dikira.Kewujudan Pusat pemantauan ini pada asalnya dibina pada tahun 1675 untuk mengkaji bintang dan juga kedudukan garisan bujur.



Pemandangan bandar Greenwich via: nmm.ac.uk



Bandar ini juga merupakan bandar yang diisytiharkan sebagai Tapak warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997 kerana keindahan senibina arkitek,keindahan taman serta keindahan bandarnya yang turut berhampiran dengan Sungai Thames yang terkenal

Komuniti Jaga Air Terjun,Waterfall Survivors Facebook

on Sabtu, 4 Julai 2009




Mungkin agak terlambat...tetapi tidak terlalu lambat......Air terjun merupakan antara keindahan alam yang merupakan antara kawasan hulu sungai.Dengan sifatnya yang mengalir air yang kuat serta kawasan berbatu,biasanya kawasan agak tinggi,air terjun merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular untuk dilawati oleh penduduk tempatan atau pun luar negara.Namun sebagai mana biasa,kawasan air terjun juga dijadikan sebagai kawasan untuk membuang sampah...emmm biasalah mentaliti kelas ketiga memang gitu.....sisa makanan,bekas makanan ,plastik,botol merupakan antara sampah yang paling banyak di jumpai di kawasan air terjun.Menyedari hal itu maka kewujudan satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Waterfall survivors sangat dihargai,.Mereka merupakan satu badan bebas yang boleh diserta secara percuma..tak ade bayaran apa-apa.

Diasaskan oleh Sdri Joe Yap Wei Lea,kumpulan ini sudah bergerak sejak 2008 menggunakan Facebook sebagai medium kumpulan mereka.Setakat ini dengan ahli melebihi 1000 orang WaterFall Survivors sudah bergerak ke 60 lokasi air terjun sekitar Malaysia dengan membawa turun bertan sampah dari kawasan air terjun tersebut.Semoga usaha mereka ini berterusan serta mendapat sokongan semua.Walaupun nampaknya seperti kecil sahaja,usaha ini merupakan usaha untuk membentuk alam sekitar yang lebih bersih dan selamat

Fakta Sains Menakjubkan

on Jumaat, 3 Julai 2009

Fakta bukan auta....

  • Seekor kambing biri-biri boleh membekalkan bulu yang mencukupi untuk membuat 14 baju sejuk



  • Matahari kehilangan satu bilion kg setiap saat kerana angin solar yang bertiup kencang ke arah permukaannya.
  • Badan obor-obor terdiri daripada 95% air.Mereka tidak mempunyai hati tulang atau otak,begitu juga mata yang sebenar

  • Jika semua saluran darah di dalam badan manusia dewasa direntangkan,panjangnya boleh menjangkau sehingga 160,000 km iaitu kira-kira empat kali pusingan bumi.

  • Belalai gajah mempunyai peranan seperti hidung dan bibir atas manusia.Bagaimana pun belalai itu boleh membawa barangan seberat 270kg dan mampu menyimpan air sehingga 4 liter air.

  • Setiap pelangi adalah unik.Ini kerana pelangi yang terbentuk dari cahaya yang memasuki mata kita dengan sudut yang tepat.Seseorang yang berdiri di sebelah anda akan dapat melihat warna pelangi yang berbeza dengan anda disebabkan faktor sudut tersebut.

Hijau Lestari- lama tak menulis...sibuk sekarang banyak kerja yang perlu dibereskan...keep reading my fellow readers....
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.