Persediaan untuk pulang ke kampung ... JIMAT MINYAK

on Ahad, 30 Ogos 2009




Salam Ramadan buat semua...dah agak lama Hijau Lestari tak menulis...hari nie nak cerita tentang bab jimat minyak .Hijua Lestari dapat dari link nie.Ternyata tip untuk perjalanan balik ke kampung memang bagus dan sesuai untuk tatapan pembaca....keep reading guys...
oh ye..satu lagi links sebenarnya di ambil dari sini.Hijau Lestari bukan nak berniaga ye(nie bukan link Hijau Lestari)....tetapi orang kata i charge nie memang bagus...kawan Hijau Lestari yang drive jauh ke tempat kerja tentu berminat dengan i charge nie...



Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!

Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.

Semasa hidupkan enjin

• Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.

Memandu sambil memanaskan kereta

Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.

Semasa isikan minyak

Jangan bertindak keterlaluan
Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.

Dalam perjalanan

Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.

Elakkan memecut!

Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.

Perintang

Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.

Elakkan kerap menekan brek

Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.

Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol

Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik

Tawaran Terhebat

on Khamis, 20 Ogos 2009


Ahlan Wasahlan.....Alhamdulillah....semoga kita sempat berada di dalam Bulan Ramadan bulan penuh dengan kerahmatan dan keampunan.Rebutlah tawaran terhebat ini sebelum terlambat.Apa pun Hijau Lestari mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak...... kepada semua pembaca yang budiman....jangan lupa masukkan nama anda disebelah untuk membaca posting terbaru hijau lestari terus ke e mail anda.

Kurangkan Penggunaan Botol Plastik

on Selasa, 18 Ogos 2009



Botol plastik terbahagi kepada 2 jenis iaitu

1.Boleh digunakan semula( jenis polikarbonat)

2.Tidak boleh digunakan semula seperti botol air mineral biasa( jenis polyethylene terephthalate)

Secara umumnya air ang terdapat di dalm botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang belum dimasak.ini kerana kandungan air di dalam botol tersebut belum dibuka.air juga lebih mudah dibawa dalam botol plastik kerana ianya ringan,tahan panas serta tidak mudah pecah,lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih.

Air dalam botol yang terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral,air osmosis berbalik,air suling,jus dan minuman berkarbonat.Walaupun botol plastik mempunyai kelebihannya,namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan.Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar dan kesihatan ialah:



1.Peningkatan Jumlah Sampah.

Kebanyakkan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya botol yang mempunyai label no 1 tertera di awah botol tersebut.Dalam pada itu setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari,iaitu sekitar 4 botol (500ml) air.Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh botol plastik yang akan terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air di dalam botol plastik.Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara ita masih rendah(hanya dalam lingkungan 3% ) dan botol plastik tidak dapat dibiodegradasikan.




2.Pembaziran Air

Proses penulenan air yang komplek dan panjang juga kehilangan akibat penyejatan (evaporation loss) yang berlaku di semasa pengilangan air dalam botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan satu botol air terproses.Di samping itu,agen pencuci digunakan untuk memprosesan botol ini boleh mencemarkan sumber air seperti sungai dan tasik.




3.Pengurang sumber Tabung(yang tidak boleh diperbaharui)

Penghasilan botol plastik menggunakan bahan daripada petroleum,iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui.Di anggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syariat sahaja untuk menghasilkan botol air plastik sahaja.Sumber ini semakin berkurangan dengan bertambahnya penghasilan botol plastik bagi menampung permintaan pasaran yang terus meningkat.




4.Risiko Kesihatan

Menurut kajian baru pada September 2008 oleh Journal of American Medical Associations dan juga laporan terkini(November 2008) dari Program Toksilogi Negara(Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat),botol plastik menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawa risiko kesihatan,lebih-lebih lagi kesihatan kanak-kanak.Penggunaan yang kasar seperti pendedahan yang lama kepada persekitaran yang panas,mencuci dengan pencuci yang kuat,atau mengisi air yang panas boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan kimia ini mencemari air di dalam botol. BPA memberikan kesan yang sama seperti hormon estrogen.Pengumpulannya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak,sistem kesuburan dan fungsi lain di dalam badan.




Penyelesaian.

Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yang telah digunakan ke pusat kitar semula.Ini dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang dibuang di pusat pelupusan sampah,akan tetapi pastikan botol yang digunakan tidak mengandungi BPA.Botol plastik yang mempunyai BPA selalunya mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol tersebut.namun ini tidak bermakna semua botol plastik yang mempunyai no 7 mengandungi BPA,kerana no 7 bermakna juga lain-lain jenis plastik.

Sebagai piliha lain kepada botol plastik gunakan botol kaca atau botol yang dibuat dari besi yang tahan karat.Pastikan juga anda sentiasa mencuci cawan atau botol ini dengan air yang bersih serta dikeringkan,ini kerana botol yang mengandungi air lebih mudah terdedah kepada kuman dan bakteria

Buletin Pengguna Feb 2009

H1N1 Bikin Panik Malaysia-Update Terkini

on Isnin, 3 Ogos 2009


Sebelum ini Hijau lestari sudah menulis tentannya,pada ketika itu masih peringkat awal lagi,kat sini.Pada peringkat itu pun WHO sudah menyatakan bahawa wabak ini sudah sampai pada tahap amaran 4(sekarang loceng amaran sudah lama dibunyikan dengan who meletakkan amaran tahap 6,paling tinggi terhadap H1N1),boleh menjadi wabak yang sangat berisiko tinggi,nah hari ini amaran itu sudah sampai di Malaysia,kematian sudah berlaku,malahan premis pengajian seperti sekolah,pusat pengajian tinggi seperti universiti,maktab,politeknik dan sebagainya terpaksa mengarahkan pelajarnya pulang bercuti,dikuarantin,ditutup sementara dan sebagainya.Semoga diharapkan juga peperiksaan awam seperti PMR,SPM dan STPM tidak ditangguhkan akibat gejala ini

Kenyataan dari Presiden Persatuan Perubatan Malaysia memetik kenyataan dari Tee Ah Sian,pengarah penyakit Berjangkit WHO(pertubuhan Kesihatan Sedunia)...minggu lepas.......

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.
Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia

Bagaimana sekarang? Mampukah kita menanganinya?,Hijau Lestari dimaklumkan bahawa penawar virus ini belum ditemui.Paniknya masyarakat dunia seharusnya menyedarkan masyarakat Malaysia,setakat ini jumlah kematian sudah mencapai 7 orang dengan 1446 kes.Di UK dilaporkan kanak-kanak yang menggunakan ubat anti virus seperti 'Tamiflu' mengalami kesan sampingan seperti sukar untuk tidur,loya serta mengalami mimpi yang buruk.(Khabarnya juga ubatan ini sudah berkurangan di Malaysia dan sedang dipesan...maknanya kes H1N1 semakin serius di Malaysia

Kita di Malaysia sudah semestinya mengambil langkah berjaga-jaga,di tempat awam janganlah malu memakai mask atau topeng,topeng yang sudah digunakan,tolonglah buang,pakai yang baru....tak mahal pun...kalau beli banyak apa salahnya.Basuhlah tangan dengan bersih,cermat serta betul.

Jangan bawa anak kecil anda ke tempat awam seperti shopping center atau pusat membeli belah,berhati-hati dengan makanan yang terdedah juga. Apa yang pasti wabak ini yang boleh berjangkit begitu mudah melalui cecair dari tubuh pesakit atau membawa H1N1,seperti selsema,sentuhan atau di mana sahaja cecair yang ditinggalkan oleh pesakit,

Bawalah keluarga ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut jika mengalami demam selsema...kenapa kita takut ke hospital,mungkin kita boleh ke klinik tetapi kes ini tidak boleh dipandang ringan

Nasihat Hijau lestari...mencegah itu lebih baik dari mengubati...nampaknya juga ia merupan peringatan Allah kepada manusia bahawa,manusia tidaklah sehebat mana pun.....marilah kita berusaha dan berdoa agar dijauhi dari H1N1...

Untuk Maklumat lanjut dan lengkap sila layari Web Rasmi H1N1 Kem Kesihatan ini.

Kematian terkini sebanyak 67 orang! setakat 18 ogos 2009 .Satu jumlah yang tinggi,pada pendapat Hijau lestari sepatutnya usaha mencegah penyakit ini sepatutnya bermula sejak dari peringkat awal lagi.Kini penyakit ini sudah menjadi wabak ..untuk mengawalnya entahlah... mungkinkah usaha kerajaan
akan berkesan untuk mengawal penyakit ini.Soalan Hijau Lestari memang premis awam seperti sekolah dan pusat pengajian tinggi dipantau...tetapi bagaimana dengan premis yang lain,seperti pusat membeli belah dan lapangan terbang sendiri? Sekolah sendiri sebagai contohnya adakah cukup sekadar menghantar pelajar yang disyaki H1N1 ke hospital,bagaimana dengan pelajar lain yang mungkin mempunyai tanda-tanda awal? pelbagai persoalan mendedahkan selama ini penyakit ini dipandang ringan pada peringkat awalnya



Berita H1N1

Influenza A H1N1 pada peringkat awal di Malaysia

Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1

82 sekolah ditutup di Melaka(paling tinggi di Malaysia)




 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.