KISAH BAHAN API NEGARA.... Kenaikan harga bahan api yakni petroleum di negara kita sudah pun ditulis oleh Hijau Lestari sebelum ini di
sini. Cumanya apa yang dikesali ialah pengumuman pihak kerajaan bahawa minyak jenis RON 95 akan dijual kepada harga RM 1.75 menjelang 1 sept 2009. Namun dengan pengumuman terbaru ini minyak RON 95 di jual pula pada RM 1.80 se liter.Kita bukan mempertikaikan pihak kerajaan ,cumanya harga minyak yang diumumkan itu apa salahnya diumumkan terus pada harga RM 1.80 seliter bagi RON 95,mengapa mesti memberi pengumuman yang mengelirukan pengguna.
Senarai harga baru minyak:
Ron 95/liter
Dulu - Rm1.75
Sekarang - Rm1.80
Ron 97/liter
Dulu - Rm1.80
Sekarang - Rm2.00.
Walau pun RON 95 dijual dengan harga asal RON 97,pada pendapat Hijau Lestari,kita perlu mengambil kira rakyat teramai terutamanya golongan berpendapatan rendah.Ini kerana ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan purata RM 1000 hingga RM 2500.Keadaan akan semakin sukar dengan barang keperluan lain yang turut akan meningkat pastinya.Semoga ada cadangan lain dari pihak kerajaan untuk mengimbangi situasi ini sepertinya harga TOL,bahan api alternatif yang syorkan secara rasmi dan sebagainya.Penggunaan biodiesel negara sebagi contohnya perlu diperluaskan.Apa kata kalau PROTON atau PERODUA dapat mengeluarkan kereta hybrid dan dijuall dengan harga yang munasabah?Mungkin pembaca sekelian ada cara tersendiri untuk berjimat minyak.
GULA...OH...GULA

Masalah kekurangan gula di pasaran juga agak membimbangkan.Kita berharap bahawa pihak yang berkenaan dapat memikirkan alternatif terbaik di dalam menangani masalah kekurangan gula.Kita melihat bahawa dengan kedatangan Ramadan dan Hari Lebaran nantinya masalah ini akan semakin kritikal jika tidak di atasi.Rakan Hijau Lestari di Kamunting Taiping memberi tahu gula sekarang hanya dijual di depan kaunter dan di letakkan di bawah kaunter serta di hadkan sebanyak 2 kg untuk seorang pembeli. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) mesti memantau perkara ini dengan tegas serta berjaya menghentikan penyeludupan gula ke negara jiran.Alasan pembelian berulang pada Hijau Lestari kurang relevan,kerana gula merupakan keperluan rakyat Malaysia yang sememangnya pengguna gula yang agak tinggi di dunia.Semoga pemantauan dan kerjasama dari semua pihak dapat dilaksanakan untuk menangani masalah bekalan gula dalam negara.
BERAS.....

Bagaimana dengan bekalan beras negara,dulu Hijau Lestari pun ada posting gak tentang nie di sini dan sini. Hijau Lestari tersentuh apabila membaca bahawa kementerian yang berkenaan tidak mempunyai program kecemasan stok beras negara rujuk di sini(maaflah Hijau lestari bukan nak berpolitik tetapi sekadar berkongsi maklumat yang dirasakan perlu di sini) ,seandainya beras negara kritikal bekalannya.Jika ini berlaku maka rakyat Malaysia akan merana dengan kenaikan harga beras yang melampung tinggi.Kita berharap kerajaan akan dapat merangka rancangan untuk menjaga stok beras negara dan mengambil alih semula saham beras negara yang sudah dikuasai oleh negara lain.