Bawang Putih Sebagai Penawar

on Ahad, 18 Oktober 2009



Bawang putih(Allium sativum) merupakan tumbuhan yang dikenali ramai kerana keberkesanannya dalam merwat pelbagai jenis penyakit.Ia tergolong di dalam keluarga Liliaceae dan satu kumpulan yang sama dengan bawang merah.Berdasarkan pelbagai kajian bawang putih boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang kronik antaranya:


Tekanan Darah Tinggi

Bawang putih berpotensi untuk merawat tekanan darah tinggi.Bahan aktifnya,Allicin berupaya meregangkan saluran darah yang berada di bawah tekanan tinggi dan ini juga akan mencegah kerosakan saluran darah yang lain.Allicin juga boleh menurunkan penggumpalan platlet darah,justeru menurunkan risiko trombosis(pembekuan darah dalam saluran darah) yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.


Masalah Pernafasan

Bawang putih dikenali sebagai ramuan tradisional yang selamat dan berkesan di dalam merawat lelah,bronkitis(radang paru-paru) dan masalah pernafasan yang lain.Kandungan eter dalam bawang putih adalah sangat tinggi hingga boleh melarutkan mukus dalam sinus,salur bronkial dan paru-paru.Tambahan pula,bawang putih merupakan antiseptik dan pembunuh kuman yang berkesan.



Kencing Manis

Untuk penyakit kencing manis,bawang putih mengandungi zat tertentu,yang terbukti meningkatkan metabolisme karbihidrat/gula.Bawang putih juga kaya dengan kalium,iaitu sebanyak 530mg bagi setiap 100gm.Seseorang yang mendapat kencing manis akan mempunyai asid yang berlebihan (asidosis),asidosis akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga pesakit tidak sedarkan diri sehingga koma.Selain dari kalium,bawang putih juga kaya dengan zink,mangan dan sulfur dan kesemua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.



Permasalahan Wanita

Golongan wanita serng mengahadapi keadaan sedih,kemurungan,sakit kepala dan loya yang biasanya disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan kedatangan haid.Keadaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang menganduni bawang putih kerana ia meransang pengeluaran haid.Bawang putih juga merupakan penawar kepada masalah metritis (radang uterus) yang terjadi akibat kekejangan yang disebabkan oleh ketegangan otot sewaktu kedatangan haid.Bawang putih juga mengandungi faktor pengalak (thiamin) di dapati boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.



Tahap Kolestrol


Bwang putih juga berfungsi untk mengurangkan kolestrol dalam badan.Ini disebabkan kandungan sebatian fitokimia dalam bawang putih yang boleh mengurangkan kolestrol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisasi tubuh.



Secara amnya bawang putih merupakan makanan yang dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna yang mempunyai pelbagai fungsi terapeutik.Ia bukan sahaja amuan dalam masakan.Ia bukan sahaja rauman dalam masakantetapi juga bertindak dalam merawat penyakit.


Sumber.Buletin Pengguna Feb 2009

Kepentingan Ilmu Geografi

on Rabu, 14 Oktober 2009

Geografi di dalam bahasa mudahnya ialah pengetahuan tentang alam.Sejak sekian lamanya disiplin geografi mewarnai atau merentasi disiplin ilmu yang lain.Untuk pengetahuan pembaca sekelian geografi bukan sekadar ilmu yang dipelajari di sekolah menengah seperti bentuk muka bumi sahaja tetapi geografi sebenarnya merupakan ilmu tentang alam yang sangat luas serta bermanfaat untuk manusia memahami bahawa bumi ini merupakan anugerah dari Allah yang paling bernilai dan perlu diuruskan dengan sempurna.Geografi melalui perubahan zaman dari pelbagai fahaman geografi yang dicipta oleh ahli geografi dari barat.Tidak ketinggalan juga ahli geografi Islam yang sebenarnya turut menyumbang kepada perkembangan ilmu geografi seperti Ibnu Batutta yang merupakan seorang pengembara yang terkenal yang mencatatkan pelbagai peristiwa dan bentuk muka bumi sepanjang pemgembaraannya.

Kini pada asasnya geografi terbahagi 2 iaitu geografi fizikal dan juga geografi kemanusiaan.Cakupan disiplinnya sangat meluas meliputi kebanyakn aspek kehidupan manusia.Sejak di bangku sekolah lagi para pelajar sudah diterapkan tentang pelbagai aspek kehidupan dan pengetahuan asas tentang negaranya.Pelajar bukan hanya mempelajari peta tetapi juga meliputi iklim,bentuk muka bumi,dan flora dan pengangkutan perhubungan,aktiviti ekonomi serta pengetahuan tentang flora dan fauna.Cumanya yang menjadi rungutan anak-anak ini ialah kaedah pembelajaran subjek geografi itu sendiri,dan timbulnya persepsi bahawa geografi merupakan subjek yang sukar untuk dikuasai kerana terlalu luas sukatannya.Betulkah begitu? Bagi guru geografi sendiri perkara itu sebenarnya ada benar dan tidaknya.Benar bagi pelajar yang gagal menguasai konsep asas kemahiran geografi serta mungkin kaedah pembelajaran yang membosankan. Di dalam tidak jawapannya jika subjek geografi dipersembahkan kepada pelajar di dalam keadaan yang menarik seperti penggunaan ICT dan bahan multi media yang lain.Pada pendapat Hijau Lestari sendiri,geografi semakin menjadi subjek yang membosankan bila segalanya berorientasikan exam.Belajar geografi untuk lulus sahaja…lepas itu tinggallah segalanya.Pendekatan ini perlu diubah,geografi mesti diangkat menjadi subjek teras.Satu subjek yang sangat penting,bukan mengenepikan subjek lain tetapi pemahaman yang jelas tentang peranan kita sebagi khalifah di muka bumi ini mampu mengurangkan pelbagai fenomena alam yang sedang memusnahkan bumi sedikit-demi sedikit! Lihat sahaja fenomena pulau haba Bandar,pemanasan global,pemanasan mikro,kemarau,banjir,pencemaran udara,air dan bunyi,penipisan lapisan ozon dan pelbagai gejala lain yang mengancam kehidupan manusia.Dengan ilmu geografi yang mendalam bersepadu bersama akhlak yang terpuji kegiatan yang merosakan alam sekitar ini dapat dikurangkan.Mungkin ada beranggapan bahawa Hijau Lestari menulis sekadar dari sudut pandangan mudah seolah-olah hanya geografi sahaja yang mampu menyelamatkan bumi….bukan begitu maksudnya,maksudnya ilmu geografi sebagai pencetus kesedaran yang tinggi dikalangan para pelajar untuk mewarisi dunia untuk genarasi yang akan datang.Geografi bukan sahaja perlu diiktiraf sebagai disiplin ilmu yang tinggi sebaliknya perlu diterapkan kepada keseluruhan masyarakat.Ingat kah kita pada Kempen Kitar semula? Berapa ramai yang sudah menjayakannya? Berapa ramai pula diantara kita yang prihatin dengan warna tong sampah yang disediakan? Di laporkan bahawa hanya 20% sahaja rakyat Malaysia yang prihatin dengan kempen kitar semula.

Konsep adil dan amanah penting di sini.Bumi bertuah ini akan diwariskan kepada generasi akan datang .Generasi akan datang pastinya mewarisi bumi ini,bukan sekadar mewarisi secara fizikalnya tetapi juga secara akhlak serta minda dan jiwa yang sepatutnya terpimpin kepada Iman dan takwa kapada Allah.Ilmu yang kita warisi terutamanya ilmu geografi adalah manifestasi kebesaran dan keagungan Allah.Kesepaduan serta kesempurnaan perjalanan segala kehidupan di bumi membolehkan manusia dan makhluk lain hidup dengan keadaan yang sepatutnya.Apabila keadaan tidak lagi stabil maka manusia perlu kembali semula kepada perturan yang diciptakan Allah.Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Perjalanan dan aturan sistem bumi sebagai contohnya sangat teratur dan sempurna.Cahaya matahari yang mengandungi ultra unggu(UV) yang berbahaya itu,di tapis dengan sempurna oleh lapisan ozon,sehingga peratus UV yang sampai ke bumi sesuai untuk proses fotosentesis.Proses fotosentesis yang berlaku sangat penting kerana ianya merupakan rantaian makanan yang paling asas. Sikap serta kerakusan manusia yang mengubahnya.Lapisan ozon yang semakin menipis menyebabkan manusia terdedah kepada bahaya UV seperti kanser dan kemusnahan tumbuhan itu sendiri.Itu baru sedikit dari contoh,membuktikan ilmu geografi sangat penting diterapkan di dalam kehidupan manusia.

Percayalah dengan sikap tamak serta keangkuhan manusia akan memusnah diri mereka sendiri.Di negara kita sendiri runtuhnya tanah di Bukit Antarabangsa merupakan antara bukti yang jelas apabila manusia cuba mengubah atau juga menyesuaikan diri dengan bentuk muka melalui pembinaan seperti jalan raya serta rumah.Sayangnya pembinaan itu sendiri tidak merujuk kepada hakikat bahawa pemahaman yang jelas dengan peringatan ayat dari Allah di atas.Keuntungan menjadi keutamaan sehingga mengabaikan faktor lain.Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua.Percaya atau tidak anak-anak kecil kita sejak awal usianya seperti 5 ke atas apabila melukis,lukisan serangga,haiwan,pokok menjadi pilihan mereka .Minda mereka sudah terisi dengan pengetahuan asas tentang alam.Menjadi tugas kita untuk menerapkan kepada mereka bahawa alam ini perlu dipelihara dengan baik.Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka,cebisan sampah ,jika tiada tong sampah yang berhampiran sepatutnya di simpan sementara sehingga tong sampah dijumpai.Susah ke?,jika susah anda sudah gagal sebenarnya.

Pada Pendapat Hijau Lestari subjek Geografi perlu diangkat sebagai subjek Teras bagi sekolah menengah dan perlu diperkenalkan di sekolah rendah,serta menjadi subjek atau paper asas bagi semua subjek di universiti. Mungkin keterlaluan kata orang lain,tetapi dengan pelbagai fenomena alam yang melanda sekarang,sikap serta kecuaian manusia di tambah dengan sikap tamak menyebabkan kita menerima padahnya. Sepatutnya minda sayangkan alam sekitar terisi bukan hanya kepada pelajar sekolah,tetapi juga pembuat dasar,penggubal undang-undang,ahli perniagaan serta pihak berkepentingan yang sentiasa berhubung dengan alam sekitar.Jika semua pihak akur dengan peraturan dan sayang kepada alam sekitar serta mengambil ayat suci dari Allah sebagai pemudah cara dan pembimbing yang terbaik,segalanya akan menjadi lebih baik.

Plat Tektonik dan Lingkaran Api Pasifik

on Selasa, 6 Oktober 2009


via:cbsnews


Sejak sekian lamanya sejak fahaman geografi berkembang,manusia sentiasa berinteraksi dengan alam.Malahan displin ilmu geografi berkembang pesat.Manusia terus mengkaji bumi dan hidupannya yang merupakan anugerah dari Allah buat hambaNya.Ternyata pengetahuan tentang alam atau geografi itu sendiri sepatutnya menjadi kekuatan kepada manusia untuk mendekati alam ini dengan lebih baik.Sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur kerana negara ini di kategorikan sebagai negara yang bebas dari gunung berapi dan gempa bumi.Dengan kedudukan Malaysia yang berada di luar Lingkaran Api Pasifik,Malaysia bebas dari sebarang ancaman gerakan plat tektonik yang sentiasa tidak stabil itu.Lingkaran Api Pasifik merujuk kepada taburan gunung berapi yang muncul akibat berlakunya pergerakan plat.Hijau Lestari pernah menulis tentangnya di sini Pergerakan plat( kerak bumi) bukan hanya terdapat di daratan ,malahan di lautan juga.Gempa bumi yang berlaku di negara jiran kita Indonesia merupakan ancaman pergerakan plat tektonik yang di luar kawalan manusia.Indonesia sendiri yang merupakan negara kepulauan( di katakan anggaran 77 buah ribu pulau ,besar dan kecil) merupakan kawasan aktif gunung berapi dan gempa bumi.

Kedudukannya di sempadan antara 2 plat tektonik menyebabkan risiko besar untuk berlaku gempa dan juga gunung berapi.Di sini juga terdapatnya gunung berapai Krakatau yang terkenal itu,terkenal bukan apa,tetapi terkenal kerana pernah meletus dengan dashyatnya pada tahun 1883,bunyi letupan gunung itu kedengaran hingga ke Perth Australia,memuntah larva serta debu dan batuan yang hebat.Malahan tsunami dengan kekuatan 7.9 skla richter juga berlaku di sini.Apa pun semoga menjadi pengajaran kepada semua penduduk Malaysia,bahawa plat tektonik ini boleh berlaku di Malaysia dengan kehendakNya,bukannya meminta,tetapi sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur serta bermuhasabah dengan diri tentang kekuatan dan kekurangan yang ada.Semoga rakyat Indonesia di Sumatera dapat meneruskan kehidupan.....
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.