AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT JINGGA)
Dikeluarkan pada: 8.00 pagi 18/11/2009
Dikeluarkan pada: 5.30 pagi 18/11/2009
Nasihat Peringkat Kuning dikeluarkan pada 1.45 petang 15/11/2009 ditingkatkan kepada Amaran Peringkat Jingga dimana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di Perak Utara (Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut dan Matang dan Kerian), Kedah dan Perlis dijangka berterusan sehingga Khamis, 19 November 2009.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.
NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini pada: 8.00 pagi 18/11/2009
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa di semua daerah di Kelantan dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan hingga Selasa, 24 November 2009.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.
sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia






























