Sudah lama hijau lestari tidak menulis...bukan apa bercuti..malahan menggunakan talian internet di rumah sahaja......tak ade broadband..nanti ada juga gerak hati nak guna broadband..tengaoklah dulu.Hijau Lestari pulang ke Pantai Timur...Kemaman Trengganu...namun waktu itu gelombang banjir tahap kedua semakin reda...kini banjir dan amaran hujan lebat kembali semula.Persidangan Perubahan Iklim Global( Global Climate Change Conference) di Copenhagen Denmark turut disertai oleh dunia.Hijau Lestari berpendapat negara-negara barat yang maju seperti Amerika syarikat perlu ikhlas di dalam bersama-sama menjaga bumi ini.USA adalah penyumbang utama kepada gas rumah hijau iaitu gas karbon dioksida di dunia.mereka berdolak dalih dan enggan menandatangani Protokol Kyoto yang sebelum ini bertujuan untuk komitmen yang sama.Kominten negara yang membangun pula dituntut sepaya lebih bertanggungjawab..ironinya sejak abad ke 19 negara-negara barat bersama revolusi perindustriannya telah lama meyumbang kepada pencemaran bumi.
Percayalah bumi semakin menderita kini,isu pemanasan global menjadi ancaman utama.perubahan ketara berlaku diseluruh dunia dari pencairan ais serta semakin kurangnya fros dan glasier kikutub sehingga kepada perubahan tabiat haiwan dan juga pelbagai fenomena alam yang tak henti melanda bumi secara luar biasa seperti tsunami di Acheh,banjir besar di Johor ,Taufan Katrina yang membinasakan keegoan USA.Semoga kita sebagai warga bumi teruslah berusaha menjaga alam sekitar dengan cara tersendiri..biar pun nampak kecil..kita sudah berbakti kepada bumi Allah ini sebenarnya