Haiwan Unik- Siamang

on Sabtu, 7 Ogos 2010

Siamang Malaysia merupakan seekor haiwan mamalia.Merupakan haiwan yang menarik kerana habitatnya di dalam hutan tropika yang tebal .Merupakan haiwan yang suka menjerit...bagi yang biasa meredah belantara sudah pasti akan dengar suara siamang pada awal pagi.Mari kita kaji tentang siamang nie.


  1. Merupakan sejenis mamalia,berbulu ,berdarah panas serta beranak.
  2. Kajian tentang Siamang bermula sejak tahun 1960 an oleh David J Chivers dari Universiti Cambridge.
  3. Merupakan haiwan berbulu hitam,gelap,bertangan panjang(melebihi kaki) serta tidak berekor
  4. Sangat cekap bergayut pada ranting pokok
  5. Habitat Siamang dikatakan di pedalaman hutan seperti di Banjaran Titiwangsa.Habitat ini memang unik kerana hanya terdapat di Malaysia dan Sumatera sahaja.
  6. Merupakan haiwan pemalu dengan manusia.
  7. Siamang suka menjerit pada awal pagi dengan jeritan antara 15 - 20 minit !
  8. Jeritan Siamang boleh didenagari sehingga 6.5 km !
  9. Jeritan ini memberikan Siamang identiti yang menarik.Jeritan siamang dikatakan untuk menandakan wilayah masing-masing atau untuk makanan.
  10. Merupakan haiwan yang setia dengan pasangannya,satu kumpulan siamang mendominasi kawasan sehingga 60 ekar hutan.
  11. Makanan siamang meliputi pucuk pokok Ara( makanan kegemaran ),bijirin,bunga,serangga dan kulit kayu
  12. Siamang merupakan haiwan yang bersosial,setiap aktiviti berkumpulan,misalnya jika waktu makan,semua siamang akan makan serentak
  13. Tempoh hayat antara 35 -40 tahun
Ranking: 5

{ 3 komen... read them below or add one }

Merepek Lahh berkata...

saya selalu dgar siamang tiap2 pagi~~ 1st time dgr mmg menakutkan tpi lama2 dgr suka ajuk bunyi siamang dkt anak2..


16 Januari 2013 1:37 PTG
Love Hijau berkata...

Bunyinya memang nyaring dan unik


16 Januari 2013 5:21 PTG
Tanpa Nama berkata...

kat mane dapat tinguk siamang ni?


20 Ogos 2013 6:07 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.