Sistem Tagal

on Isnin, 16 Ogos 2010




Bayangkan ratusan ikan kelah datang menghampiri anda..dengan manjanya mengerumuni kita.Sukar bukan? Ini kerana Kelah merupakan spesis ikan yang paling glamour bagi ikan air tawar.Kelah dikenali bukan sahaja isinya yang sedap tetapi cukup cekap menghilangkan diri dari kaki pancing serta sangat peka dengan sebarang perubahan biologi air.Namun dengan sistem tagal,membolehkan ikan ini manja serta jinak dengan manusia,nak tahu lagi...jom teruskan membaca.....


  • Tagal di dalam bahasa Kadasan-Dusun bermaksud 'tidak payah' atau 'tidak boleh'.
  • Sistem tagal merupakan satu bentuk kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat untuk melindungi dan memulihkan spesis ikan air tawar melalui larangan penangkapan ikan selama satu temoh masa tettentu di kawasan zon sungai yang ditetapkan untuk memberi peluang kepada ikan untuk membiak.
  • Sistem ini berasal daripada amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun untuk menjaga sungai di petempatan mereka,namun amalan ini ditinggalkan kerana perubahan zaman.
  • Sistem ini dikomersialkan semula oleh Jabatan Perikanan Sabah tahun 2000 dengan menjadikan Sungai Babagon di Panampang Sabah sebagai projek perintis.
  • Bauat masa sekarang terdapat lebih 300 batang sungai di Sabah melaksanakan sistem Tagal.
  • Sungai Maroli di Kampung Luanti,Ranau Sabah dianggap sebagai projek yang paling berjaya.
  • Sistem Tagal mendapat perhatian kerajaan dengan melaksanakan sistem Tagal di lebih 400 batang sungai di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke 9.Sistem Tagal melalui RMK 9 akan menjadi pusat ekopelancongan serta diharap dapat diperluaskan ke kawasan laut dan muara.
  • Secara tidak langsung dapat membantu menjaga biodiversiti sungai .
Ranking: 5

{ 2 komen... read them below or add one }

X pelajar SSHM berkata...

Salam,semoga anak cikgu akan sembuh,bebanyak bersabar cikgu ye.....


15 Oktober 2010 7:55 PG
zaireey berkata...

Selamat Kembali Menulis


9 November 2010 4:22 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.