Gajus Penuh Khasiat Perubatan

on Khamis, 22 April 2010



Biasa ke makan buah gajus? Tak biasa? rugilah kerana buah nie memang banyak khasiatnya.Mari kita siasat tentang pokok dan buahnya.



  • Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter.
  • Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
  • Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang.
  • Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
  • Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
  • India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia.
  • Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional.
  • Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
  • Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata.
  • Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
  • Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
  • Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
  • Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
  • Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria.
  • Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
  • Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
  • Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.

Tanah Runtuh

on Rabu, 21 April 2010




Malaysia dengan iklim khatulistiwa,panas lembab dan menerima hijan melebihi 2000 mm setahun merupakan kawsan berisiko menghadapi fenomena tanah runtuh.Tentu kita masih teringat tentang peristiwa tanah runtuh di kawasan perumahan mewah di Bukit Antarabangsa tidak lama dulu.Keadaan bertambah buruk apabila faktor keuntungan dsan persaingan guna tanah diambil kira di mana faktor keselamatan kurang diambil berat.Maka kawasan tanah tinggi atau cerun menjadi kawasan perumahan.Baik tak perlu nak tulis panjang kat sini biar HL ringkaskan.


  • Tanah runtuh berlaku atas 2 faktor ..iklim dan faktor manusia.
  • Tanah runtuh merupakan pergerakan batuan,tanah,pasir dan jisim meneruni cerun akibat daya tarikan graviti
  • Keadaan bertambah buruk bila kawasan atas tanah tersebut terdapat bahan binaan seperti bangunan.
  • Malaysia sangat berisiko mengalami tanah runtuh akibat hujan yang lebat sepanjang tahun.
  • Kecuraman cerun sebanyak 20 darjah merupakan kawasan yang berisiko besar mengalami tanah runtuh.
  • Cerunyang besar menambahkan daya serapan air hujan yang besar,yang meningatkan daya gelongsoran.
  • Dengan keadaan panas lembab di Malaysia sangat mengalakkan fenomena luluhawa ,batuan diurai dengan lebih cepat sehingga menjadi batuan kecil serta pasir.
  • Kawasan yang mempunyai batuan batu kapur lebih berisiko untuk mengalami runtuhan dengan cepat berbanding batuan granit.
  • Kawasan berbatu kapur di Malaysia terdapat di Batu Caves,Kuala Lumpur,Gopeng ,Ipoh,Perlis,Langkawai (sekadar menyebut beberapa tempat )
  • Jadi tanah runtuh boleh berlaku di mana-mana sahaja.
  • Tanah runtuh berlaku tanpa amaran.
  • Tanah runtuh juga berlaku apabila air memasuki retakan dan rekahan tanah serta batuan akibat luluhawa dan melemah jisim batuan.
  • Apabila tekanan di atas tanah meningkat akibat pembinaan bangunan risikonya lebih tinggi serta berbahaya.
  • Di malaysia faktor pembinaan di kawasan cerun dikenal pasti antara faktor utama kepada fenomena tanah runtuh.
Blogger Templates

Durian Belanda Anti Kanser

on Rabu, 14 April 2010


Hijau lestari nak bercerita tentang kanser hari ini.Merupakan pembunuh senyap serta ditakuti oleh ramai di kalangan kita.Hijau lestari ambil dari blog nie....tak baik copy dan mengaku hak sendirikan,..... teruskan membaca,semoga perkongsian ini bermakna kepada semua



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Kembali Berblogging

on Selasa, 13 April 2010

Salam buat semua...maafkan Hijau Lestari kerana lama menyepi diri..bukan apa terlalu sibuk termasuklah sedikit masalah kesihatan.apa pun Hijau lestari kini kembali semula.Banyak perkara yang boleh dikongsi bersama...banyak juga isu alam sekitar yang hijau lestari terlepas untuk di paparkan buat pembaca.Tunggu sahaja nanti
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.