Pengumuman- Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia DIi Malaysia

on Isnin, 31 Mei 2010


Bersempena dengan Hari Biodiversiti Sedunia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bersama masyarakat dunia dalam menganjurkan program penanaman pokok - The Green Wave 2010 di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia pada 22 Mei 2010 bermula jam 10 pagi. Program ini merupakan satu program global dalam memulihara biodiversiti dan Malaysia sebagai salah satu dari 12 negara mega biodiversiti turut komited dalam menjayakan program ini.
Dalam hal ini, penganjuran kempen ini juga merupakan sebahagian daripada sumbangan Malaysia terhadap Kempen 1 Bilion Pokok anjuran United Nations Environment Programme (UNEP) dan Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 22 April 2010.

Kempen Green Wave ini bertemakan ‘One School, One Tree, One Gift to Nature’ dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti di kalangan generasi muda khususnya pelajar sekolah. Usaha ini penting supaya khazanah biodiversiti negara terus dinikmati oleh generasi-generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu, majlis pelancaran kempen Green Wave peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Azmi B. Che Mat, Timbalan Ketua Setiausaha II di SMK Putrajaya Presint 8(1). Maklumat lanjut berhubung aktiviti global ini boleh dilayari di


Bencana Tumpahan Minyak Di Teluk Mexico



Dengan tumpahan minyak yang sangat dasyat di Teluk Mexico,USA sekali lagi akan berdepan dengan bencana yang sangat sukar di kawal,seperti berlakunya Taufan Katrina dulu,kesan tumpahan minyak ini merupakan satu detik hitam buat alam sekitar terutama bioviversiti di kawasan pantai dan lautan Teluk Mexico.

  • Kebakaran pelantar minyak yang meletup di Transocean Deepwater Horizon yang yang berlaku di pesisir pantai Lousiana Amerika Sayrikat (AS) pada malam 20 April lepas benar-benar memberi kesan yang sangat teruk kepada alam sekitar.
  • Merupakan bencana alam yang lebih buruk dari tumpahan minyak Exxon tahun 1998.
  • Pelantar minyak telah terbenam didasar lautan Teluk Mexico.
  • Menyebabkan minyak mentah terus keluar tidak henti-henti,anggaran minyak keluar ialah 2000 gelen sehari @ 1.9 juta leter- 3 .8 juta sehari @seolah-olah 19 ribu tong minyak dicurahkan kelautan Teluk Mexico.
  • Pihak BP dikatakan telah gagal mengawal tumpahan minyak tersebut.
  • Kawasan Teluk Mexico merupakan habitat yang sangat kaya dengan plakton,ratusan spesis burung laut,serta hidupan marin yang unik seperti ketam dan ikan tuna bersirip biru.Spesis tersebut sangat terancam sekarang.
  • Kerajaan Amerika Syarikat mengerahkan ribuan pekerja termasuk askar marinnya membina benteng dna mengawal tumpahan minyak
  • Tumpahan minyak semakin merebak dan sudah meliputi negeri terdekat dengan teluk Mexico iaitu Louisiana.
  • Dengan kegagalan mengawal tumpahan minyak menyebabkan rakyat Amerika mengadakan demonstrasi membantah kegagalan mengawal tumpahan tersebut.
  • Apa yang pasti tumpahan minyak ini akan memusnahkan kawasan lauatan dan pantai sepanjang 160 km persegi kawsan pantai Louisiana terjejas teruk.
  • Tumpahan ini pastinya akan mengancam industri perikanan USA dan juga industri makanan lautnya.,industri perikanan di Louisiana membekalkan 40 % makanan laut Amerika Syarikat.
  • Setakat fakta nie ditulis dan melalui pembacaan hijau lestari,ratusan burung lautan sudah pun mati disamping puluhan mamalia laut seperti ikan lumba-lumba turut mati akibat tumpahan minyak ini.Tumpahan minyak ini semakin mengancam hidupan laut kerana kerja pembersihan melibatkan bahan kimia untuk menguarikan minyak dan air.bahan kimia tersebut merupakan toksid buat hidupan disepanjang pantai dan juga hidupan marin.
  • Industri pelancongan juga terjejas teruk dengan ramai pelancong membatalkan tempahan hotel di Florida dan Louisiana.
  • Nampaknya keangkuhan Amerika sebagai kuasa besar dunia tercalar dengan kegagalan mengawal tumpahan minyak ini yang pastinya akan menyebabkan mereka kerugian jutaan USD.....
  • Lebih malang buat hidupan marin dan sepanjang pantai Teluk Mexico,menderita buat sekian lamanya,menantikan pantai pulih seperti sedia kala akan mengambil masa yang lama........

Warga Islam Bina Millatfacebook Vs Facebook

on Ahad, 30 Mei 2010


ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Amalan Mesra Alam,Anda Di mana,Atau Bagaimana?

on Rabu, 26 Mei 2010





Mesra alam,itu perkataan yang biasa kita dengar,kalau anda biasa la,contohnya kereta mesra alam,rumah mesra alam,aktivi mesra alam dan sebagainya.Mesra Alam bermaksud kita melakukan aktiviti tanpa memusnahkan alam di dalam pelbagai bentuk.Sudahkah anda bersedia dengan aktiviti mesra alam? Mari kita lihat kalau anda sudah melakukannya atau sedang atau akan melakukannya selepas nie.

1. Anda anda pernah atau sedang atau terus berfikir tentang kepentingan alam ini kepada anda?Pernahkan anda berfikir bahawa generasi pada zaman anda akan mewarisi alam ini kepada generasi anda pada masa hadapan?Bersatunya semua penduduk di bumi tentang kepentingan alam sekitar membolehkan alam ini kekal bersih dan indah.


2 .Anda anda suka menanam pokok?membuat taman mini i rumah anda? Atau menanam pokok hiasan di rumah,tak pun sekurang-kurangnya menanam kaktus kecil yang comel di bilik atau ruang rumah anda?Pokok membekalkan oksigen yang sangat berguna kepada hidupan di bumi,walaupun dianggap sumber yang tak habis tapi semakin kotor dan tercemar sekarang.

3.Adakah anda suka keluar ke sesuatu tempat dengan menaiki kenderaan?Jika ya,anda turut menyumbang kepada pencemaran udara.Berjalan tanpa menaiki kenderaan bermotor untuk jarak yang dekat membolehkan alam sekitar bersih dari pencemaran.Peace No War .....


4.Adakah sewaktu malam anda membuka semua suis lampu,biar pun tiada orang di kawasan ruang rumah anda tersebut ?,Jika ya,anda telah membazirkan sumber tenaga,penggunaan sumber secara bijak menyumbang kepada dunia yang lebih indah untuk tatapan generasi akan datang.Program Earth Hour merupakan bukti betapa dunia memerlukan kerjasama anda untuk menjimat sumber tenaga !

5.Adakah anda membuka paip air sewaktu memberus gigi? Adakah anda membasuh pakaian anda walaupun ianya hanya sehelai jeans? Jika ya anda telah membazirkan sumber air,dunia berhadapan dengan cabaran sumber air yang bersih,Dengan pencemaran sumber di seluruh dunia yang semain berleluasa,penjimatan air merupakan langkah terawal oleh anda untuk menyelamatkan bumi yang indah ini

6.Adakah anda suka membuang barangan terpakai? jika ya,listkan semula barangan tersebut,terdapat barangan yang boleh digunakan semula,contohnya bekas plastik boleh digunakan membuat bekas bunga contohnya.


7.Adakah anda perasan terdapat pusat kitar semula berhampiran anda?Jika ada dan anda fikir pusat kitar semula menyusahkan anda,anda buat keputusan yang silap,barangan kitar semula terlalu banyak seperti botol,tin dan surat khabar lama.


8.Adakah anda menjual barangan yang sudah digunakan,baguslah sekurang-kurangnya menambahkan pendapatan dan sampah tidak dibuang ke merata-rata tempat.


9.Adakah anda perasan terdapat persatuan atau pertubuhan yang prihatin terhadap alam sekitar?.Anda mungkin boleh sertai mereka.Mereka selalunya terlibat di dalam aktiviti mesra alam.


10.Adakah anda pernah dengar tentang makanan organik?.Makanan organik berasaskan ladang organik,tanpa sebarang racun atau baja kimia.Anda mungkin membantu bumi dengan mencuba menjadikan makanan organik sebagai sebahagian daripada menu makanan anda.


11.Adakah anda menutup semua peralatan elektrik anda selain lampu jika tidak digunakan? Contohnya TV dan pemain DVD.Dengan membiarkan peralatan tersebut di dalam mode stanby,anda sebenarnya telah membazirkan tenaga elektrik.Bagaimana anda mensterika pakaian anda,setiap pagi? Jika setiap pagi anda turut membazirkan tenaga dan duit anda untuk membayar bil kerana sterika lebih sesuai digunakan pada hujung minggu dengan pakaian yang terkumpul.

12.Adakah anda ke pasar membawa bekas atau plastik kitar semula? Dengan membawa bekas sendiri tanpa menggunakan beg plastik anda telah menyelamatkan sumber petroleum dunia dan memelihara bumi dari toksid beg plastik.Beg plastik sukar dilupuskan kerana ianya ialah sebatian polimer dan tidak boleh diuraikan oleh agen pengurai.Bertindaklah sekarang membawa bekas sendiri untuk mengisi ikan dan sayuran.Anda boleh berubah...yakinlah.


Sebenarnya semua persoalan di atas adalah kebiasaan bagi anda,maka kebiasaan itu perlu dinilai dengan bijaksana untuk disesuaikan dengan aktiviti mesra alam.Walaupun nampaknya kecil,sumbangan anda,sebenarnya sangat penting dan mulia di dalam memelihara satu-satunya tempat di alam raya ini,yakni bumi.

Katak Terbesar Di Dunia.

on Isnin, 24 Mei 2010



La nie depa dok cerita katak la pulak....jadi HL pun nak tulis tentang katak la pulak.......meh baca....

Katak Terbesar di Dunia

  • Katak terbesar di dunia ialah Katak Goliath
  • Habitat katak ini di pantai barat benua Afrika iaitu di Cameroon dan Guine.
  • Panjang melebihi 33cm atau 3 kaki lebih dan berat melebihi 6 kg.
  • Katak Goliath diancam kepupusan akibat diburu untuk makanan dan juga dijadikan haiwan peliharaan...maknanya tak berbahayalah tu.......
  • Semakin terancam akibat penebangan hutan hujan tropika di kawasan habitat yang secara tidak langsung mencemarkan sungai yang merupakan habitatnya.






Jadi ,rakyat malaysia sangat suka dengan katak,tak caya? Tengok peribahasa'mati katak',lompat katak,dan lagu pun banyak tentang katak....Malah katak juga merupakan makanan eksotik bagi sebilangan penduduk Malaysia.

Akaun Pay Pal Dah Verify

on Sabtu, 22 Mei 2010

Hari nie ada cerita baik...nampaknya akaun Pay Pal Hijau lestari dan verify.....memang selama nie dok tunggu juga...nak cerita tentang pay nie memang menarik.Sejak sekian lamanya banyak nama besar dan otai internet marketing Malaysia dah dok guna pay pal.Pay pal merupakan antara cara pembelian dan jualan internet yang selamat dan berkesan.Walaupun agak girid dari segi pendaftarannya,sekarang sudah semakin mudah buat rakyat Malaysia.Pay Pal dan terima akaun dari rakyat Malaysia dan duit dari akaun Pay Pal kita turut boleh dikeluarkan di bank tempatan.Malahan terdapat banyak panduan yang dipublishkan oleh ramai otai internet Malaysia.


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.





Bagi yang belum ada akaun Pay Pal bolehlah daftar di sini.Ianya PERCUMA ye.....Apa apa pun semoga perkongsian Hijau Lestari nie akan memberi maanfaat kepada semua pembaca.

Penjagaan Alam Sekitar Satu Jihad?

on Khamis, 20 Mei 2010

Penjagaan alam sekitar atau bumi merupakan tanggungjawab kita bersama.Di antara seluruh kehidupan ciptaan Tuhan,manusia merupakan makhluk yang paling bijak,diberikan peranan yang paling besar,disebut sebagai ketua atau khalifah di atas muka bumi yang indah ini.Manusia datang bersama dengan akal fikiran yang paling hebat untuk menjana kehidupan mereka,Tidak hairanlah manusia dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar di tempat tinggal mereka mengikut kesesuaian bentuk muka bumi,cuaca serta pandang darat budaya sekali pun,begitu hebat sekali makhluk yang bernama manusia ini.

Perhubungan manusia dan alam sekitar memang tidak boleh dielakkan lagi,pertembungan ini menyaksikan kemampuan manusia menyesuaikan diri bersama dengan kepimpinan Iman untuk menolak hawa nafsu dan menderhakai Allah,gagalkah kita? Nampaknya kegagalan ini sangat ketara sekarang,manusia di bandar atau di kampung mempunyai kesedaran yang rendah tentang perlunya kita sayang kepada alam sekitar ini.Ternyata berlakunya pelbagai fenomena alam yang mencabar keangkuhan manusia adalah hasil ciptaan manusia itu sendiri.Kita masih tergamak untuk mencampak sampah ke dalam sungai ,hatta ke mana-mana sekali pun tanpa memikirkan kesannya,Ternyata manusia tidak menyedari bahawa,hasil tangannya nanti yang mencemari alam sekitar akan 'dinikmati' oleh keturunan dan generasinya,Alam ini diubah sesuka hati atas dasar untuk kesenangan hidup dan keselesaan sementara manusia,Hidupan lain yang hidup secara statik seperti tumbuhan diperlakukan sesuka hati atas dasar keuntungann,hutan diterokai tanpa diganti semula,Hutan dimusnahakan untuk pembangunan,Lihat sahaja hutan dikawasan cerun bukit atau tanah tinggi juga 'diperkosa' sesuka hati,Tidak hairanlah akhirnya bahana seperti tanah runtuh,aliran lumpur,dan banjir kilat akan terjadi.

Penjagaan alam sekitar juga merupakan jihad sebenarnya di dalam ruang atau konteks hubungan manusia dan amanah dari Allah kepada manusia sebagai khalifah di bumi ini. Benda hidup statik di bumi perlu dijaga.Ingat! kerja baik untuk menjaga alam sekitar ,hatta membuang cebisan pembalut gula-gula ke dalam tong sampah merupakan kerja amal maaruf,kerja terpuji,Bersih dan indah adalah manifestasi keagungan dan kebesaran Allah itu sendiri,Islam sangat menitik beratkan kebersihan,Semestinya kebersihan itu mencakupi ruang lingkup yang sangat besar,bersih rohani dan jasmani,bersih luar dan dalam,sikap tamak,leka mementing diri sendiri,ingkar perintah atau denda adalah perkara mungkar atau mesti dielakkan.Sikap tamak menyebabkan bumi semakin hancur sedikit demi sedikit dan pastinya kan merosakkan sistem yang sedang berjalan dengan sempurna sekarang,Lihat sahaja penipisan lapisan ozon sekarang mengubah sistem perjalanan yang ditentukan olah Allah,perjalanan ultra unggu ke bumi ditapis oleh lapisan ozon dengan kadar yang sangat sesuai untuk kehidupan bumi.Pelepasan CFC sebagai contohnya adalah hasil buah tangan manusia itu sendiri,air con,penyembur serangga adalah punca pembebasan gas yang akan memusnahkan lapisan ozon itu sendiri,menjadi kewajipan kepada kita untuk mengubah tabiat itu sekarang,barangan yang tidak mengandungi CFC mesti dicari ,digunakan,jika tidk kita sebenarnya sudah ingkar perintah ,sudah ingkar kepada suruhan yang ditentukan oleh Allah,maka balasannya juga kembali kepada manusia.

Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Manusia zaman sekarang seharusnya mengambil pengajaran terhadap balasan yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia terdahulu.Kemunculan gas beracun yang menyelubungi kawasan perbandaran ,hatta di kampung juga merupakan ujian dari Allah kepada manusia.Manusia sangat kurang menghargai ciptaan dan kurniaan dari Allah.Sumber air tercemar,sungai menjadi tempat untuk 'melenyapkan sampah',kesedaran terhadap kepentingan sungai kurang diendahkan,tak kira di kawasan bandar mahu pun kampung.Akibatnya kegitu banyak sekali sungai tercemar,aktiviti pertanian sebagai contohnya menggunakan racun dan baja kimia secara berlebihan yang mengakibatkan sumber air terhampir dicemari.Dengan keadaan negara yang bergantung kepada kawasan tadahan untuk bekalan air yang bersih,kita sebenarnya berisiko untuk kehilangan sumber air suatu hari nanti,maklumlah kawasan hutan simpan diceroboh dan kayu-kayan ditebang sesuka hati.Ternyata manusia perlu mengubah sikap dan gaya pemikiran yang dipimpin oleh iman dan ketakwaan kepada Penciptanya.Hanya dengan menyedari bahawa bumi ini adalah amanah dari Allah untuk manusia maka bumi akan diuruskan dengan sempurna,jangan diulangi kesilapan lalu,sewaktu abad ke 19,revolusi perindustrian mengambil tempat menjana ekonomi yang menghilangkan jutaan hektar hutan di Eropah,menghancurkan kesegaran udara terutama di Eropah Timur dan sekarang Amerika syarikat sebagai negara barat yang paling banyak menyumbang kepada pencemaran udara,Mampukah manusia menangani nanti bilanya,pemanasan global semakin kritikal,angin monsun sudah tidak teratur aturannya,taufan yang menggila,gempa bumi yang menggoncang,gelombang tsunami yang menggila,perubahan suhu mikro yang melampau,banjir dan banjir kilat yang membadai atau kemarau yang akan memusnahkan manusia itu sendiri? Tanda-tanda kecil ketidaktentuan fenomena alam ini sudah pun muncul,bahkan manusia tidak mampu pun untuk bersedia,lihat sahaja taufan di Myanmar ,tsunami di Banda Aceh,malahan negara yang terkenal dengan segala teknologi dan kekuatan saintisnya seperti Amerika pun melutut dan gagal 'melembutkan' taufan Katrina ,jadi bersediakan manusia mengubah sikap untuk berjihad menjadikan bumi ini sebagai tempat yang bersih,mulalah dari sekarang....sebelum terlambat

Bahan Pencemar Udara- Satu Tinjauan

on Rabu, 19 Mei 2010



Aktivi manusia merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara.Aktivi manusia seperti perindustrian,menggunakan kenderaan bermotor dengan bahan api fosil membebaskan pelbagai gas yang berbahaya kepada kesihatan manusia.Pencemaran udara yang berlaku mengancam kesihatan manusia,mewujudkan fenomena kesan rumah hijau ,fenomena hujan asid dan juga mengancam ekosistem dunia. Mari kita kaji bahan pencemar utama disekeliling kita.



Nitrogen Oksida


Berwarna merah keperangan.
Terjadi akibat pembakaran bahan api fosil terutamanya petroleum dari enjin kenderaaan dan aktiviti industri.
Hanya "catalytic converter' dapat melindungi alam sekitar dari gas ini.
Sangat beracun.
Kesan gas ini boleh berlaku terhadap manusia,binatang,pokok dan tumbuhan terutamanya melalui pengasidan tanih.
Jangka hayat di atmosfera sekitar 5- 7 hari.
Pelupusan biasanya akan kembali ke bumi sebagai hujan asid.






Karbon Monoksida










Gas ini tiada bau,tiada warna dan mudah terbakar.
Terjadi akibat pembakaran bahan organik yang tidak sempurna meliputi juga pembakaran bahan api fosil yang tidak sempurna.
Boleh berada di atmosfera selama beberapa bulan
Merupakan gas yang sangat beracun yang menganggu pernafasan
Gas ini boleh menghalang oksigen sampai ke darah
Gas ini boleh dilupuskan secara semualajadi apabila teroksida menjadi karbon dioksida terutamanya apabila bertindak balas dengan haba dan pancaran ultra unggu









Sulfur Dioksida







Tidak berwarna
Terhasil kerana semua sumber bahan api fosil,petroleum,gas asli,arang batu mengandungi sulfur
Jangka hayat 1-10 hari bergantung kepada keadaan cuaca.
Beracun dan menganggu pernafasan manusia.Kesan juga boleh berlaku terhadap haiwan,tumbuhan dan mikro organisme.
Biasanya terhapus apabila hujan,namun yang yang turun merupakan hujan asid







Gas Ozon




Gas ozon yang berada di atas atmosfera merupakan gas yang sangat berguna untuk menapis kandungan ultra unggu dari cahaya matahari,suapaya sampai dalam kandungan yang sangat sesuai untuk kehidupan bumi
Ozon wujud kerana terlerainya gas Nitrogen Oksida.
Ozon yang terbebas di bumi sebenarnya sangat beracun ! dan menganggu pernafasan sehingga boleh menyebabkan kanser.
Manusia dan tumbuhan terdedah kepada gas ini
Ozon boleh terlerai menjadi oksigen biasa

Kredit dan Sumber: Jabatan Alam Sekitar Malaysia

Pencemaran Udara Dan Kesan Gas Pencemar

on Selasa, 18 Mei 2010









Aktivi manusia merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara.Aktivi manusia seperti perindustrian,menggunakan kenderaan bermotor dengan bahan api fosil membebaskan pelbagai gas yang berbahaya kepada kesihatan manusia.Pencemaran udara yang berlaku mengancam kesihatan manusia,mewujudkan fenomena kesan rumah hijau ,fenomena hujan asid dan juga mengancam ekosistem dunia. Mari kita kaji bahan pencemar utama disekeliling kita.



Nitrogen Oksida


Berwarna merah keperangan.
Terjadi akibat pembakaran bahan api fosil terutamanya petroleum dari enjin kenderaaan dan aktiviti industri.
Hanya "catalytic converter' dapat melindungi alam sekitar dari gas ini.
Sangat beracun.
Kesan gas ini boleh berlaku terhadap manusia,binatang,pokok dan tumbuhan terutamanya melalui pengasidan tanih.
Jangka hayat di atmosfera sekitar 5- 7 hari.
Pelupusan biasanya akan kembali ke bumi sebagai hujan asid.






Karbon Monoksida










Gas ini tiada bau,tiada warna dan mudah terbakar.
Terjadi akibat pembakaran bahan organik yang tidak sempurna meliputi juga pembakaran bahan api fosil yang tidak sempurna.
Boleh berada di atmosfera selama beberapa bulan
Merupakan gas yang sangat beracun yang menganggu pernafasan
Gas ini boleh menghalang oksigen sampai ke darah
Gas ini boleh dilupuskan secara semualajadi apabila teroksida menjadi karbon dioksida terutamanya apabila bertindak balas dengan haba dan pancaran ultra unggu









Sulfur Dioksida







Tidak berwarna
Terhasil kerana semua sumber bahan api fosil,petroleum,gas asli,arang batu mengandungi sulfur
Jangka hayat 1-10 hari bergantung kepada keadaan cuaca.
Beracun dan menganggu pernafasan manusia.Kesan juga boleh berlaku terhadap haiwan,tumbuhan dan mikro organisme.
Biasanya terhapus apabila hujan,namun yang yang turun merupakan hujan asid







Gas Ozon


via



Gas ozon yang berada di atas atmosfera merupakan gas yang sangat berguna untuk menapis kandungan ultra unggu dari cahaya matahari,suapaya sampai dalam kandungan yang sangat sesuai untuk kehidupan bumi
Ozon wujud kerana terlerainya gas Nitrogen Oksida.
Ozon yang terbebas di bumi sebenarnya sangat beracun ! dan menganggu pernafasan sehingga boleh menyebabkan kanser.
Manusia dan tumbuhan terdedah kepada gas ini
Ozon boleh terlerai menjadi oksigen biasa

Kredit dan Sumber: Jabatan Alam Sekitar Malaysia

Pencemaran Gaya Hidup Rakyat Malaysia

on Isnin, 17 Mei 2010



Pencemaran merupakan fenomena yang berlaku secara meluas di seluruh dunia.Dengan bumi yang semakin tua ternyata pencemaran juga mengambil tempat di sana.Kita bercakap tentang pencemaran yang semakin berleluasa,namun usaha dari kita sangat kurang,atau kurang peka dengan pencemaran,Sebut sahaja pencemaran apa? pencemaran bunyi? Kitalah juara ....Bukan semua tapi kebanyakannya,Bunyi kenderaan berat terutamanya mengambil tempat di kawasan pusat bandar,keadaan ini bertambah serius apabila kenderaan dengan enjin yang diubahsuai turut mengambil tempat di kawasan pusat bandar.Rasanya tidak ada had tertentu waktu bila kenderaan berat dibenarkan dipusat bandar,Kalau ada marilah berkongsi dengan saya.
Rakyat Malaysia sangat suka menggunakan kenderaan walaupun jarak perjalanan hanya 3-5 minit sahaja...Tak percaya? Lihatlah bila anda nak ke kedai berdekatan..jalan kaki? Dan ada yang berkata...peduli apa ! Kami nak cepat nie..sikap ini akhirnya membawa kepada sumbangan gas karbon yang berleluasa,nampaknya kecil namun peranannya sangat besar.Mengambil fakta dari Peter Dicken dengan bukunya Global Shift,kenderaan yang berhenti di lampu trafik di USA telah menggunakan sebanyak 1/4 dari minyak petroleum dunia. Rizab minyak dunia akan kehabisan dan suatu hari nanti pastinya sumber baru akan mengambil alih...namun bukan begitu mudah kerana apabila sumber fosil hampir kehabisan sumber tenaga alternatif pastinya dicari.Cumanya sumber tenaga baru seperti biodiesel memerlukan tanah dan hasil tanaman yang subur.Keadaan akan menjadi sebaliknya apabila hujan asid berleluasa akibat pencemaran yang hebat.Jadi ubahlah gaya hidup kita semua.Walaupun kecil, sumbangan kita terhadap bumi ini sangat bernilai.
Pencemaran air di Malaysia pada pendapat saya memang serius.Keadaan bertambah buruk dengan sikap rakyat negara ini yang kurang prihatin dengan sumber air,bukan sahaja lautan,sungai ,tasik,malahan parit dan longkang memang menjadi sasaran rakyat negara ini untuk membuang sampah dengan cara yang mudah.Asalkan sampah itu tidak berada di depan mata,maka sampah perlu 'dihilangkan'.pencemaran air dari sisa industri,sisa haiwan ternakan hinggalah kepada sisa minyak dari bengkel kenderaan penyumbang kepada pencemaran alam sekitar,Cara hidup mudah...buang sahaja ke dalam longkang yang terhampir.Saya pernah berkursus 8 tahun lepas disebuah hotel terkemuka di Batu Feringgi,Pulau Pinang.Jadi berjalanlah saya sewaktu petang.......namun sewaktu hendak pulang ke bilik hotel dan dengan keadaan hujan pula turun renyai-renyai,tiba-tiba sahaja pihak hotel membuang air kumbahan terus dari hotel ke laut di depan mata saya sendiri,airnya alahai....hitam pekat dan berbau busuk.Nanti esok paginya ramai orang mandi manda di situ......Ternyata gaya hidup mudah begini sudah menjadi kebiasaan bagi ramai pengusaha bengkel atau hotel untuk menghilangkan sisa minyak atau kumbahan dengan menjadikan sungai,longkang, atau laut sebagai mangsa.
Rakyat malaysia sangat suka membuang sampah dimerata-rata tempat.Lihat sahaja sewaktu di dalam kenderaan sampah berupa bungkusan makanan dan minuman dibuang begitu sahaja,sepatutnya sampah itu disimpan sekejap di dalam kereta,bila sampai ke rumah carilah tong sampah,susah ke? Sewaktu perkelahan juga sampah dibuang begitu sahaja,Tak percaya? lihat sahaja jika anda ke Air terjun atau sungai,begitu banyaknya sampah yang dibuang.Sampah berupa plastik sangat sukar untuk dihapuskan,ianya kekal sebagai bahan pencemaran,tidak boleh diuraikan oleh agen pengurai seperti bakteria.Nampaknya sikap rakyat Malaysia semakin menyebabkan bumi tercemar.Rakyat Malaysia suka menggunakan plastik sebagai medium utama membawa barang.Hendak ke mana sahaja terutama ke pasar berlenggang sahaja.Sepatutnya ke pasar membawa bakul sendiri,banyak bekas plastik (bukan beg plastik ye!) boleh digunakan untuk mengisi ikan dan sebagainya,susah? memang pun kerana sudah jadi tabiat rakayat Malaysia tidak mahu susah sedikit pun.
Rakyat Malaysia mesti mengubah mentaliti dan sikap di dalam pembuangan sampah dan pencemaran,Ubah mentaliti bahawa sampah dan bahan pencemaran mesti diuruskan dengan baik,Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita semua,bahawa pencemaran boleh dielakkan dengan dengan cara yang mudah.Kempen? ianya bermula dengan komuniti kecil iaitu keluarga,Jadi didiklah anak anda sayang kepada bumi kita ini,Hendak suruh anak sayangi bumi,ianya perlu bermula dengan anda.........
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.