Penggunaan lampu dan pencahayaan,perabot,kertas,serta alatan elektronik lain memainkan peranan penting ke arah pejabat mesra alam.
Hahaa...nanti ade yang kata kena cat dengan warna hijau pulak...tak... sebenarnya konsep mesra alam dan jimat tenaga di pejabat.Konsep mesra alam boleh berlaku di mana sahaja,kerana kita jua sebahagian dari alam.Tahukah anda bahawa pejabat yang beroperasi di seluruh dunia menggunakan begitu banyak sumber alam,antaranya kertas (dari pokok),elektrik(tenaga air atau sebagainya),Kalau semua pembaca nak tau EPA (Environmental Protection Agency) melaporkan jika sumber elektrik terutamanya komputer diuruskan secara smart di USA ia dapat menjimatkan USD 935 juta,atau mengurangkan 1.5 kereta di jalan raya USA atau seolah-olahnya menanam 2.5 juta pokok yang membekalkan oksigen yang segar buat manusia
Tip1 -
Kurangkan penggunaan kertas.Penggunaan kertas bermakna penebangan hutan yang akan terus berleluasa.Gunakan printer yang boleh print kedua-dua belah muka surat kertas.Kitar semula katrij yang sudah rosak di pusat kitar semula.Pembelian kertas bukan bersumber pokok balak juga boleh diusahakan,maksudnya penggunaan kertas berasaskan tumbuhan lain seperti kenaf.Malahan penggunaan komputer juga berfungsi untuk menyimpan fail yang secara tidak langsung menjimatkan penggunaan kertas.
Tip2-
Gunakan lampu yang sesuai untuk pencahayaan pejabat.Biasanya lampu yang menjimat elektrik memang sesuai digunakan iaitu lampu fluorecent .Adalah lebih sesuai apabila kaedah menghidup dan mematikan lampu secara outomatik jka tidak digunakan.Penggunaan lampu yang sesuai dapat menjimankan tenaga,malahan duit juga dapat dijimatkan :D.Penggunaan alatan elektrik mesti berhemah dan diuruskan secara bijak,mesin fotostat,komputer,radio,tv jika ada perlu direhat.Jika keluar makan sewaktu rehat sepatutnya komputer atau peralatan elektrik perlu di 'off' kan.Jangan lupa juga tutup semula lampu selepas guna bagi kawasan ,tandas atau tempat rehat.
Tip3-
Gunakan laptop berbanding destop.Penggunaan destop mampu menjimatkan tenaga.
Tip 4 -
Jangan guna botol plastik(air mineral ),sebaliknya gunakan cawan ,pastikan semua staff gunakan cawan sendiri.Lebih baik juga terdapat penapis air di pejabat,badan sihat,botol mineral pun kurang.Tempat rehat di pejabat sepatutnya menjadi tempat yang mesra alam,bukannya tempat lambakan botol mineral dan sebagainya.
Tip 5-
Gunakan kertas recycle,Sekarang memang banyak kertas yang boleh digunakan semula.
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menjadi kawasan pejabat kawasan mesra alam,soalnya sekarang anda atau majikan anda mahu berubah atau tidak?