
Pada tahun 2008,Jabatan Alam sekitar telah merekodkan sebanyak 18,956 kes yang menjadi punca pencemaran sungai yang kebanyakkannya terdiri daripada
loji kumbahan ( 47.79%)
industri pembuatan ( 45.07%)
ladang ternakan (4.58%)
industri berasakan pertanian (2.55% )
Koliform dan ammonia merupakan antara punca pencemaran yang boleh menyebabkan penyakit yang serius jika air digunakan secara berterusan.Kita tidak boleh mencegah manusia daripada menghasilkan sisa kumbahan,namun kita juga patut mengiktiraf negara-negara yang menggunakan sisa kumbahan sebagai satu sumber tenaga.
Terdapat projek seperti di India yang telah mengekstrak gas metana daripada tangki septik(najis) terus ke rumah dengan tujuan untuk kegunaan memasak.Proses penapaian dilakukan terhadap sisa kumbahan yang menukarkan 75% dariapada Keperluan Biokimia Oksigen (BOD) secara anarobik kepada gas metana dan dikumpulkan melalui paip.Melalui cara ini pencemaran air oleh sisa kumbahan juga boleh dikurangkan sebanyak 25% melalui rawatan di loji.
Lebih 3.6 juta orang penduduk di bandar Yokohama,Jepun menghasilkan sejumlah 16,000 mater padu sisa kumbahan setiap hari.Untuk memastikan rawatn yang lebih baik dan mesra alam,loji rawatan ini ditukarkan kepada penjana elektrik.
70% daripada gas metana yang diekstrak digunakan untuk menghasilkan 30 juta kilowatt tenaga elektrik untuk kegunaan rawatan.Baki 30% digunakan untuk rawatan sisa melalui pembakaran untuk menghasilkan abu yang kemudiannya digunakan untuk tujuan penambahbaikan tanah dan penghasilan simen.
India merupakan negara yang membangun serta Jepun mempunyai empat musin.Namun begitu kedua-dua negara ini masih mampu mencapai keupayaan terbaik dalam merawat sisa kumbahan.Adakah kita kekurangan dalam industri ini?
Antara Cadangan:
1. Kajian yang teliti dijalankan mengenai operasi industri perawatan sisa kumbahan di Malaysia dan pun ca kelemahan mesti dikenal pasti.
2.Gunapakai teknologi yang dapat menukarkan sisa kumbahan kepada sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan.
3.Loji kumbahan seperti yang terdapat diBukit Jelutong,berpotensi untuk berfungsi seperti loji di Yokohama,boleh diterokai,dimajukan.
4. Sisa ornagik daripada sisa pepejal patut dicampurkan dengan sisa kumbahan.Ini bukan sahaja dapat meningkatkan Keperluan Biokomia Oksigen (BOD ),malah dapat menambah kebolehanan untuk mengekstrak metana.dalam tempoh jangka panjang kita tidak memerlukan tapak pelupusan sampah kerana sisa organik sudah pun dirawat bersama sisa kumbahan,manakalu baki sisa pepejal boleh dikitar semula.
Sisa daripada satu industri merupakan sumber kepada industri yang lain.Pelupusan sumber asli akan menyebabkan Malaysia perlu menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui.nampaknya Malaysia memerlukan lebih ramai pakar didalam menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui teruatama dari sektor kerajaan dan swasta.
Sumber : Buletin Pengguna 2009