Sistem Tagal

on Isnin, 16 Ogos 2010




Bayangkan ratusan ikan kelah datang menghampiri anda..dengan manjanya mengerumuni kita.Sukar bukan? Ini kerana Kelah merupakan spesis ikan yang paling glamour bagi ikan air tawar.Kelah dikenali bukan sahaja isinya yang sedap tetapi cukup cekap menghilangkan diri dari kaki pancing serta sangat peka dengan sebarang perubahan biologi air.Namun dengan sistem tagal,membolehkan ikan ini manja serta jinak dengan manusia,nak tahu lagi...jom teruskan membaca.....


  • Tagal di dalam bahasa Kadasan-Dusun bermaksud 'tidak payah' atau 'tidak boleh'.
  • Sistem tagal merupakan satu bentuk kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat untuk melindungi dan memulihkan spesis ikan air tawar melalui larangan penangkapan ikan selama satu temoh masa tettentu di kawasan zon sungai yang ditetapkan untuk memberi peluang kepada ikan untuk membiak.
  • Sistem ini berasal daripada amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun untuk menjaga sungai di petempatan mereka,namun amalan ini ditinggalkan kerana perubahan zaman.
  • Sistem ini dikomersialkan semula oleh Jabatan Perikanan Sabah tahun 2000 dengan menjadikan Sungai Babagon di Panampang Sabah sebagai projek perintis.
  • Bauat masa sekarang terdapat lebih 300 batang sungai di Sabah melaksanakan sistem Tagal.
  • Sungai Maroli di Kampung Luanti,Ranau Sabah dianggap sebagai projek yang paling berjaya.
  • Sistem Tagal mendapat perhatian kerajaan dengan melaksanakan sistem Tagal di lebih 400 batang sungai di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke 9.Sistem Tagal melalui RMK 9 akan menjadi pusat ekopelancongan serta diharap dapat diperluaskan ke kawasan laut dan muara.
  • Secara tidak langsung dapat membantu menjaga biodiversiti sungai .

Paypalcent

on Khamis, 12 Ogos 2010


Selamat berpuasa.Di sini saya ingin umumkan tentang blog baru saya Paypalcent.Baru lagi dilancarkan.Masih hijau lagi.....Blog Paypalcent merupakan blog khusus perbincangan serta informasi tentang paypal.Buat duit dari pay pal .saya turut sertakan di sana bukti duit percuma yang saya dapat dari paypal.Bukannya nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar perkongsian bermakna supaya blog paypalcent bermakna kepada khalayak pembacanya.Nampaknya dengan adanya paypal,peluang mencari duit tambahan memang terbuka luas.Cuma terpulanglah kepada semua pembaca sekelian menilainya.Duit yang saya dapat melalui paypal melalui kerja atau menyiapkan tugasan yang diberi( Paid To post blogging ) atau click iklan ( Paid To Click) tak adelah banyak sangat..tapi bolehlah.Dari tugasan paid to post jumlah terkumpul sekadar USD 9.00 serta paid to click baru ade USD 5.00.Apa pun saya memang berharap pembaca blog ini boleh membuka akaun paypal.Ianya percuma.Untuk daftar click banner di bawah

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Selamat Berpuasa

on Rabu, 11 Ogos 2010


Salam...Selamat Berpuasa ..Jalankan ibadat dengan sempurna.Ingat ye Puasa bukanya kebiasaan tetapi kewajipan.Ianya hak Allah..bukannya hak kita...Jadi tunaikan ibadat puasa dengan sempurna.Jangan lupa gi sembahyang terawih.....satu-satunya sembahyang sunat yang hanya terdapat di Bulan Ramadan.Adakah ini Ramadan kita yang terakhir.Bersyukurlah kerana bulan keampunan dan kerahmatan ini kita tempuh sekali lagi...tahun depan ? Entah lah masih sempat atau tidak......

Haiwan Unik- Siamang

on Sabtu, 7 Ogos 2010

Siamang Malaysia merupakan seekor haiwan mamalia.Merupakan haiwan yang menarik kerana habitatnya di dalam hutan tropika yang tebal .Merupakan haiwan yang suka menjerit...bagi yang biasa meredah belantara sudah pasti akan dengar suara siamang pada awal pagi.Mari kita kaji tentang siamang nie.


  1. Merupakan sejenis mamalia,berbulu ,berdarah panas serta beranak.
  2. Kajian tentang Siamang bermula sejak tahun 1960 an oleh David J Chivers dari Universiti Cambridge.
  3. Merupakan haiwan berbulu hitam,gelap,bertangan panjang(melebihi kaki) serta tidak berekor
  4. Sangat cekap bergayut pada ranting pokok
  5. Habitat Siamang dikatakan di pedalaman hutan seperti di Banjaran Titiwangsa.Habitat ini memang unik kerana hanya terdapat di Malaysia dan Sumatera sahaja.
  6. Merupakan haiwan pemalu dengan manusia.
  7. Siamang suka menjerit pada awal pagi dengan jeritan antara 15 - 20 minit !
  8. Jeritan Siamang boleh didenagari sehingga 6.5 km !
  9. Jeritan ini memberikan Siamang identiti yang menarik.Jeritan siamang dikatakan untuk menandakan wilayah masing-masing atau untuk makanan.
  10. Merupakan haiwan yang setia dengan pasangannya,satu kumpulan siamang mendominasi kawasan sehingga 60 ekar hutan.
  11. Makanan siamang meliputi pucuk pokok Ara( makanan kegemaran ),bijirin,bunga,serangga dan kulit kayu
  12. Siamang merupakan haiwan yang bersosial,setiap aktiviti berkumpulan,misalnya jika waktu makan,semua siamang akan makan serentak
  13. Tempoh hayat antara 35 -40 tahun

Banjir di Pakistan Semakin Buruk

on Jumaat, 6 Ogos 2010

















Gambar : Via AP




Dengan hujan yang berterusan,nampaknya pakistan sekali lagi diuji ,selepas gempa bumi di Kashmir.Banjir di barat laut negara itu dikatakan yang paling buruk sejak 1929.Dengan anggaran kematian melebihi 1500 orang ,hampir 3 juta penduduk terjejas teruk.Keadaan semakin buruk apabila penyakit serta kekurangan makanan mengambil tempat bersama-sama banjir ini. Negara Islam yang bergolak dengan kacau bilau puak bersenjata ini memerlukan bantuan segera.

Stevia,Penganti Gula Tebu

on Isnin, 2 Ogos 2010


Stevia merupakan satu jenis tanaman yang baru buat rakyat Malaysia.Walaupun begitu stevia merupakan pemanis semulajadi dan menjadi pengganti kepada gula tebu.Hanya beberapa tahun kebelakangan ini terdapat syarikat yang mengkomersialkannya sebagai alternatif kepada gula putih.

Stevia merupakan tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika tengah.Digunakan secara meluas oleh petani di Paraguay,Brazil dan Bolivia sebagai pemanis semulajadi di dalam minuman mereka.Merupakan tanaman dari keluarga bunga matahari.


Maklumat tentang Stevia.

  • Merupakan pemanis yang digunakan oleh kaum Red indian Guarani ,Paraguay sejak 1500 tahun dahulu.
  • Subur di kawasan sub tropika terutama di Amerika Selatan
  • Stevia berasal dari perkatan Latin
  • Pertama kalinya dikaji secara saintifik oleh Pedro Jaime Esteve dari sepanyol
  • Estraknya mempunyai rasa manis 300 kali ganda dari gula biasa.
  • Rasa manisnya tidak mempunyai kalori,sesuai untuk peskit kencing manis.
  • Jenis Rebaudiana,merupakan paling popular serta dikormersialkan di seluruh dunia.
  • Negara Jepun merupakan negara yang menggunakan stevia sebagai pemanis sejak 1970 an dan merupakan penggunakan terbesar di dunia dengan memasukkan manisan Stevia di dalam pelbagai produk makanan serta minumannya secara meluas.
  • Kandungan utama Stevia ialah Glikosida Steviol dan Rebaudioside.
  • Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya.
  • Stevia pada awalnya dilarang di USA,kemudiannya sejak tahun 2008 dibenarkan sebagai bahan makanan tambahan.
  • Merupakan tanaman popular di seluruh dunia termasuklah Jepun,Malaysia dan Eropah.
  • Dikenali dengan pelbagai nama, termasuklah SweatLeaf( negara barat),teh manis,daun herba manis serta pelbagai nama tempatan mengikut negara yang menanamnya.
  • Khasiat dari segi perubatan pelbagai,namun terbukti sebagai gantian kepada gula bagi pesakit diabetes.
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.