Berikut adalah 5 labah-labah yang paling berbahaya di dunia.gigitan atau sengatannya boleh membawa maut.Banyak faktor boleh di ambil tentang labah-labah berbahaya ini.Antaranya ialah habitat atau tempat asal labah-labah tersebut,saiznya dan yang paling penting ialah kekuatan toksid beracun atau bisa sengatannya.Walau pun terdapat anti venom atau penawar racun labah-labah tersebut,kekuatannya mampu membunuh manusia jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera.Teruskan membaca....
Labah-Labah Redback
Hidup di bumi Australia.Labah-labah betina paling berbahaya dan mudah dikenali dengan satu garisan berwarna merah atau oren yang terang dibelakangnya.Mempunyai bisa yang telah membunuh beberapa orang penduduk di Australia.Bisanya menyebabkan kesakiatan yang amat sangat di tempat gigitan,,otot menjadi lemah,rasa mual atau muntah serta berpeluh dengan banyaknya. Mempunyai bisa yang mampu menyerang saraf manusia serta boleh menyebabkan sawan serta merta jika tidak dirawat segera.Dilaporkan hampir 250 kes gigitan dilaporkan di Australia setiap tahun ,namun kewujudan anti venomnya mengurangkan risiko kematian sekarang,namun ada yang menyatakan lebih banyak kes yang turut tidak dilaporkan.
Labah- labah Tree Dwelling Funnel Web
Juga berasal dari Australia,terutama disebelah timur.Labah-labah jantan merupakan paling berbisa.Dengan warnanya yang biasa untuk labah-labah,kelabu kehitam-hitaman,labah-labah ini sangat agresif dan menyerang apabila merasakan dirinya terancam.Bisanya boleh menyebabkan rasa terbakar yang kuat,berpeluh,serta saraf terganggu.Di laporkan banyak kematian sebelum anti venom dihasilkan.banyak haiwan dikatakan mampu bertahan dengan bisanya namun ,sangat berkesan terhadap manusia sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.Jika anda digigit oleh labah-labah jantan,cepat-cepatlah mendapatkan rawatan kerana,bisanya 5 kali ganda dari labah-labah betina !
via:carnivora forumLabah-labah Brazilian Wandering
Berasal dari hutan Amerika Selatan.Walaupun sering dijumpai di lantai hutan ,ia turut menghuni di dalam rumah!Merupakan labah-labah yang agresif apabila merasakan dirinya terancam.Mendapat jolokan labah-labah pisang kerana paling mudah ditemui pada pokok pisang.Namun anda perlu berhati-hati kerana labah-labah ini merupakan labah-labah paling beracun di Amerika Selatan.Percaya tak gigitan atau suntikan bisa dari taringnya sebanyak 0.006mg boleh menyebabkan kematian.Labah-labah ini mempunyai venom neorontoksin,iaitu mampu menyerang saraf manusia yang meyebabkan kesakitan yang amat kuat.
via: GROSLabah-labah Brown Recluse.
Merupakan sejenis labah-labah yang berbahaya.Pada peringkat awal gigitannya tidak disedari,namun selang beberapa jam kemudian bintik merah akan muncul pada tempat gigitan.Jika tidak dirawat bisanya boleh menyebabkan lapisan kulit seolah olah cair atau terbakar dan semakin merebak.Ianya sukar dirawat terutama jika banyak lapisan kulit yang sudah rosak teruk.Labah-labah yang berasal dari benua Amerika ini sebenarnya sangat kecil.serta diberi nama labah-labah biola oleh kerana bentuk badanya seperti biola.Ramai yang menemui ajal akibat labah-labah ini kerana gagal mendapatkan rawatan awal serta kesan gigitan yang dijangkiti kuman.
via:GROSBlack Widow.
Rasanya labah-labah ini sudah dikenali ramai.Berasal dari benua Amerika ,gigitan dari labah-labah betina boleh membunuh manusia.Labah-labah betina selepas mengawan dengan labah-labah jantan akan membunuh pasanganya .Di badannya terdapat tanda merah seolah-olah jam waktu pasir.Gigitanya selalunya tidak disedari,namun dua tanda merah akan muncul,selepas gigitan,mangsa akan mengalami kekejangan otot,demam,sesak nafas,muntah-muntah,meningkatkan tekanan darah serta berpeluh tanpa henti.tanpa rawatan awal boleh menyebabkan kematian
via:wikipedia









tq for infomation..
BalasPadamYou are welcome
PadamAda 1 lg labah2 paling bahaya. Kebiasaan spesis labah2 brbisa menghasilkn toxin jenis neuron iaitu pembunuh tisu dlm bdan trmasuk tarantulla yg pling besar. Tp ad 1 lg labah2 d kenali sbgai herneki spider dan 1-1nya lbah2 yg mnghasilkn toxin jnis cryo yg blh membnuh tisu n sel drah putih. 5 minit lpas ggitan blh mati, bisanya lebih pntas dr ular tedung.
Padamuuu sangat bahaya
BalasPadamkenapa labah -labah ini sangat berbisa?
BalasPadamkajdin Ilahi
BalasPadammemang bahaya.
BalasPadambahaya walaupun kecil....
BalasPadammenakutkan