Cara Pengiraan Pembayaran Zakat Pendapatan

on Rabu, 26 Oktober 2011


Zakat pendapatan selalu diperkatakan terutamanya bagaimana cara untuk mengira zakat pendapatan. Adakah ia masih menjadi kewajipan sedangkan ramai antara kita yang sekadar cukup-cukup makan aje,malahan siap berhutang lagi sana dan sini. Sebenarnya begini, Islam bukan memberatkan, malahan memudahkan. Kena ingat bahawa, zakat dibayar hanya apabila harta kita melebihi nisab,maksudnya harta kita melebihi nisab.Nisab ialah segala keperluan diri dan tanggungan sudah pun kita penuhi,jika terdapat baki yang masih banyak,ia dikenakan zakat pendapatan.

Mereka bertanya kepada mu (Muhammad ), tentang apa yang mereka nafkahkan.Katakanlah,(Apa) yang lebih daripada keperluanmu ( Al Baqarah,ayat 219)
Menurut Dr Yusof AlQardawi zakat pendapatan ialah gaji, elaun,tunggakan gaji, bonus dan lain-lain seperti duit rumah sewa ( Sumber )( sumber)
Terdapat 3 cara pengiraan zakat,berdasarkan Lembaga Zakat Selangor


Kaedah 1

Jumlah pendapatan setahun X 2.5% setahun




Kaedah 2

Jumlah pendapatan setahun - keperluan asas X 2.5 % setahun
Keperluan asas contohnya,keperluan diri sendiri,keperluan keluarga( nafkah untuk isteri dan anak-anak),caruman KWSP atau caruman zakat bagi institusi yang berkaitan.Contoh yang paling baik terutama bagi kakitangan awam keperluan asas itu ialah pengiraan cukai tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri.



Kaedah ketiga 3

Jumlah perbelanjaan tahunan - jumlah perbelanjaan sebenar X 2.5 % setahun

(ketiga-tiga kaedah melalui sumber)

Jadi bagaimana menentukan pembayaran zakat pendapatan yang terbaik. Cara kedua merupakan cara yang terbaik sekali. Jika cara yang pertama ia mungkin membebankan bagi yang kurang mampu kerana ianya dikira sekali gus dan tidak mengambil kira tentang keperluan asas yang lain,tetapi jika berkemampuan tidak menjadi kesalahan. Cara yang ketiga jika dilibatkan semua jenis perbelanjaan mungkin seseorang akan terlepas dari dikenakan zakat ,malahan jika berkurangkan,mereka akan dikategorikan sebagai miskin pula. Jadi keperluan zakat pendapatan memerlukan kita membuat rujukan yang tepat kepada pihak berwajib yang lebih mengetahui hukumnya di dalam zaman serba moden ini. Urusan kewangan,gaji,kos sara hidup membuka tafsiran baru terhadap bayaran zakat pendapatan. Oleh kerana itu ,konsep keberkatan di dalam kehidupan melalui pembayaran zakat wajib kita tunaikan. Jadi untuk bacaan serta tindakan lanjut bolehlah berhubung dengan

Lembaga zakat Selangor

Pusat Pungutan Zakat

Kalulator Zakat

Pengiraan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perak

Zakat Pendapatan ZakatPenang.com

Pautan Zakat Negeri-negeri di Malaysia



Wallahuaklam


Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.