Hamster Tikus Kesayangan

on Selasa, 18 Oktober 2011








Hamster yang cute miut menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan kesayangan.Mari kita siasat tentang haiwan nie dengan lebih lanjut.

  • Satu keluarga dengan tikus aatau Rodensia dengan nama saintifiknya Cricetinea.
  • Mempunyai 25 jenis spesis di seluruh dunia.
  • Haiwan yang aktif pada waktu malam,kurang aktif,asyik tidur je waktu siang.
  • Makanan utama sayur-sayuran,buah-buahan, bijirin.
  • Perkataan Hamster berasal dari perkataan Jerman
  • Merupakan tikus yang dijadikan haiwan kesayangan yang popular di seluruh dunia dan pernah dijadikan haiwan ujikaji di dalam makmal.
  • Fizikal Hamster serupa seperti tikus,namun kelebihannya pada bulunya yang gebu dan comel serta pelbagai warna bagungan yang menarik.
  • Hamster secara fizikalnya buta warna serta rabun,namun menggunakan bau yang terhasil dari kelenjar pada badan mereka untuk mencari makanan, menjejaki semula sarangnya, mencari hamster berlainan jantina
  • Peka kepada bunyi
  • Mempunyai 2 gigi hadapan yang besar
  • Salah satu keistimewaan hamster,mempunyai kantung meyimpan makanan dipipinya dan akan dikeluarkan semula apabila mereka ingin makan.
  • Bukan semua hamster hidup berkumpulan ,seperti Hamster Syria,yang biasanya hidup bersendirian kecuali pada musim mengawan.
  • Hamster seperti arnab merupakan haiwan yang mampu mengorek dan membuat lubang di kawasan tanah.
  • Seperti ahli keluarga tikus yang lain, anak hamster biasanya dilahirkan di dalam keadaan bogel tanpa bulu serta buta.Hanya selepas 3- 6 minggu Hamster akan cergas seperti hamster dewasa.
  • Selepas melahirkan anak Hmaster jenis Syria dan Cina sangat ganas dan agresif,jadi pisahkan induk dengan ibu hamster untuk mengelakkan kematian.

Hamster Syria: via wikipedia


Keperluan Asas Sebelum Membela Hamster

1. Pada asasnya hamster memerlukan tempat tinggal.Biasanya tempat tinggal hamster boleh disesuaikan di mana-mana sahaja kawasan di dalam rumah. Namun cadangan yang agak baik ialah penggunaan akuarium untuk hamster.Sangkar berjaring tidak digalakkan kerana hamster boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan dan kematian.

2. Habuk kayu yang lembut boleh menjadi alas,atau apa -apa sahaja alas lantai yang lembut dan sesuai.

Hamster Emas, via: wikipedia




3. Tempat air dan makanan boleh diubah suai mengikut keperluan, cuma pastikan jika anda membela lebih dari seekor hamster, eloklah pisahkan makanan mereka,terutamanya bagi Hamster Syria.

4. Roda untuk hamster berlatih atau bergerak,perlu tetapi pilihlah yang sesuai agar tidak mendatangkan keceraan kepada hamster anda.

5.Elakkan memberi makanan yang manis kepada hamster

6.Bersihkan sangkar hamster anda mengikut keadaan,biasnya hamster akan kencing atau meninggalkan najisnya di dalam sangkar.Asingkan hamster anda dan gunakan pembersih anti bakteria , jemur sehingga kering dan letakkan semula hamster di dalm sangkarnya. Pastikan juga anda membersihkan tempat makanan dan minumannya mengikut kesesuaian.Hamster secara umunya boleh dikategorikan sebagai haiwan yang bersih
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.