Nuklear Dalam Kehidupan Manusia

on Sabtu, 1 Oktober 2011


Bahan asas tenaga nuklear,uranium: wikipedia




Tenaga nuklear pada asasnya berasal dari bahan galiann plutonium dan uranium..Pada asasnya juga atom ,bahan asas untuk pembentukan jisim terdiri daripada elektron,proton( cam nama kereta nasional....) dan neutron. Atom merupakan gabungan cas negatif dan positif . Proton mempunyai cas positif dan elektron bercas negatif.Sementera neutron pula tidak bercas dan hampir sama seperti jisim proton.Proton dan neutron berada di dalam suatu nukleus,yang dikenali sebagai nukleon.

Bagaimana munculnya sinaran radioaktif ? Ianya berpunca apabila atom yang tidak stabil berubah menjadi stabil dan mula memancarkan sinaran radioaktif.Tiga jenis sinaran itu ialah alfa,beta dan gamma.


Nuklear walaupun dikatakan sebagai membawa kemusnahan,yakni ( peperangan senjata nuklear) serta bencana( seperti kebocoran reaktor di Chernobly,atau Fukushima Daichi ),masih dianggap penting oleh banyak buah negara. Antaranya ialah China dan USA sendiri. Dianggap sebagai tenaga pilihan bagi bahan tenaga api fosil,nuklear boleh menjana sumber elektrik untuk tempoh masa yang lama.Namun secara peribadi saya lebih berharap Malaysia boleh memajukan tenaga solar,dengan kedudukan di khatulistiwa,Malaysia menerima cahaya matahari sepanjang tahun untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

Nuklear melalui sinaran radioaktif yang terkawal sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kehidupan manusia. Saya tidak mengatakan ia sempurna ,kerana ada baik dan buruknya cuma fokus penulisan ini kepada kebaikan nuklear. Di dalam sektor pertanian,sinaran radioaktif dignakan untuk menghasilkan baka yang baru yang berkualiti tinggi dan mempunyai rintangan penyakit yang kuat.Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( MINT ),berkerjasama dengan MARDI telah menghasilkan pelbagai baka baru yang mutan. Lebih hebat,lebih kuat,lebih hasil.Ini termasuklah kacang tanah,bunga raya dan orkid.(UPM). Malahan sinaran radioaktif yang sihat juga digunakan untuk proses menyimpan hasil pertanian untuk tujuan eksport.


Di dalam bidang perindustrian dengan aplikasi kaedah ujian tanpa musnah,sinaran radiokatif boleh digunakan untuk mengesan kebocoran paip gas. Ujian tanpa musnah tidak memusnahkan kawasan yang diuji,sebaliknya mampu mengesan kebocoran bagi kawasan tangki atau paip yang tertutup. Teknik ini menggabungkan penggunaan alat pengesan sinaran radioaktif dan punca sinaran radioaktif.(JPK) (AELB)

Bagi bidang perubatan dan farmaseutikal pula sinaran Gama merupakan aplikasi nuklear yang penting di dalam perubatan. Kobalt 60 merupakan aplikasi sinaran nuklear untuk pensterilan barangan perubatan bagi memastkan semua peraltan bebas sebarang mikroorganisme atau bakteria. ia juga digunakan untuk membunuh sel kanser.(Wikipedia ).Malahan barangan perubatan seperti herba juga dikatakan di sinaran dengan radiokatif yang selamat untuk membunuh kulat.

Bagi bidang arkeologi pula,penggunaan karbon 14 ( wikipedia ) dijadikan asas bahan pengukur. karbon 14 atau C-14 ialah bahan radiokatif yang sentiasa diserap oleh tumbuhan hidup.Apabila tumbuhan tersebut mati,aktiviti C14 akan menurun kerana tiada C14 baru yang diserap.Atom C-14 akan mereput.Oleg itu dengan mengukur aktiviti C14 usia sesuatu bahan purba boleh ditentukan. (BBC )
Ranking: 5

{ 3 komen... read them below or add one }

sYafIk-wAy berkata...

thanks untuk info berkualiti anda . heee


3 Oktober 2011 7:40 PTG
LoveHijau berkata...

Terima kasih syafik,sudi singgah kat sini.


3 Oktober 2011 10:13 PTG
Amy Syaquena berkata...

nice sharing bro..thanks for the info


3 Oktober 2011 10:31 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.