
Makanan eksotik akan terus menyumbang kepada kepupusan haiwan yang unik di Malaysia. Sifat serta mitos bahawa makanan berasaskan organ, daging serta darah tersebut akan menjadi ubat untk meyembuhkan penyakit serta menguatkan tenaga batin akan menyebabkan haiwan ini terus diburu. Pemantauan dari pihak Perhilitan serta sikap prihatin orang ramai amat dituntut di dalam menyelesaikan masalah ini.
Antara spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya, Harimau Malaya, Badak Sumatera, Gajah Asia, Kucing Batu, Beruang Madu, Hariamau Kumbang, Tenuk, Musang Jebat, Seladang dan Kambing Gurun. Denda sehingga RM 500,000 dan penjara mandatori untuk kesalahan berkaitan haiwan yang tersebut ini.
Antara spesies haiwan Haiwan yang dilindungi, termasuklah Babi Hutan, Rusa Sambar, Landak Raya, Kijang dan Ayam Hutan. Denda sehingga RM 100,000 untuk kesalahan yang berkaitan dengan haiwan ini.
Anggaran harga Haiwan Liar:
Tenggiling- RM 200- RM 400 sekg ( seekor tenggiling mencecah 10 kg )
Harimau - RM 15,000 - RM 30,000 seekor ( kulit harimau mencecah RM 20,000 )
Beruang Madu - RM 5,000 seekor
Kucing Batu - RM 500 seekor
Kongkang - RM 500 seekor
Gading Gajah - RM 1,500 sekg
Info rampasan haiwan terkini:
27 Oktober 2011- sebanyak 302 ular senduk, 146 kura-kura dan seekor kera spesies fascicularis dirampas Perhilitan di sebuah rumah di Kodiang Kedah, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran untuk dijadikan makanan eksotik
6 Oktober 2011 - Perhilitan merampas 25 tenggiling hidup bernilai RM 44,000 dalam sebuah bot pancung, berjarak 3 batu nautika dari muara Sungai Duyong, Telok Mas.
26 September 2011. Tujuh landak diselamatkan Perhilitan di Padang Terap dipercayai untuk dibekalkan kepada restoran tertentu bagi dijadikan makanan eksotik.
14 Sept - Unit Jenayah Hidupan Liar ( WCU ) Perhilitan merampas 100 Indian star Tortoise, yang siap dibungkus dalam kontena plastik sebauh premis perniagaan di Cheras.
Bersama membenteras jenayah haiwan hidupan liar demi kelansungan khazanah biodiversiti negara.
Sumber: UM









mahal jgk harga haiwan liar ni ye....
BalasPadamSebab mahal dan juga salah info haiwan ini jadi korban kerakusan manusia, macam tak de benda lain nak di makan.
BalasPadamayam hutan tu paling ramai org cari ..
BalasPadamBetul tu Kak Bee,tak la sebab apa, sebab puas kut dapat tangkap ayam nie, sebab bukan senang nak perangkap, haiwan nie sangat berhati-hati dengan ancaman
BalasPadamtokek takde..ekeke, sekarang ni dah tak berape nak top
BalasPadampelahap mmg tahu nak rasa anak tekak sedap tnpa memikrkan kepupusan haiwan..hu sedihnya saya dgr
BalasPadammak aih, kenapa mahal sangat harga binatang2 ni yer? sebab faktor apa yang jadi mahal sangat ni?
BalasPadamSemakin mahal harga haiwan yang dilindungi ni,semakin ghairah la pemburu haram tangkap haiwan tersebut
BalasPadamKesian kepada haiwan-haiwan nie, sebab mitos mereka dibunuh
BalasPadamsangat mengagumkan.
BalasPadam