Senjata Pembunuh Paling Berbahaya Di Dunia

on Rabu, 30 November 2011





AK -47



Senjata paling berbahaya dan berfungsi sebagai pembunuh paling banyak bukannya bom atom atau nuklear. Sebaliknya ialah senapang atau raifel AK- 47. AK -47 merupakan senjata yang lahir pada perang Dunia ke 2. Merupakan raifel yang setanding dengan M-16. M 16 lazimnya digunakan oleh tentera-tentera di seluruh dunia. Namun ak-47 digunakan dengan meluas oleh hampir kesemua pasukan bersenjata di seluruh dunia termasuklah tentera.

AK- 47 dicipta oleh Mikhail Kalashnikov pada tahun 1946 . AK ialah perkataan Russia atau Avtomat Kalashnikova ( AK ). AK-47 dicipta pada waktu itu mengambil idea dari tentera Jerman yang cuba menawan Kesatuan soviet atau Russia. Pertempuran jarak dekat atau sederhana dimonopoli oleh tentera Jerman. Mikhail Kalashnikov yang turut tercedera di dalam peretmpuran itu akhirnya mendapat idea menghasilkan senjata pertempuran jarak sederhana dan dekat yang paling berkesan, AK-47. Sejak tahun 1949 ianya menjadi senjata rasmi tentera Soviet dan digunakan dengan meluas oleh Pakatan Warsaw pada era perang dingin dengan Amerika Syarikat. Namun AK 47 menjadi popular apabila soviet mula menjual senjata ini kes seluruh dunia. Sehingga sekarang senjata ini digunakan dengan meluas oleh semua pasukan tempur diseluruh dunia . sebut sahaja di benua Afrika, Amerika Latin, sehinggalah kepada pasukan bersenjata Palestin yang paling digeruni oleh tentera Israel, Al Qassam.


AK-47 menjadi senjata utama sayap bersenjata Palestin, al Qassam.




Ringan dan mudah digunakan walaupun oleh kanak-kanak.



Kelebihan senajata AK -47, ianya ringan dan mampu memenangi pertempuran jarak dekat. Boleh sesuai dengan semua keadaan cuaca dan persekitaran, malahan tidak memerlukan latihan intensif untuk menggunakannya. Dikatakan sebagai senjata paling murah di dalam kelasnya. AK-47 sekarang kebanyakan diubah suai oleh banyak buah negara. Mampu memuntah peluru dengan jarak tepat sehingga 400 meter. AK -47 digunakan dan dihasilkan semula oleh negara-negara lain apabila Soviet tidak mempatenkan AK-47 sebagai harta intelek. Akibatnya AK-47 digunakan oleh semua gerila dan pasukan pengganas ( gelaran dari USA) diseluruh dunia. Malahan kesilapan Soviet menjual senjata ini keseluruh dunia menyebab senjata ini berfungsi sebagai senjata pembunuh no 1 di dunia. di anggarkan sebanyak 50 juta unit senjata ini terjual di seluruh dunia, dan hampir 100 juta unit yang lainnya dihasilkan dari ubah suai negara-negara lain di seluruh dunia. Mengapa dikatakan sebagai pembunuh n0 1 di dunia.? Dianggarkan seramai 300 - 500 ribu manusia mati dimuncung AK -47 akibat pelbagai konflik bersenjata diseluruh dunia, seperti peperangan, pemberontakan, pergaduhan kongsi gelap dan rangkaian pengedar dadah di seluruh dunia. Namun pencipta asalnya Mikhail Kalashnikov, tidak bergembira, sebaliknya menyesal kerana ciptaaannya meragut ratusan ribu nyawa setiap tahun di seluruh dunia.

Ak47 yang diubahsuai.

Buat gamers, mungkin inilah senjata kesukaan korang semua ...macam Call Of Duty Modern Walfare 3 ,The Life 4 Dead, Battlefield Heroes (sekadar beberapa nama ), namun hakikat senjata ini menumpahkan darah melebihan letupan 'the little boy', bom atom Nagasaki dan Hiroshinma di Jepun


Untuk bacaan lanjut korang boleh ke sini
Ranking: 5

{ 13 komen... read them below or add one }

Lizz berkata...

kalau di tanah arab, senjata ni macam permainan biasa je kan? kalau kite, nampak senapang dah lari kemana-mana ntah!hahaha


1 Disember 2011 3:23 PTG
Love Hijau berkata...

Senang nak jumpa sebab banyak konflik bersenjata di sana, macam isu palestin


1 Disember 2011 3:33 PTG
Denaihati berkata...

dlm filem, pemberontak/pengganas banyak guna AK-47 kan?


2 Disember 2011 12:27 PG
LoveHijau berkata...

Betul tu bro, nielah icon bagi senjata pengganas dan puak gerila di dalam dalam dan luar filem


2 Disember 2011 7:11 PG
levelsatu berkata...

huhu..gilalah. kat malaysia takde jual pun. hehe..


2 Disember 2011 3:48 PTG
LoveHijau berkata...

Kat Malaysia, pistol banyak le, AK- 47 pun memang jarang atau tak pernah dengar lagi dijual ..


3 Disember 2011 6:49 PG
titan berkata...

berapa harganya ek? hehe..


5 Disember 2011 3:06 PG
lovehijau berkata...

kalau tak salah dari 200 -600 usd...


8 Disember 2011 8:38 PG
djawa berkata...

wah kalau saya lebih suka sniper hehe.,


14 Disember 2011 9:36 PTG
LoveHijau berkata...

Sniper memang best untuk counter serangan , tak pun untuk cover kawasan.....


17 Disember 2011 11:43 PG
mel berkata...

ni mmg senjata paling kuat..biasanya penjenayah guna


19 Disember 2011 7:03 PTG
Tanpa Nama berkata...

ak47 tu senjata soviet..malaysia pakai senjata nato je..


20 Disember 2012 9:48 PG
Tanpa Nama berkata...

KENAPA MALAYSIA TAK MAHU BUAT SENJATA YG LEBIH BAIK DARI NEGARA BARAT?


24 Februari 2013 4:35 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.