10 Binaan Menarik Dari Bekas Telur

on Khamis, 22 Disember 2011





Berikut adalah binaan berasaskan bekas telur, kalau di Malaysia, biasanya kita buang sahaja.Namun begitu mari kita lihat bagaimana kreativiti manusia mengubah benda yang sudah dianggap sampah menjadi bahan binaan yang bernilai tinggi dan mempersonakan..

1. Seni Lukisan Berasaskan Bekas Telur



Pelukis dari Belanda Enno de Kroon, menterjemahkan kreativitinya kepada bekas telur, ianya memang unik dan menarik, bukan senang nak melukis di atas permukaan bekas telur,namun ianya berjaya menjadi lukisan yang menarik dan unik.Lukisannya dinamakan eggcubism atau seni lukisan kitar semula bekas telur. ( sumber )


2. Rumah Berasaskan Bekas telur
Terletak di Australia,bahan binaaan yang nampak seperti Lego, tetapi sangat sesuai dinamakan eggo sahaja. Berasaskan dari sebuah lukisan oleh Howard Arkley's yang dinamakan Family Home: Suburban Exterior 1993 studio Goldenhen membina rumah yang bersaiz sebenar sepenuhnya dari bekas telur. Dengan bekas telur yang diwarnakan, ianya menjadi binaan rumah impian seperti yang diinginkan oleh pelukis itu, sangat cantik dan boleh dipanggil rumah Eggo yang sudah pastinya mesra alam, tapi jangan cuba memasak di dalamnya takut anda hangus....




3. Lampu Bekas Telur

Dihasilkan dari kretiviti Federico Otero yang berasal dari Peru, lampu ini juga sesuai sebagai lampu hiasan di mana sahaja. Nampak macam tanglung, tetapi ianya lebih unik dan menarik. (sumber )


4. Meja Bekas Telur


Apa yang menariknya meja ini diletakkan tanah serta ditanam pokok hiasan,bila air disiram, tanah dan bekas telur akan basah, akhirnya bekas telur ini akan reput sedikit demi sedikit,macam nie pun ada juga ye.... (sumber)



5. Lampu Tidur Berbunga dari Bekas Telur



Satu lagi idea kreatif yang menjadikan bekas telur sebagai kelopak bunga, ianya memang cantik sebagai lampu hiasan atau lampu tidur ( sumber )



6. Penyokong kaki dari Bekas Telur

Ini merupakan bahan perabot atau tempat menyokong kaki yang dibuat sepenuhnya dari bekas telur yang diwarnakan.Jangan main-main ye..kerana ianya dijual ratusan usd ( sumber )



7. Bekas Pasu



Sesuai untuk diletakkan di dalam rumah, atau hiasan rumah, nampak unik, tetapi berharga (sumber)




8. Kostum atau pakaian angkasa 'Space Invader'


Hasil kreativiti yang unik, boleh dijadikan idea buat pementasan drama atau teater, diperbuat dari bekas telur, cawan (sumber )


9. Kamera Mainan




Satu hasil kerativiti berasaskan bekas telur sebagai bahan utama. ( sumber )


10.Sofa Bekas Telur

emm..yang ini kalau anda duduk, sila bayar...sebab sudah pasti akan renyuk, kecuali kalau lapisan antara bekas telur itu diletakkan bahan binaan yang kuat sedikit.... (sumber )
Ranking: 5

{ 5 komen... read them below or add one }

manmala berkata...

syiling rumah bapa mertua saya pun di letakkan dgn bekas2 telur ni. bila org dtg rumah mesti kagum bila tgk syiling bekas telur ni.


23 Disember 2011 2:30 PTG
LoveHijau berkata...

Sudah semestinya cantik dan menyejukkan man, kerana bekas telur itu sendiri bentuknya sudah berseni


23 Disember 2011 8:29 PTG
5zol berkata...

nice sharing... mohon untuk copy...


8 Julai 2012 9:36 PG
Tanpa Nama berkata...

wow damp nice picture


6 Mac 2013 9:56 PG
Tanpa Nama berkata...

wow great and nice sofa bekas telur


6 Mac 2013 9:58 PG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.