8 Haiwan Marin Paling Berbahaya Di Dunia

on Selasa, 27 Disember 2011





Hidupan marin seperti ikan mempunyai pelbagai jenis spesies.Entry ini memberikan penekanan kepada hidupan marin atau ikan paling berbisa di dunia. Mereka bukan sahaja mampu membunuh ikan yang lebih besar tetapi juga mampu membunuh manusia jika tidak memdapatkan rawatan awal. Banyak hidupan marin berbisa ini berasal dari laut Australia, sebuah benua terkecil di dunia tetapi menjadi pulau yang terbesar di dunia. racun (venom ) atau gigitan dari hidupan ini sangat menyakitkan.nak tahu? teruskan membaca...


no 1 Stone Fish






Ikan yang berwajah kurang menarik, kerana mempunyai sisik atau badan yang menyerupai batu di pinggir pantai atau muara sungai. Mempunyai toksin yang sangat berbisa yang terdapat pada siripnya. Jika tidak dirawat di dalam masa 30 minit manusia yang terkena sengatan ikan ikan akan mati. simptom awal mangsa, biasanya akan mengalami kekejangan, lumpuh dan kesakitan yang sangat kuat pada otot. kalau masuk bertanding ikan yang paling cantik, pasti stonefish dapat tempat terakhir, namun pasti tempat pertama sebagai ikan yang mempunyai racun paling berbisa di dunia. Habitat ikan ini biasanya di kawasan pinggir lautan Australia, India dan lautan pasifik. Jadi jika anda bercuti ke luar negara seperti di India atau Australia berhati-hatilah, kerana nyawa anda mungkin melayang, dek terpijak stonefish yang disangkakan batu di pantai
sksikan video di bawah untuk melihat di mana tersembunyinya sengatan berbisa stonefish







n0 2 Box Jellyfish ( Obor-obor kotak )


Merupakan haiwan yang paling bisa di dunia, biasanya berwarna biru terang atau pucat.kenapa dikatakan haiwan paling berbisa ? Ini kerana melalui hujung sesungutnya jika anda terkena,mempunyai toksin yang akan menyerang serta merta sistem saraf, hati dan sel kulit. Sel kulit anda seolah-olahnya akan 'meletup', menyebabkan kesakitan yang sangat kuat, dan selalunya mangsa akan mati akibat kegagalan sistem saraf dan hati, oleh kerana itulah tidak hairan jika anda ke bahagain utara Australia akan terdapat tanda amaran bahaya jellyfish ini.Setiap sesungutnya yang lembut dan membelai manja itu mempunyai 5000 sengatan ! Tidak hairanlah setakat ini, obor-obor ini telah meragut hampir 5000 nyawa. Dengan ketinggian boleh sehingga 6 kaki menyamai ketinggan manusia, jellyfish ini paling banyak terdapat di Australia dan lautan Asia.Satu-satunya haiwan yang boleh memakan jellyfish ini ialah penyu,yang langsung tidak terkesan dengan bisa mereka.


no 3 : Sotong Berbintik Biru / Blue Ring Octopus



Mempunyai habitat di kawasan lautan Asia Pasifik, Australia dan Jepun.Di katakan antara haiwan marin yang paling berbisa. Bisanya 10 ribu kali ganda dari bisa cyanide. Mempunyai saiz hanya sebesar bola golf, sotong ini boleh membunuh manusia hanya di dalam beberapa minit sahaja,dan setakat ini belum ada penwar untuk toksinnya. Bisa sotong ini terhasil dari kelenjar di bahagian sesungutnya dan akan menyerang ikan atau manusia apabila merasakn dirinya terancam.Bisa yang terdapat pada sotong berbintik biru mampu membunuh 26 manusia dewasa. Serangan atau bisa sotong ini boleh menyebabkan lumpuh, menghentikan sistem pernafasan dan menyerang jantung sele[as hanya beberapa minit. Sangat penting untuk dibawa ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan bantuan pernafasan , kerana bisa sotong ini mampu membunuh anda dengan menghentikan denyutan jantung anda!


no 4 :Ikan Puffer




Ikan ini dikenali sebagai Fugu di Jepun,merupakan makanan mewah tetapi berbahaya.dan hanya dijual kepada Chef bertauliah aje, harga Fugu pun boleh tahan juga sekitar 20- 50 USD Via: wikipedia

Anda ingat tak dekat Pn Puff ? Watak kartun spongebob tu? ahaa... ikan Puffer adalah ikan beracun yang paling berbisa di dalam kelas vetebrata selepas Katak Emas Beracun. kalau tak salah ikan buntal satu keluarga dengan ikan ini. Bisanya adalah pada sisik dan organ dalamannya. Biasa hidup di kawasan muara atau lautan. Namun begitu ikan ini menjadi hidangan istimewa di Jepun dan Korea. Malahan dijual dengan harga murah di Filipina dan Thailand. Berhati-hati-hati kerana jika anda dihidangkan dengan ikan ini sebagai lauk anda, pastikan chef atau tukang masaknya adalah seorang yang pakar di dalam mengasingkan bisa ikan ini,kerana jika tidak nyawa anda akan melayang. seekor ikan ini mengandungi toksin yang boleh membunuh 30 orang dewasa. Oleh sebab itulah di Jepun hanya chef yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan untuk memproses ikan ini sebagai makanan.



no 5 : Lion Fish



Rasanya ramai dah kenal dengan ikan popular nie.Biasanya penyelam mesti berhati-hati dengan ikan ini kerana bisanya terdapat pada jalur-jalur siripnya. terdapat di dalam pelbagai warna,ikan ini terdapat di hampir ke semua lautan dan paling banyak dilautan pasifik. Jika terkena bisanya biasanya nelayan atau penyelam atau nelayan akan mengalami gejala muntah-muntah dan jika tidak dirwat boleh menyebabkan kematian


no 6: Ular Laut




Merupakan spesies marin yang pemalu, namun mempunyai toksin yang kuat pada bisanya. Biasanya hidup di kawasan paya bakau boleh meyelam di dsar lautan untuk tempoh yang panjang. Habitat mereka bermula dari Lautan Hindi sehingga ke Asia tenggara.Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini


no 7 : Belut Moray



Mempunyai hampir 200 spesies, belut ini biasanya pemalu dan tinggal di dalam batu karang. Namun akan menjadi agresif jika diserang, kerana mempunyai rahang dan gigitan yang boleh membahaya manusia. Boleh membesar sehingga 3 meter dengan mencapai berat 36 kg. Boleh menyamar dengan baik di kawasan batu karang dan sangat sensitif dengan bau dan gerakan kerana haiwan ini mempunyai penglihatan yang kurang baik. Terdapat beberapa spesies yang berbisa dan mempunyai racun jika di makan. namun paling berbahaya sekali ialah gigitannya, di Australia , penyelam di haramkan memberi makanan kepada belut atau cuba menganggu lubang belut ini kerana ia boleh memutuskan jari dengan hanya satu gigitan



no8; Ikan pari ( stingray)



Walaupun sangat pemalu dan tidak agresif tetapi hidupan marin ini terkenal selepas membunuh 'crocodile hunter' Steve Irwin, seoarang pakar biologi,pemilik zoo danselebriti tv terkenal di Australia. walaupun jarang terdengar serangan atau kematian dari hujung ekornya yang berbisa, pari-pari tetap merupakan haiwan marin yang berbahaya. Ekornya sangat berbisa dan kegagalan mendapat rawatan awal menyebabkan Steve menemui ajalnya di hujung sengatan pari-pari. Par-pari hidup hampir di semua lauatan terutamanya di kawasan tropika dan menjadi antara makanan popular di sebelah Asia Tenggara, seperti ikan bakar dan masak asam.
Ranking: 5

{ 10 komen... read them below or add one }

hatiputera berkata...

fuhh,,,mengerikan jer bila baca nie,,,harap semasa di laut kita tak disengat oleh ikan-ikan nie...


27 Januari 2012 10:19 PG
Love Hijau berkata...

Memang mengerikan bro


10 Februari 2012 5:30 PTG
Love Hijau berkata...

Memang mengerikan bro, semoga Allah lindungi kita


10 Februari 2012 5:35 PTG
Tanpa Nama berkata...

uuuhhhh.... haiwn ini mmg mnkutkn.....semoga allah sentiasa nelindungi kita


7 September 2012 12:06 PTG
Tanpa Nama berkata...

dae bak hwaiting hautoke sarangheyo
hebat fighting apa yg harus aq lakukan saya sayang haiwan tu betul2 mengerikan


12 September 2012 1:27 PTG
Tanpa Nama berkata...

sungguh menarik ruangan ini.terima kasih banyak2...:)


7 Januari 2013 8:59 PTG
Mohd Nasharudeen berkata...

"nelayan atau penyelam atau nelayan akan mengalami gejala...", memang lulus BM ijazah sarjana tua lah...


13 Januari 2013 10:54 PTG
Love Hijau berkata...

TQ...kerana membetulkan pakcik ye..nanti berkesempatan pakcik akan betulkan


16 Januari 2013 9:45 PG
Tanpa Nama berkata...

Sungguh Hebat


16 Mac 2013 4:38 PTG
minu @citra berkata...

Fantastic


16 Mac 2013 4:44 PTG

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.