Tempat Pelupusan Sampah Bordo Poniente Ditutup

Nukilan Love Hijau on Selasa, 20 Disember 2011














Bordo Poniente, salah satu tempat pelupusan sampah terbuka terbesar di dunia secara rasminya ditutup. Terletak di dalam wilayah Mexico City pusat pelupusan sampah ini merupakan antara yang paling besar di dunia dengan kedalaman sampah sehingga 56 kaki atau 70 meter dengan sampah terkumpul hampir 70 juta tan. Terdapat hampir 12,000 tan sampah dibuang setiap hari di sini. Langkag penutupan ini merupakan salah satu langkah menghijaukan semula alam sekitar di kawasan Amerika Latin. Antara langkah untuk menghapuskan sampah disini ialah dengan membuat baja kompos. Langkah lain termasuklah membina kilang yang akan menghasilkan gas metana, sebagai salah satu bahan api yang murah bersih dan cekap dan akan menggunakan hampir 3000 tan sisa pepejal kering sebagai bahan bakar utama.
Langkah ini merupakan langkah bijak kerajaan Mexico yang sudah pastinya akan dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan pencemaran air bawah tanah untuk jangka masa panjang, dengan menukarkan sampah menjadi tenaga dan bahan yang boleh digunakan semula. atau yang selalu disebut sebagai kitar semula.

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini, Terima Kasih.