

Blog Mesra Alam Melihat,Menghayati,Menghargai Alam
Home » Archives for April 2011
Nukilan Love Hijau on Jumaat, 22 April 2011


Nukilan Hijau Lestari on Ahad, 17 April 2011

Nukilan Hijau Lestari on Sabtu, 16 April 2011

Anda mempunyai haiwan kesayangan?Jadi bertanggungjawablah terhadap haiwan kesayangan anda.Haiwan peliharaan terutama kucing atau anjing sebenarnya perlu dijaga dengan rapi.kucing sebagi contohnya janganlah didera atau diseksa.Kasih sayang terhadap haiwan perlu dipupuk.Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah memperkenalkan Sistem Pet Passport,iaitu pengkalan data bagi pendaftaran haiwan kesayangan di bawah Akta Binatang 1953.Ianya mempunyai 2 komponen penting iaitu kad pengenalan haiwan dan Sistem Passport khusus bagi pendaftaran haiwan.Bukan sekadar anjing atau kucing malahan kuda juga boleh didaftarkan.Haiwan akan dipasang dengan sistem pengenalan rasmi,jadi ia memudahkan pemiliknya atau sesiapa sahaja untuk menjejaki atau memulangkan semuala haiwan yang mungkin tersesat.Secara tidak langsung pemilik haiwan akan mudah dijejaki.
Dimulakan sejak Jun 2010 sistem ini menyediakan pengkalan data untuk memantau kesihatan haiwan kesayangan.Perkhidmatan ini berkembang disekitar KL setakat ini.dengan promosi seperti pendaftaran percuma,pemberian ubat cacing percuma,fotografi percuma serta dan mikrocip perharga hanya RM 25 ,menjadikan sistem ini menarik untuk dicuba.Apa pun Hl berharap Jabatan ini akan memperluasakan sistem ini diseluruh Negara.Pemantauan yang berterusan serta tindakan yang betul mampu menangani maslah anjing atau kucing terbiar.Haiwan yang terbiar mungkin membahayakan keselamatan orang awam terutama kanak-kanak.
Haiwan kesayangan anda boleh didaftarkan di:
Hospital Veterinar Wilayah Persekutuan, km 4,Jalan Selar 4 off,Jalan Cheras,56100 Kuala Lumpur
@
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor,Lot 2,Jalan Utas,seksyen 15/7,4o630,Shah Alam Selangor
* Hijau Lestari kurang pasti tentang promosi atau perubahan terkini,sila berhubung dengan pihak berkenaan,satu lagi ini untuk pets dalam negara aje tau....
sumber; agrobiz 2010