Botfly- Lalat Parasit !

on Khamis, 26 Mei 2011






Mungkin anda sudah membaca,menonton atau pun tahu tentangnya. Botfly adalah satu-satunya lalat yang menggunakan manusia atau haiwan sebagai hos larvanya. Larvanya menjadikan badan manusia atau haiwan sebagai tempat perlindungan dan makanan.
larva Botfly via; cracked.com





lalat Botfly Via: craked.com



Berasal dari keluarga Oestridae(nama saintifik ).Botfly terkenal sebagai lalat parasit.Pembiakannya mudah.Botfly betina akan terbang untuk mencari serangga lain yang bersayap termasuklah nyamuk,lalat biasa atau kutu.Dengan melekatkan badanya pada serangga ini,Botfly betina akan meletakkan telur yang kecil di bawah sayap serangga terbabit.Apabila serangga terbabit hinggap kepada manusia atau haiwan,telur Botfly akan mengesan perubahan suhu, dan jatuh pada kulit manusia atau haiwan tadi.Telur yang kekal di situ akan menetas menjadi larva atau maggot !. Larva ini yang kecil atau lemah akan menjadikan tisu serta daging manusia sebagai rumahnya! Dengan perlahan- lahan maggot tadi akan mengorek daging manusia dan tinggal di situ untuk beberapa bulan sehingga membesar.Apabila semakin membesar ianya akan keluar dari kulit dan berubah menjadi Botfly dewasa....


Untuk menonton bagaimana Botfly ini membiak klik sini

Masalahnya larva Botfly akan memakan tisu serta daging manusia...kesannya amat menyakit....Jika dikesan larva Botfly sudah membesar serta amat menyakitkan.Untuk mengeluarkannya...Namun setakat ini lalat ini hanya di jumpai di benua Amerika.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang parasit boleh ke laman Animal Discovery

Fenomena Kahwin Lambat- Kajian Geografi Penduduk

on Rabu, 25 Mei 2011

Di dalam konteks demografi penduduk,atau kajian geografi penduduk,fenomena kahwin lambat merupakan satu fenomena biasa bagi negara maju.Perkahwinan lambat membawa impikasi besar terhadap pertumbuhan penduduk, tenaga kerja serta jangka hayat.Sebagi contohnya Jepun mengalami pertumbuhan penduduk atau kelahiran kasar kurang daripada 5%.Ini membawa maksud golongan tua semakin ramai,serta mengalami kekurangan tenaga kerja.Namun dengan kemajuan teknologi serta ekploitasi yang bijak Jepun berjaya membangunkan sumber manusianya menjadi sumber manusia yang berkualiti serta produktif.Dengan kata lain gabungan teknologi robotik serta tenaga kerja mahir membolehkan Jepun bertahan lama menerajui ekonomi dunia.

Fenomena kahwin lambat biasanya memberikan impikasi besar terhadap wanita.Dengan tuntutan ekonomi serta gaya hidup berkerja,wanita yang berkahwin lambat biasanya kurang subur di dalam konteks demografi penduduk.Tahap kesuburan wanita paling tinggi pada peringkat umur 15- 25 tahun.Namun faktor pendidikan menjadi tunjang penting di dalam membincangkan fenomena ini.Wanita sekarang berkerjaya serta memerlukan masa yang agak panjang sehingga melebihi had umur kesuburan tinggi tadi.Memang agak membimbangkan jika fenomena ini berterusan.Ini kerana dengan kadar kelahiran kasar yang rendah ,golongan tua akan semakin ramai jika tahap perkidmatan kesihatan semakin maju.Pendapat HL fenomena kahwin lambat hanyalah salah satu dari sebab yang akan mempengaruhi kadar kelahiran kasar dalam negara.Sebaliknya banyak faktor lain yang turut menyumbang,antaranya amalan perancangan keluarga,tahap sosioekonomi ,sokongan dari pihak kerajaan dari segi kemudahan serta manfaat kepada kaum hawa,tuntutan agama serta budaya setiap kaum.
 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.