
Jejak ekologi pada asasnya ialah kemampuan sumber tanah dan air menyediakan sumber yang diperlukan oleh manusia( makanan,minuman,tempat tinggal dan lain-lain) serta kemampuan untuk bumi untuk menyerap semua bahan buangan manusia sesudah mereka menggunakannya.Dengan kata lain sumber yang digunakan oleh manusia dibandingkan dengan kemampuan bumi untuk menghasilkan semuala bahan yang sudah digunakan. Konsep ini pada awalnya dibangunkan oleh Profesor Willian Rees dari Universiti British Colombia pada tahun 1992.
Kini konsep jejak ekologi telah digunakan dengan meluas sebagai petunjuk kelestarian alam sekitar.Jejak ekologi boleh membantu pihak governan merancang sistem kehidupan manusia.Manusia di dalam memenuhi kehendak menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, pembalakan, dan sebagainya. Melalui jejak ekologi kesan akibat penggunaan sumber alam oleh manusia dapat dikesan.Bagaimana ye? Ianya dilakukan melalui mengira semua penggunaan tenaga seperti tenaga biomas,air,bahan binaan kepada kiraan ukuran tanah yang dinamakan global hektar (atau di dalam unit yang dinamakan gha)
Pelbagai faktor diambil kira sewaktu menjalankan aktiviti ekonomi berpandukan jejak ekologi . via:rundle10.wikispacesSemakin besar kiraan global hektar semakin bebsar jejak ekologi.Semakin besar jejak ekologi,maksudnya sumber alam digunakan secara berleluasa,tanpa perancangan yang baik.Ini berlaku kerana permintaan terhadap sumber alam terlalu banyak mengatasi kemampuan bumi untuk menghasilkan semula bahan yang sudah digunakan.Jadi jejak ekologi merupakan konsep yang sangat berkait dengan pembangunan yang lestari serta penerapan konsep kehidupan yang mesra alam. Pembangunan yang terancang serta mementingkan konsep mesra alam menjadi petunjuk jejak ekologi yang rendah.Setiap aspek akan diambil kira untuk membangunkan sektor ekonomi seperti tenaga yang digunakan,penggunaan ruang tanah,kesan akibat penggunaan sumber alam tadi,dan langkah penyesuaian atau pemeliharaan serta pemuliharaan untuk mengekalkan keseimbangan ekologi demi generasi akan datang.
Untuk bacaan lanjut:
Ecological Footprint(wikipedia)












