Hijau Lestari...Tanpa Iklan...

on Khamis, 25 Ogos 2011

via: mybabyshop



Salam...buat pembaca semua...dok sibuk tukar template baru....terlupa pula letak iklan atau banner kat sini...so memang bersih dari iklan la.....kekadang terlalu banyak iklan atau banner buat menyemak aje...di samping menyusahkan pembaca...erghh betul ke?...Iklan memang penting sebagai salah satu cara menjana duit dari blogging...setakat nie penyumbang terbesar bagi blog Hijau lestari ialah advertiser..lebih kurang macam google adsense juga...di samping nuffnang dan adverlets......maklumlah traffik taklah banyak sangat..boleh lah.... Apa pun HL balik ke Trengganu...beraya di pantai Timur...rumah mertua... Di kesempatan ini HL mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia,termasuklah pembaca setia dari subcriber feedburn....terima kasih atas sokongan anda semua....semoga terus menjadikan hijau lestari sebagai rujukan

Taubat Hamba Berdosa

on Rabu, 24 Ogos 2011

Salam...sudah lama tidak berupdate...nanti hijau lestari akan kembali......Nampaknya Ramadan sudah hampir sampai ke penghujungnnya.......Mari lah kita mencari kelebihannya sebelum terlewat..Pada awalnya rahmat...pertengahanya Magfirah (keampunan ) dan penghujungnya di ampun dosa serta kembalinya manusia kepada fitrah kelahirannya..diampun semua dosa oleh Allah SWT.Terimalah klip video ini...semoga menjadi ingatan kepada semua pembaca...Amin...




Santai- Gambar Pejabat Berasakan Tenaga Solar Terbesar Didunia

on Selasa, 16 Ogos 2011





China memang merupakan antara harimau Asia teruatama di dalam ekonomi,walaupun sering bersaing di dalam menjadi penyumbang pencemaran terbesar di dunia bersama-sama Amerika Syarikat...mereka turut berusaha untuk mengurangkan penggunaaan bahan api fosil serta menjimatkan tenaga. Pembinaan bangunan pejabat berasakan tenaga solar ini merupakan antara terbesar di dunia,dengan menggunakan kaca fotovoltic bagi bumbung dan dindingnya.Mampu menjimatkan 30% bangunan ini di bina di Barat Laut China di daerah Shandong,memang menarik bukan? Malaysia bila nak bina,negara kita sangat berpotensi kerana menerima cahaya matahari melebihi 6 jam sehari.Dengan perancangan yang teliti serta mengambil kira faktor kos serta sosioekonomi,ianya boleh menjadi kenyataan.







Kebuluran di Afrika Timur....Di mana Kita?

on Rabu, 10 Ogos 2011




Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan.

Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.

Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Mari kita lihat gambar-gambar keadaan di sana.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg

Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air

Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.

Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan

Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad

Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya

Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh

Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley

Tin makanan yang telah di gunakan dari USA

Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia

Keadaan haiwan ternakan di sana

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011

Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley

Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas

Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011

Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011

Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan

Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)

Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011

Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian

Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya

Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011

Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam.

Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

via: pemuda cheh

Lafaz Yang Tersimpan

Buat insan teristimewa....ibu dan kenangan bersama ayah yang dijemput Ilahi...juga buat Tok dan Tokwan di kampung...juga buat ibu mertua ku.......terimalah lagu ini....





Lonely Planet -Buku Panduan Pengambaraan Terbesar di Dunia

on Selasa, 9 Ogos 2011






Salam Ramadan,dalam bulan puasa sebegini,mungkin ada berpendapat posting ini kurang sesuai. Namun pada Hijau Lestari tidak salah berkongsi maklumat dengan khalayak pembaca semua. Anda ada keinginan melancong ke luar negara? Perlukan panduan serta maklumat yang tepat serta lengkap tentang negara lain yang anda ingin pergi? Lonely Planet mungkin sesuai untuk anda. Lonely Planet merupakan laman web yang menyediakan perkhidmatan world wide panduan travel yang terbesar di dunia maya.Ya...mungkin anda perlu berbelanja sedikit untuk mendapatkan buku panduan ini,namun iannya berbaloi untuk kita sebenarnya.

Lonely Planet di asaskan oleh Maureen dan Tony Wheeler,namun share terbesar sahamnya sekarang dimiliki BBC WorldWide.Berpusat di Melbourne Australia, Lonely Planet mampu menyediakan panduan yang menyeluruh buat pengembara dan pelancong,dari segi kos dan penerbangan,hotel,makanan dan minuman serta pusat pelancongan yang lengkap.Dengan pagerank 8,memang Lonely Planet merupakan rujukan utama khalayak pembaca di seluruh dunia untuk mencari Guide Travel yang sempurna.Jikalau anda ingin melihat banyak gambar menarik yang dirakamkan oleh krew mereka anda boleh ke lonelyplanetimages.

Kelebihan Puasa Dari Sudut Saintifik

on Isnin, 1 Ogos 2011

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.
Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.
Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:



1. Allan Cott, M.D.,

Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah bukuWhy Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).



2. Dr. Yuri Nikolayev


Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).



3. Alvenia M. Fulton

Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).


4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain

Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.



5. Elson M. Haas M.D.

Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.



6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan

Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.



7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan

Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.



8. Dr. Muhammad Munib

Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”
Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.


Oleh itu,wajiblah kita sebagai hambaNya menyedari bahawa setiap yang ditetapkan oleh Allah itu adalah tidak sia-sia.Justeru,banyakkan lah beramal,sebagai persediaan menempuh alam akhirat kelak,sekian.

via: mirasafiah

 
© LoveHijau All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Powered By Blogger.